PD Taman Jati, Batu Berendam, Melaka

  • Home
  • PD Taman Jati, Batu Berendam, Melaka

PD Taman Jati, Batu Berendam, Melaka Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PD Taman Jati, Batu Berendam, Melaka, Library, Jalan Jati 7, Taman Jati, .

Assalamualaikum & Salam Jumaat ✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨
15/05/2026

Assalamualaikum & Salam Jumaat

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨






14/05/2026

🎬✨ PERTANDINGAN TIKTOK PEMBACAAN KREATIF PERPADUAN 2026 ✨📚

🎥 Rakam video paling kreatif anda dan sampaikan mesej perpaduan dengan penuh penghayatan!

Inilah platform terbaik untuk menyerlahkan bakat pembacaan kreatif sambil menyemai semangat perpaduan dan cinta akan negara melalui tema “Bersama Membina Negara Bangsa” 🇲🇾✨

Boleh pilih petikan daripada novel, puisi, cerpen atau bahan bacaan lain yang penting kreatif, menarik dan mampu menyentuh hati penonton 😍✨

📚 Ayuh bersama kita semarakkan budaya membaca dan perpaduan melalui kreativiti digital!

📅 Tarikh tutup penyertaan: 19 Jun 2026

👥 Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia (kecuali warga PNM)

Dua kategori: Kanak-kanak (7–12 tahun) & Dewasa (13 tahun ke atas)

📲 Imbas kod QR untuk terma & syarat dan maklumat lanjut.

💡 Serlahkan kreativiti anda. Sampaikan mesej perpaduan. Jadi inspirasi kepada negara!

PembacaanKreatif CitraPenulis2026

14 Mei 2026Kelas Membaca @ PDTJTerima kasih kepada peserta yang hadir minggu ini."Ilmu Bermula di Sini"
14/05/2026

14 Mei 2026
Kelas Membaca @ PDTJ

Terima kasih kepada peserta yang hadir minggu ini.
"Ilmu Bermula di Sini"







Assalamualaikum & Salam Sejahtera ✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨
14/05/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨






✨Pameran Maya: Kepelbagaian Dan Inklusiviti ✨Tajuk: Solusi Praktikal Dalam Konteks Kepelbagaian Jom Baca untuk memahami ...
13/05/2026

✨Pameran Maya: Kepelbagaian Dan Inklusiviti ✨

Tajuk: Solusi Praktikal Dalam Konteks Kepelbagaian

Jom Baca untuk memahami tentang Kepelbagaian yang terdapat dalam negara kita.

Uji Minda🔻
1) Apakah sikap paling penting untuk membina masyarakat harmoni dalam komuniti yang pelbagai?

A. Mementingkan diri sendiri
B. Mengelakkan komunikasi
C. Sikap inklusif, hormat dan empati
D. Membandingkan budaya orang lain

2) Apakah yang dimaksudkan dengan amalan inklusif dalam komuniti?

A. Hanya melibatkan golongan tertentu
B. Mengasingkan individu berbeza latar belakang
C. Memberi peluang kepada semua untuk terlibat
D. Mengutamakan satu kaum sahaja

Berikan jawapan anda di ruangan komen sebagai tanda sokongan kepada aktiviti ini. Terima kasih 🥰🥰







❤️PAMERAN BERTEMA: Kepelbagaian Dan Inklusiviti❤️📚Pameran Bulan Mei 2026📚Jom datang ke PD Taman Jati,  Anda boleh meminj...
13/05/2026

❤️PAMERAN BERTEMA: Kepelbagaian Dan Inklusiviti❤️
📚Pameran Bulan Mei 2026📚

Jom datang ke PD Taman Jati, Anda boleh meminjam dan membaca buku-buku bertema yang dipamerkan disamping pelbagai koleksi buku-buku lain.




13/05/2026
“Tak semua wanita menyambut Hari Ibu dengan rasa yang sama.” Dalam pada ramai ibu hari ini diraikan dengan pelukan anak-...
11/05/2026

“Tak semua wanita menyambut Hari Ibu dengan rasa yang sama.”

Dalam pada ramai ibu hari ini diraikan dengan pelukan anak-anak dan ucapan daripada suami tercinta, ada juga wanita yang sedang menahan rasa dalam diam.

Ada yang baru belajar jadi ibu,
tidur tak cukup, emosi turun naik, tapi tetap cuba jadi yang terbaik setiap hari.

Ada yang menyambut dengan senyuman,
dan ada juga yang menyambut dengan rasa rindu yang tak pernah hilang.

Ada yang membesarkan anak seorang diri.
Ada yang menyayangi sepenuh hati walaupun bukan dari rahim sendiri.

Ada yang sedang kuat melawan sakit,
tapi masih lebih risau tentang keluarga daripada diri sendiri.

Dan ada juga yang setiap tahun hanya mampu melihat ucapan Hari Ibu tak dituju kepadanya,
sambil memujuk hati yang masih menunggu zuriat dengan penuh doa dan harapan.

Kadang-kadang, kita tak tahu apa yang sedang seseorang wanita lalui di sebalik senyumannya.

Hari Ibu bukan sekadar tentang sambutan atau hadiah, tetapi tentang menghargai kasih, pengorbanan, dan kekuatan seorang wanita dalam apa jua fasa kehidupannya.

Untuk semua wanita yang sedang berjuang dengan cara masing-masing,
semoga hati kalian sentiasa dipermudahkan, dikuatkan, dan dipenuhi kasih sayang yang tidak pernah kurang nilainya.

Selamat hari ibu🤍.

Sumber: Oh Ya




📢 HARI INI: SEGALANYA BERMULASistem Depositori PNM kini kembali beroperasi sepenuhnya. Urusan penerbitan kini lebih muda...
11/05/2026

📢 HARI INI: SEGALANYA BERMULA

Sistem Depositori PNM kini kembali beroperasi sepenuhnya. Urusan penerbitan kini lebih mudah, pantas dan efisien melalui Sistem Depositori Perpustakaan Negara Malaysia.

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:
✅ Pendaftaran Penerbit
✅ Permohonan ISBN / ISSN / PdP
✅ Serahan Bahan Asal Digital (Born Digital)

Layari sekarang:
https://depositori.pnm.gov.my

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
📞 Pusat Kebangsaan ISBN/ISSN/PdP
03-2687 1825 / 4288 / 4284 / 4271
📞 Pusat Penyerahan Terbitan Negara
03-2687 1944 / 1942 / 1841 / 1951

✨Aktiviti Galakan Membaca @ PD✨Tarikh : 9 Mei 2026Aktiviti : DIY Kad Hari Ibu Terima kasih adik-adik yang tetap memilih ...
09/05/2026

✨Aktiviti Galakan Membaca @ PD✨

Tarikh : 9 Mei 2026
Aktiviti : DIY Kad Hari Ibu

Terima kasih adik-adik yang tetap memilih Perpustakaan desa sebagai tempat untuk mengisi masa lapang.






Address

Jalan Jati 7, Taman Jati

75350

Telephone

+6063173661

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PD Taman Jati, Batu Berendam, Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share