30/04/2026
PROGRAM SEMINAR CORPORATE GOVERNANCE, ETHICS AND FINANCIAL VIGILANCE.
HOTEL MARRIOT PUTRAJAYA | 30 APRIL 2026
Hari ini saya berkesempatan menghadiri Program Seminar Corporate Governance, Ethics and Financial Vigilance yang menghimpunkan pelbagai pemimpin organisasi, pengamal industri serta pihak berkepentingan bagi membincangkan aspek tadbir urus korporat yang lebih telus, berintegriti dan berdaya tahan.
Seminar ini memberi penekanan kepada kepentingan pemerkasaan amalan good governance, keutuhan etika dalam membuat keputusan, serta keperluan meningkatkan tahap kewaspadaan kewangan dalam menghadapi landskap ekonomi global yang semakin mencabar.
Sebagai sebuah agensi yang memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan agro-makanan negara, FAMA komited untuk terus memperkukuh prinsip tadbir urus yang baik, memastikan setiap inisiatif dilaksanakan secara telus, berintegriti dan memberi impak maksimum kepada rakyat serta pemain industri. Saya percaya bahawa pemantapan aspek etika dan tadbir urus bukan sahaja meningkatkan keyakinan pemegang taruh, malah menjadi asas penting dalam membina organisasi yang mampan, berdaya saing dan dihormati.
Seminar ini telah diserikan dengan ucaptama oleh Yang Arif Dato’ Azmi bin Ariffin, Hakim Mahkamah Pesekutuan, yang mengupas secara mendalam berkenaan Tugas dan Tanggungjawab Pengarah dalam Memenuhi Kehendak Undang-Undang dan Tadbir Urus Korporat. Perkongsian turut disampaikan oleh barisan tokoh berpengalaman:
• Rebranding for Resilience: Preparing Corporate Bodies for Today and Tomorrow - Madam Sujatha Sekhar Naik (Pengerusi MICG)
• Accountability, Integrity & Ethical Decision Making - YBhg. Tan Sri Ambrin Buang, Mantan Ketua Audit Negara
• Understanding Annual Reports: Spotting Financial Leakages & Warning Signs – Tn Haji Roslan Abu Bakar, Mantan Pengarah National Audit Academy & CEO AACG Advisory Sdn Bhd.
• Corporate Image Presentation – Datin Rozanna Rahman, CEO MINDA Associates
Turut bersama saya dalam program ini adalah YBrs. En Johari bin Yazid, Ahli Lembaga Pengarah FAMA. Penghargaan kepada penganjur atas platform perkongsian yang bernilai ini.
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin 陈泓缣
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
FAMA Malaysia