13/06/2026
Program Bersama Komuniti: Kempen Pengurusan Haiwan Terbiar MDBG 2026
Batu Gajah, 13 Jun 2026 (Sabtu) – IPD Batu Gajah telah dijemput ke Program Bersama Komuniti: Kempen Pengurusan Haiwan Terbiar anjuran Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) yang dihadiri oleh Insp Mukhlis bin Abdullah, Ketua Cawangan HEA mewakili YDH Ketua Polis Daerah Batu Gajah bersama Insp Lukman bin Ismail, KPB Batu Gajah dan Sm Ismail bin Salleh, KPB Pusing bertempat di Taman Permainan, Laluan Bg Perdana 8, Taman Batu Gajah Perdana.
Program ini turut disertai oleh Ahli Parlimen Batu Gajah, YB V. Sivakumar dan Adun Tronoh, YB Steven Tiw Tee Siang bertujuan meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman masyarakat setempat berhubung kepentingan pengurusan haiwan terbiar secara beretika dan berhemah, di samping menggalakkan kerjasama antara agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan komuniti bagi memastikan kebajikan haiwan terpelihara serta kesejahteraan, keselamatan dan keharmonian persekitaran awam dapat dikekalkan.