Pejabat Daerah Kota Marudu

Pejabat Daerah Kota Marudu MEDIA FACEBOOK RASMI PEJABAT DAERAH KOTA MARUDU

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN KETUA ANAK NEGERI, WAKIL KETUA ANAK NEGERI DAN KETUA KAMPUNG DUN N.6 BANDAUPada 1 ...
03/07/2026

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN KETUA ANAK NEGERI, WAKIL KETUA ANAK NEGERI DAN KETUA KAMPUNG DUN N.6 BANDAU

Pada 1 Julai 2026 (Rabu), Pegawai Daerah Kota Marudu telah menghadiri Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung bagi DUN N.6 Bandau yang berlangsung di kediaman YB Datuk Dr. Maijol Mahap, JP, ADUN N.6 Bandau.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Maijol Mahap, JP, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap ADUN N.6 Bandau.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima watikah pelantikan. Semoga amanah serta tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen demi kesejahteraan masyarakat serta kemajuan kampung masing-masing.

PROGRAM PENGUKUHAN TADBIR URUS PENTADBIRAN KAMPUNG DAERAH KOTA MARUDU TAHUN 2026Pada 30 Jun 2026 (Selasa), Program Pengu...
03/07/2026

PROGRAM PENGUKUHAN TADBIR URUS PENTADBIRAN KAMPUNG DAERAH KOTA MARUDU TAHUN 2026

Pada 30 Jun 2026 (Selasa), Program Pengukuhan Tadbir Urus Pentadbiran Kampung Daerah Kota Marudu Tahun 2026 anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah Kota Marudu telah diadakan di Dewan PPR Korongkom, Kota Marudu, bermula jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang.

Program ini melibatkan para peserta daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kawasan N.6 Bandau dan N.7 Tandek bagi meningkatkan pengetahuan serta memperkukuh kefahaman berkaitan tadbir urus dan pengurusan pentadbiran kampung.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta JKKK N.6 Bandau dan N.7 Tandek atas kehadiran, komitmen serta kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung. Semoga segala ilmu dan maklumat yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab di kampung masing-masing.

PERLAWANAN PERSAHABATAN SUKAN BOLA TAMPAR DAN BADMINTON ANTARA PDKM DAN PD PITASPada 18 Jun 2026 (Khamis), Pejabat Daera...
02/07/2026

PERLAWANAN PERSAHABATAN SUKAN BOLA TAMPAR DAN BADMINTON ANTARA PDKM DAN PD PITAS

Pada 18 Jun 2026 (Khamis), Pejabat Daerah Pitas telah mengadakan Perlawanan Persahabatan Bola Tampar dan Badminton bersama Pejabat Daerah Kota Marudu.

Terima kasih diucapkan kepada Pejabat Daerah Pitas atas kesudian menjayakan perlawanan persahabatan ini. Semoga hubungan baik yang terjalin akan terus berkekalan.

PROGRAM GOTONG-ROYONG KEBUN HERBA PEJABAT DAERAH KOTA MARUDUPada 16 Jun 2026 (Selasa), seawal jam 8.00 pagi, warga Pejab...
01/07/2026

PROGRAM GOTONG-ROYONG KEBUN HERBA PEJABAT DAERAH KOTA MARUDU

Pada 16 Jun 2026 (Selasa), seawal jam 8.00 pagi, warga Pejabat Daerah Kota Marudu bersama kakitangan Jabatan Teknologi Digital dan Inovasi Negeri Sabah (JTDI) Wilayah Pantai Barat Utara (Kota Marudu) telah memulakan program dengan aktiviti senaman ringan sebelum meneruskan gotong-royong membersihkan dan mengemas kebun herba Pejabat Daerah Kota Marudu.

Aktiviti ini diadakan bagi memastikan kebun herba sentiasa bersih, kemas dan terpelihara, di samping memupuk semangat kerjasama serta mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kerja.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang program berlangsung.








SALAM MAAL HIJRAH 1448H / 2026MPejabat Daerah Kota Marudu mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H kepada seluruh...
17/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH 1448H / 2026M

Pejabat Daerah Kota Marudu mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H kepada seluruh umat Islam.

Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk kita memperbaharui azam, memperkukuh ukhuwah serta meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Semoga kita semua sentiasa dikurniakan keberkatan, rahmat, kesejahteraan dan kejayaan dalam setiap langkah kehidupan.

Salam Maal Hijrah 1448H.




10 JUN 2026 (RABU)MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH (MAKeS) SMK TANDEK TAHUN 2025Pegawai Daerah Kota Marudu, Puan Me...
10/06/2026

10 JUN 2026 (RABU)

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH (MAKeS) SMK TANDEK TAHUN 2025

Pegawai Daerah Kota Marudu, Puan Meirin Binti Sugara, telah hadir ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah (MAKeS) SMK Tandek Tahun 2025 yang diadakan di Dewan Perdana SMK Tandek.

Majlis ini diadakan sebagai penghargaan kepada usaha dan pencapaian murid-murid dalam bidang akademik, Hal Ehwal Murid (HEM) dan kokurikulum sepanjang tahun 2025.

Turut hadir ialah YB Datuk Wetrom Bahanda, Ahli Parlimen P.168 Kota Marudu, bersama tetamu jemputan yang lain bagi memeriahkan majlis tersebut.

Pejabat Daerah Kota Marudu merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima anugerah atas pencapaian yang membanggakan.







09 JUN 2026 (SELASA)PROGRAM JELAJAH ASPIRASI YANG BERHORMAT MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN KE MAJLIS DAERAH KOT...
10/06/2026

09 JUN 2026 (SELASA)

PROGRAM JELAJAH ASPIRASI YANG BERHORMAT MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN KE MAJLIS DAERAH KOTA MARUDU

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif, bersama rombongan telah mengadakan lawatan kerja dalam Program Jelajah Aspirasi ke Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM), Sabah.







01/06/2026

πŸ“’ PERHATIAN KEPADA WARGA KOTA MARUDU, KHUSUSNYA GOLONGAN USAHAWAN & BAKAL USAHAWAN WANITA! πŸ“’

Adakah anda ingin mengembangkan perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi? Atau anda sedang mencari peluang pembiayaan serta bimbingan perniagaan yang mantap? Inilah peluang keemasan yang tidak boleh anda lepaskan!

Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) dengan kerjasama strategik rakan-rakan penganjur bersama (Sabah Credit Corporation, Institut Pembangunan Sabah (IDS), dan IDS Infotech) dengan bangganya membawakan kepada anda:

✨ BENGKEL KEUSAHAWANAN DAYANG 2026 (ZON KUDAT: DAERAH KOTA MARUDU) ✨
Bengkel berimpak tinggi ini dirancang khas untuk memperkasakan komuniti usahawan tempatan, terutamanya golongan wanita, bagi melengkapkan diri dengan ilmu perniagaan terkini, strategi pemasaran, serta akses kepada dana pembiayaan yang disediakan oleh kerajaan dan agensi berkaitan.

πŸ’‘ Kenapa Anda WAJIB Hadir Ke Bengkel Ini?
Melalui program ini, para peserta akan mendapat input yang sangat berharga merangkumi:

β€’ βœ… Pendedahan Eksklusif kepada Dana Pinjaman DAYANG: Ketahui cara-cara dan syarat memohon bantuan dana pembiayaan khas untuk melonjakkan modal perniagaan anda.
β€’ βœ… Peluang Networking & Bimbingan Usahawan Wanita: Bina jaringan perniagaan (networking) bersama usahawan lain dan dapatkan bimbingan (mentorship) secara terus daripada pakar industri.
β€’ βœ… Perkongsian Pelesenan daripada Majlis Daerah Kota Marudu: Slot penting untuk memahami proses, syarat, dan kemudahan pelesenan perniagaan di bawah seliaan MDKM agar perniagaan anda beroperasi secara sah dan lancar.

πŸŽ™οΈ Barisan Speaker Jemputan Khas (Pakar Industri)
Kami membawakan dua tokoh hebat yang tidak asing lagi dalam dunia keusahawanan dan akademik untuk berkongsi formula kejayaan mereka:

1️⃣ Encik Azizul Julirin (Pengasas & Pengarah Kundasang Aquafarm) Seorang usahawan tani moden yang sangat berjaya dan berpengalaman luas dalam inovasi perniagaan serta strategi pemasaran produk tempatan ke peringkat lebih tinggi.

2️⃣ Profesor Dr. Jidon Janaun (Profesor, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaysia Sabah - UMS) Seorang pakar akademik dan penyelidik yang akan mengupas sudut pandang teknikal, inovasi produk, serta pengurusan perniagaan yang sistematik.

πŸ“… Butiran Lanjut Program:
Sila catat tarikh, masa, dan lokasi bengkel seperti ketetapan di bawah:

β€’ πŸ—“οΈ Tarikh: 6 Jun 2026 (Hari Sabtu)
β€’ ⏰ Masa: 8:00 Pagi hingga 4:00 Petang
β€’ πŸ“ Tempat: Dewan Terbuka Tandek, Kota Marudu
β€’ πŸ’΅ Yuran Penyertaan: PERCUMA! (Tiada sebarang bayaran dikenakan)

πŸ“ Cara Pendaftaran (Tempat Adalah Terhad!)
Jangan tunggu saat-saat akhir! Tempat adalah sangat TERHAD. Pastikan anda mendaftar segera untuk mengesahkan kehadiran/slot anda:

1. πŸ“² Imbas Kod QR yang tertera pada poster grafik di bawah menggunakan telefon pintar anda untuk mengisi borang pendaftaran secara atas talian (online).
2. πŸ“ž Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau bantuan pendaftaran, sila hubungi pegawai bertugas:
o 011-2536 2363 (Puan Fiona)

Mari bersama-sama kita melonjakkan ekonomi komuniti dan melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing di Daerah Kota Marudu. Sila kongsikan (share) hebahan ini kepada ahli keluarga, rakan-rakan, dan jiran tetangga anda yang mengusahakan perniagaan!

Tahniah Tati Aelvereny Vahidin kerana berjaya masuk Top 25 Unduk Ngadau Peringkat Negeri Sabah 2026.
31/05/2026

Tahniah Tati Aelvereny Vahidin kerana berjaya masuk Top 25 Unduk Ngadau Peringkat Negeri Sabah 2026.

Dear Tati Aelvereny Vahidin,
Tahniah & Terima kasih !
Anda sudah buat yg terbaik
πŸ‘πŸ»βœ¨πŸ₯°πŸ«°πŸ»πŸŒΎπŸ‘‘πŸ’–

Jom menonton Pertandingan Unduk Ngadau bagi Tahun ini 🌾
31/05/2026

Jom menonton Pertandingan Unduk Ngadau bagi Tahun ini 🌾

31 Mei 2026 l 12:30PM l KDCAπŸŽ₯ Siaran Langsung Dikuasakan oleh...

Address

Pejabat Daerah Kota Marudu, Peti Surat No 128
Bandau Kota Marudu
89100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088661420

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah Kota Marudu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Daerah Kota Marudu:

Shortcuts

Share