Dalam usaha kerajaan untuk mempercepatkan transformasi luar bandar sebagai kawasan yang produktif, maju dan berdaya saing, Kerajaan telah menaik taraf MID di seluruh negara menjadi Mini RTC secara berperingkat bermula dari tahun 2012. Menerusi transformasi ini, fungsi Mini RTC menjadi lebih meluas dan tidak terhad sepertimana MID yang hanya berfungsi sebagai pusat ICT yang melaksanakan program-program merapatkan jurang digital. Mini RTC akan menjadi platform untuk menyelaras semua program daripada pelbagai agensi/jabatan untuk penduduk kampung & disekitarnya. Ia juga berperanan sebagai penghubung masyarakat luar bandar dalam komuniti yang kecil dengan aktiviti yang membawa kebaikan & dapat meningkatkan taraf hidup penduduk kampung.
9 inisiatif:
1. Pemprosesan Produk Agro Makanan
5. Pengurusan Bekalan Rantaian Hasil Pertanian
6. Kerjasama Universiti
7. Perkhidmatan Kesihatan 1 Malaysia
8. Kemudahan Pembiayaan Kewangan