Pendaftar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Pendaftar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Official Facebook Account of Registrar / Chief Operating Officer, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

SALAM AIDILADHA 1447HAidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan amanah dalam setiap tanggungjawab yang dip...
26/05/2026

SALAM AIDILADHA 1447H

Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan amanah dalam setiap tanggungjawab yang dipikul.

Semoga semangat pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS terus menjadi inspirasi untuk kita berkhidmat dengan penuh integriti, kebersamaan dan dedikasi demi kecemerlangan universiti serta kesejahteraan bersama.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H






Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Ahmad Rizal bin Adnan di atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Ketua Se...
09/05/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Ahmad Rizal bin Adnan di atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi, berkuat kuasa mulai 11 Mei 2026.

Semoga terus cemerlang dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab baharu demi kemajuan pendidikan tinggi negara.

Terima Kasih dan Selamat Bersara, YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim.Seluruh warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (...
09/05/2026

Terima Kasih dan Selamat Bersara, YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim.

Seluruh warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim di atas segala jasa, bakti, dan khidmat cemerlang sepanjang memegang amanah sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi.

Sesungguhnya, sumbangan dan kepimpinan YBhg. Datuk telah memberi impak yang besar kepada landskap pendidikan tinggi negara.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato' Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim atas pelantikan sebagai Ketua Set...
09/05/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato' Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, berkuat kuasa 11 Mei 2026.

Semoga kepimpinan YBhg. Dato' akan terus memacu kecemerlangan landskap pendidikan tinggi negara ke tahap yang lebih membanggakan.

Selamat Menyambut Hari Pekerja1 Mei 2026Pekerja MADANI, Kesuma BangsaHari Pekerja merupakan satu penghargaan terhadap su...
01/05/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja
1 Mei 2026
Pekerja MADANI, Kesuma Bangsa

Hari Pekerja merupakan satu penghargaan terhadap sumbangan besar semua staf yang menjadi tunjang kepada kelangsungan dan kecemerlangan UTHM.

Komitmen, disiplin dan integriti yang ditunjukkan oleh setiap staf bukan sahaja memperkukuh penyampaian perkhidmatan, malah menjadi pemacu utama kepada pembangunan universiti dan negara.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia atas dedikasi dan iltizam yang berterusan dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Semoga kita terus memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi berlandaskan nilai Amanah, Profesional dan Inovatif.







27 April 2026 | Majlis Perasmian Penutupan Youth Integrity Leadership Camp (YILC) 2026YBrs. Tuan Haji Naim bin Maslan, P...
28/04/2026

27 April 2026 | Majlis Perasmian Penutupan Youth Integrity Leadership Camp (YILC) 2026

YBrs. Tuan Haji Naim bin Maslan, Pendaftar / Ketua Pegawai Operasi UTHM, telah menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Youth Integrity Leadership Camp (YILC) 2026 yang berlangsung di Big Stage, Aras 2, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM.

Program anjuran bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor dan UTHM ini melibatkan penyertaan mahasiswa daripada institusi pengajian tinggi di Negeri Johor, dengan penekanan kepada pembentukan kepimpinan berintegriti melalui pelbagai aktiviti latihan dan perkongsian.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Pengarah SPRM Negeri Johor. Turut hadir YBhg. Dato’ Seri Ibrahim Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UTHM serta pegawai-pegawai kanan UTHM. Program ini diharap dapat melahirkan mahasiswa yang berintegriti, berakauntabiliti dan berdaya tahan dalam mendepani cabaran masa hadapan.





Tahniah dan Selamat Bertugas.YBrs. Puan Siti Afifah binti Che Ismail atas pelantikan sebagai Ketua Pustakawan Universiti...
01/04/2026

Tahniah dan Selamat Bertugas.

YBrs. Puan Siti Afifah binti Che Ismail atas pelantikan sebagai Ketua Pustakawan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia berkuat kuasa pada 25 Februari 2026 hingga 24 Februari 2029.








Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 2026  |  1447H kepada seluruh warga UTHM. Sambutlah Aidilfitri dengan penuh kesyu...
20/03/2026

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 2026 | 1447H kepada seluruh warga UTHM. Sambutlah Aidilfitri dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan bersama keluarga tersayang. Ingatan tulus ikhlas daripada saya Naim bin Maslan Pendaftar/Ketua Pegawai Operasi UTHM.







Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Puan Zaharah binti Abd Samad, Ketua Pustakawan (S14) atas s...
24/02/2026

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Puan Zaharah binti Abd Samad, Ketua Pustakawan (S14) atas segala khidmat dan bakti sepanjang berkhidmat di UTHM.

Semoga terus maju jaya dalam fasa baharu kehidupan. Jasa dan sumbangan Puan amat dihargai.







Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447H/2026 kepada semua warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM yang beragam...
18/02/2026

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447H/2026 kepada semua warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM yang beragama Islam.







Address

Universiti Tun Hussein Onn
Batu Pahat
86400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pendaftar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pendaftar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia:

Share