Pejabat Setiausaha Politik YAB Dato Menteri Besar Selangor

Pejabat Setiausaha Politik YAB Dato Menteri Besar Selangor Berkhidmat Untuk Rakyat

13 Jun 2026 (Sabtu) ๐Ÿ“Taman Templer, RawangPada malam, Tuan Rahim Kasdi bersama isteri berkesempatan memenuhi undangan sa...
14/06/2026

13 Jun 2026 (Sabtu) ๐Ÿ“Taman Templer, Rawang

Pada malam, Tuan Rahim Kasdi bersama isteri berkesempatan memenuhi undangan sahabatnya, Datoโ€™ TPr. Dr. Juhari Ahmad dan Datin Azlitah Ismail ke Majlis Perkahwinan anakanda mereka, Nurul Diyani dan Shakhir Al-Zufayrin yang berlangsung di Setia Eco Templer.

Selain meraikan pasangan mempelai, kesempatan tersebut turut dimanfaatkan untuk bertemu dan bersembang dengan rakan-rakan lama dalam suasana yang cukup meriah.

Tahniah diucapkan kepada Datoโ€™ TPr. Dr. Juhari Ahmad dan Datin Azlitah atas kehadiran ahli keluarga baharu. Semoga Nurul Diyani dan Shakhir Al-Zufayrin sentiasa berbahagia, dipermudahkan segala urusan dalam melayari alam rumah tangga serta dikurniakan kehidupan yang penuh dengan kasih sayang, rezeki yang baik dan keberkatan.


13 Jun 2026 (Sabtu) ๐Ÿ“Jalan Sungai Pusu, Gombak SetiaSeusai di Kampung Sungai Pusu, Tuan Rahim Kasdi singgah meninjau Pro...
14/06/2026

13 Jun 2026 (Sabtu) ๐Ÿ“Jalan Sungai Pusu, Gombak Setia

Seusai di Kampung Sungai Pusu, Tuan Rahim Kasdi singgah meninjau Program Jualan Ehsan Rahmah DUN Gombak Setia yang berlangsung di Seri Selera MPS Sungai Pusu. Program tersebut terus menjadi pilihan penduduk untuk mendapatkan barangan keperluan harian pada harga yang lebih berpatutan.

Melalui penyelarasan Pusat Khidmat Rakyat (Penyelaras) DUN Gombak Setia bersama agensi berkaitan, inisiatif seperti ini terus dibawa ke kawasan-kawasan di dalam Parlimen Gombak bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati oleh lebih ramai penduduk. Turut diadakan pemeriksaan kesihatan serta sesi penerangan mengenai pelbagai inisiatif Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan oleh pihak NADI Parlimen Gombak.

Dalam lawatan tersebut, Tuan Rahim Kasdi turut meninjau beberapa penambahbaikan yang telah dilaksanakan di kawasan medan selera, selain meluangkan masa bertemu pengunjung dan peniaga bagi mendapatkan maklum balas secara langsung daripada mereka.


13 Jun 2026 (Sabtu) ๐Ÿ“Kg Sungai PusuKesihatan, ilmu dan komuniti disatukan dalam satu program apabila Tuan Rahim Kasdi ha...
14/06/2026

13 Jun 2026 (Sabtu) ๐Ÿ“Kg Sungai Pusu

Kesihatan, ilmu dan komuniti disatukan dalam satu program apabila Tuan Rahim Kasdi hadir merasmikan Program Perubatan Dua Era: Membanding Tradisi dan Moden yang berlangsung di Kampung Sungai Pusu. Turut mengiringi beliau ialah Ahli Majlis Zon 2, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) serta Ketua-Ketua Kampung DUN Gombak Setia.

Program yang digerakkan dengan kerjasama pihak Management & Science University (MSU) itu menampilkan pelbagai aktiviti termasuk saringan kesihatan, sesi perkongsian ilmu, pameran kesihatan dan aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan penduduk setempat. Penglibatan mahasiswa perubatan Tahun 4 MSU turut memberi peluang kepada komuniti untuk mendapatkan pendedahan dan maklumat berkaitan penjagaan kesihatan secara lebih dekat.

Tahniah diucapkan kepada pihak MSU yang diwakili oleh Assoc. Prof. Datuk Dr. Rose Nani Mudin serta Tok Nazarudin selaku Ketua Kampung Sungai Pusu atas penganjuran program yang memberi manfaat kepada masyarakat. Inisiatif seperti ini bukan sahaja mendekatkan institusi pendidikan dengan komuniti, malah membantu meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan penduduk setempat.


Negeri Sembilan bakal menjadi medan penting untuk menentukan hala tuju masa depan negeri dan rakyat. Semangat yang ditun...
13/06/2026

Negeri Sembilan bakal menjadi medan penting untuk menentukan hala tuju masa depan negeri dan rakyat. Semangat yang ditunjukkan dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri hari ini membuktikan bahawa seluruh jentera berada dalam keadaan bersedia, tersusun dan komited untuk mempertahankan mandat rakyat serta meneruskan agenda pembangunan yang telah dilaksanakan selama ini.

In sya Allah, segala tenaga dan usaha akan digerakkan sepenuhnya bagi membantu memastikan kemenangan Pakatan Harapan di kawasan yang telah diamanahkan. Dengan semangat kebersamaan, kerja berpasukan dan keyakinan terhadap rekod pencapaian kerajaan negeri, kita akan turun padang mendekati rakyat, menyampaikan fakta serta menawarkan harapan yang terbaik demi masa depan Negeri Sembilan yang lebih maju, stabil dan sejahtera.

12 Jun 2026 (Jumaat) ๐Ÿ“Pusat Khidmat Rakyat DUN Sungai TuaSeterusnya, Tuan Rahim Kasdi mewakili YAB Datoโ€™ Seri Amirudin S...
13/06/2026

12 Jun 2026 (Jumaat) ๐Ÿ“Pusat Khidmat Rakyat DUN Sungai Tua

Seterusnya, Tuan Rahim Kasdi mewakili YAB Datoโ€™ Seri Amirudin Shari, Ahli Dewan Negeri Sungai Tua & Ahli Parlimen Gombak, menyempurnakan penyampaian Sumbangan Kemasyarakatan DUN Sungai Tua yang melibatkan lebih 50 penerima daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Bantuan yang disalurkan merangkumi sumbangan Haji Muassasah, sumbangan kemasyarakatan, bantuan persekolahan serta barangan keperluan asas kepada penerima yang layak.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk membantu meringankan beban penerima serta memastikan kebajikan masyarakat terus diberi perhatian. Semoga sumbangan yang disampaikan dapat dimanfaatkan sebaiknya dan menjadi penyuntik semangat kepada para penerima dalam meneruskan kehidupan seharian.


12 Jun 2026 (Jumaat) ๐Ÿ“Pusat Khidmat Rakyat (Penyelaras) DUN Gombak SetiaPada Jumaat, Tuan Rahim Kasdi bersama Ahli Majli...
13/06/2026

12 Jun 2026 (Jumaat) ๐Ÿ“Pusat Khidmat Rakyat (Penyelaras) DUN Gombak Setia

Pada Jumaat, Tuan Rahim Kasdi bersama Ahli Majlis MPS Zon 2, Tuan Megat Fadhli serta pegawai telah mengadakan perbincangan bersama pihak AFA Prime bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung projek pelebaran Lebuhraya Karak yang melibatkan beberapa kawasan penempatan penduduk di sekitar Batu 11, Gombak.

Perbincangan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Pusat Khidmat Rakyat (Penyelaras) DUN Gombak Setia dalam memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan yang memberi kesan kepada penduduk di dalam Parlimen Gombak. Pelbagai perkara berkaitan kepentingan dan kebajikan penduduk turut dibincangkan bagi memastikan setiap isu dapat ditangani dengan sebaiknya.

Pusat Khidmat Rakyat (Penyelaras) DUN Gombak Setia akan terus memainkan peranan sebagai jambatan antara penduduk, pihak berkepentingan dan agensi terlibat agar setiap perkembangan dapat disampaikan dengan jelas, di samping memastikan suara serta keperluan komuniti setempat terus diberi perhatian sepanjang pelaksanaan projek berkenaan.


๐Ÿšš๐Ÿ’ฅ JELAJAH EHSAN RAHMAH (JER) MADANI KEMBALI LAGI!๐Ÿ’›โค๏ธ JIMAT BERGANDA, SEGAR BERKUALITI, HARGA RAKYAT!๐Ÿ”๐ŸŸ๐Ÿฅš Ayam, ikan, tel...
11/06/2026

๐Ÿšš๐Ÿ’ฅ JELAJAH EHSAN RAHMAH (JER) MADANI KEMBALI LAGI!

๐Ÿ’›โค๏ธ JIMAT BERGANDA, SEGAR BERKUALITI, HARGA RAKYAT!
๐Ÿ”๐ŸŸ๐Ÿฅš Ayam, ikan, telur dan macam-macam lagi barangan keperluan. Semuanya dengan harga super jimat!

๐ŸŒŸ Murah dah satu hal, tapi segar dan berbaloi tu paling best!
๐Ÿ“ธ Datang, beli & HAPPY โ€“ confirm senyum bawa balik barang penuh tangan!

๐Ÿ“… Tarikh: Sabtu, 13 Jun 2026
๐Ÿ“ Lokasi: Seri Selera MPS Sg Pusu (Berhampiran Kolej Vokasional Gombak)
๐Ÿ•™ Masa: 10.00 pagi โ€“ 1.00 tengah hari

๐Ÿ“ฃ Warga Gombak Setia & sekitarnya!! Jom turun ramai-ramai!
๐Ÿ“Œ JER MADANI bukan sekadar jualan โ€“ inilah tanda keprihatinan sebenar Kerajaan Negeri untuk rakyat!

๐Ÿ’ฌ Jangan cakap tak tahu, jangan tunggu-tunggu!
๐Ÿ’ฅ Datang awal, borong puas-puas!




Lensa | Pusat Khidmat Rakyat (Penyelaras) DUN Gombak SetiaApa yang dibangkitkan akhirnya mendapat perhatian dan tindakan...
08/06/2026

Lensa | Pusat Khidmat Rakyat (Penyelaras) DUN Gombak Setia

Apa yang dibangkitkan akhirnya mendapat perhatian dan tindakan. Minggu lalu, satu lawatan dan tinjauan rasmi bersama Setiausaha Politik kepada YB Menteri Pendidikan Malaysia telah diadakan bagi meninjau beberapa isu infrastruktur sekolah yang sebelum ini telah diangkat oleh Pusat Khidmat Rakyat (Penyelaras) DUN Gombak Setia bersama Ahli-Ahli Majlis MPS serta agensi-agensi berkaitan.

Isu-isu yang dibangkitkan melibatkan keperluan infrastruktur pendidikan di dalam Parlimen Gombak, dengan tumpuan utama kepada sekolah-sekolah di DUN Gombak Setia yang memerlukan perhatian serta tindakan segera. Alhamdulillah, hasil daripada usaha dan tindakan susulan yang berterusan, peruntukan bagi kerja-kerja penambahbaikan telah berjaya diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lawatan ini turut melibatkan SMK Gombak Setia, SK Gombak Setia, SK Taman Sri Gombak, SK Taman Setia dan SMK Sungai Pusu bagi meninjau keadaan semasa serta menyelaras pelaksanaan kerja-kerja yang telah diluluskan. Lawatan dan tinjauan ini turut melibatkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Semoga segala usaha ini dapat memberikan manfaat kepada para pelajar, guru dan seluruh warga sekolah demi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa, selamat dan kondusif.


6 Jun 2026 (Sabtu) ๐Ÿ“Sunway Batu CavesSeterusnya, Tuan Rahim Kasdi memenuhi undangan sahabatnya, Saudara Mazlan Abd Rashi...
07/06/2026

6 Jun 2026 (Sabtu) ๐Ÿ“Sunway Batu Caves

Seterusnya, Tuan Rahim Kasdi memenuhi undangan sahabatnya, Saudara Mazlan Abd Rashid dan Puan Noorah Shafei ke Majlis Perkahwinan anakanda mereka, Mohamad Alif dan Aimannatul Husna yang berlangsung di De Cassa Mahligai.

Tahniah diucapkan kepada Saudara Mazlan dan Puan Noorah atas kehadiran ahli keluarga baharu. Semoga Mohamad Alif dan Aimannatul Husna dikurniakan rumah tangga yang sakinah, mawaddah wa rahmah, dipenuhi kebahagiaan, rezeki yang berkat serta kasih sayang yang berkekalan hingga ke akhir hayat.


6 Jun 2026 (Sabtu) ๐Ÿ“Taman Harmonis, Gombak SetiaTuan Rahim Kasdi berkesempatan memenuhi undangan Saudara Muzafar Shah da...
07/06/2026

6 Jun 2026 (Sabtu) ๐Ÿ“Taman Harmonis, Gombak Setia

Tuan Rahim Kasdi berkesempatan memenuhi undangan Saudara Muzafar Shah dan Puan Fadilah Ahmad ke Majlis Walimatulurus anakanda mereka, Muhammad Harith dan Nur Suzanna yang berlangsung di Dewan Pengantin Mahar Cinta.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Muhammad Harith dan Nur Suzanna. Semoga ikatan yang dibina ini sentiasa diberkati Allah SWT, dikurniakan kebahagiaan, ketenangan serta dipermudahkan dalam melayari kehidupan berumahtangga hingga ke jannah.


Address

D/a Dewan Beringin, Jln. SG 1/1, Tmn. Sri Gombak
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

+601110368386

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Setiausaha Politik YAB Dato Menteri Besar Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Setiausaha Politik YAB Dato Menteri Besar Selangor:

Share