UMNOMaruduOnline

UMNOMaruduOnline Bahagian Penerangan UMNO Kota Marudu 2023-2026

HEBAHAN MEDIA RASMIUMNO SABAH BAHAGIAN P.168 KOTA MARUDUMESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN P.168 KOTA MARUDU TAHUN 2026M...
26/07/2026

HEBAHAN MEDIA RASMI

UMNO SABAH BAHAGIAN P.168 KOTA MARUDU

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN P.168 KOTA MARUDU TAHUN 2026M | 1448H BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

KOTA MARUDU, 25 Julai 2026 – Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian P.168 Kota Marudu bagi Tahun 2026M | 1448H telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 25 Julai 2026, bertempat di Dewan AQ, Kota Marudu.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Tun Haji Mohd Said, Bendahari UMNO Sabah, yang dalam ucapan perasmiannya menyeru seluruh kepimpinan dan ahli-ahli UMNO agar terus memperkukuhkan perpaduan, mempererat saf perjuangan serta mempertingkatkan komitmen dalam memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negeri Sabah.

Mesyuarat ini turut menghimpunkan barisan kepimpinan bahagian, perwakilan daripada cawangan-cawangan serta para pemerhati yang hadir bagi membincangkan pelbagai usul dan agenda penting ke arah memperkukuhkan organisasi parti serta memperkemaskan gerak kerja menjelang cabaran politik yang akan datang.

UMNO Bahagian P.168 Kota Marudu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Tun Haji Mohd Said, seluruh jawatankuasa penganjur, para perwakilan, pemerhati dan semua pihak yang telah memberikan komitmen serta menjayakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian P.168 Kota Marudu Tahun 2026M | 1448H.

Semoga semangat perpaduan dan iltizam yang dizahirkan sepanjang persidangan ini menjadi pemangkin kepada kekuatan UMNO dalam terus berkhidmat kepada rakyat, mempertahankan perjuangan parti serta membawa aspirasi masyarakat Kota Marudu ke tahap yang lebih cemerlang.

"Bersatu • Bersetia • Berkhidmat"

UMNO SABAH BAHAGIAN P.168 KOTA MARUDU
25 Julai 2026

Address

1Marudu Commercial Centre
Bandau Kota Marudu
89107

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UMNOMaruduOnline posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to UMNOMaruduOnline:

Shortcuts

Share