Institut Latihan Islam Malaysia

Institut Latihan Islam Malaysia Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) merupakan institut yang bertanggungjawab menyediakan kursus, seminar dan latihan kepada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam dari agensi agama Islam seluruh Malaysia. Walaubagaimanapun, tawaran juga dibuka kepada pegawai dan kakitangan dari pelbagai jabatan kerajaan yang berminat. ILIM yang ditubuhkan pada 1 Januari 1997 telah menjalani fasa 1 dan fasa 2 den

gan menyediakan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung di atas keluasan tanah 36 ekar di Bangi, Selangor. Bermula 1 November 2018, ILIM telah menjalani penstrukturan semula melalui redeployment JAKIM dengan menempatkan 5 institusi dan pusat latihan Islam di bawah pentadbiran ILIM, Bangi. ILIM kini mempunyai seramai 168 pegawai dan kakitangan dan masing-masing menganjurkan kursus, seminar, muhadharah serta latihan menarik yang disertai oleh para peserta dari Malaysia dan dari luar Negara. Selaras visi untuk menjadi peneraju latihan Islam bertaraf global, ILIM telah mengadakan pelbagai program antarabangsa dan di peringkat serantau seperti Kursus Profesionalisme Imam Negara Maldives dan Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) yang diadakan setiap tahun. Sejajar dengan pertambahan pelawat dan peserta kursus, ILIM telah mengamalkan Amalan Persekitaran Berkualiti dan telah mendapat Anugerah Amalan Persekitaran Berkualiti oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia pada tahun 2009 dan kejayaan diteruskan dengan penerimaan Anugerah Cemerlang Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada tahun 2017. ILIM terus maju melangkah kehadapan dengan menyediakan beberapa program jangka masa panjang dan sederhana melalui penawaran program seperti berikut:-
Diploma Pengurusan Islam

Sijil Pengurusan Islam

Sijil Tinggi Pengajian Sains Dakwah

Sijil Tinggi Muamalat

Sijil Tinggi Bahasa Arab

Sijil Tinggi Falak Syarie

Sijil Tinggi Profesionalisme Imam

Sijil Tinggi Kaunseling Syarie, Runding Cara Kekeluargaan Islam

Sijil Tinggi Penguatkuasa Syarie Malaysia

Sijil Tinggi Pengurusan Fatwa

Sijil Tinggi Pengurusan Harta dan Kewangan Islam

Sijil Tinggi Pengurusan dan Kepemimpinan Islam

Bermula Disember 2018, pusat- pusat latihan Islam berikut telah beroperasi sepenuhnya di bawah pentadbiran dan seliaan ILIM dan kini dikenali sebagai:-

Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur (ILTIM) – kini dikenali sebagai ILIM Kampus Besut

Institut Pemahaman dan Perkaderan Akidah Malaysia (IPHAM) – kini dikenali sebagai ILIM Kampus Jelebu

Pusat Latihan Islam Lawas – kini dikenali sebagai ILIM Kampus Lawas

Pusat Latihan Islam Kundasang – kini dikenali sebagai ILIM Kampus Kundasang

Pusat Latihan Islam Lahad Datu – kini dikenali sebagai ILIM Kampus Lahad Datu

Bidang Kepakaran ILIM:

Kampus Utama Bangi - Kecemerlangan Kepemimpinan & Pengurusan Hal Ehwal Islam

Kampus Besut - Teambuilding & Pembangunan Insan, Pengurusan Pejabat

Kampus Jelebu - Pengurusan Kepemimpinan Belia, Aqidah dan Aliran Pemikiran

Kampus Kundasang - Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Asas Bahasa Arab & Perkaderan Dakwah

Kampus Lawas - Pengurusan Keluarga, Komuniti & Program Ukhwah

Kampus Lahad Datu - Profesionalisme Imam dan Pengimarahan Masjid

𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔Menjunjung kasih dan setinggi-tinggi tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha ...
31/05/2026

𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔

Menjunjung kasih dan setinggi-tinggi tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku sentiasa dilanjutkan usia dan diberkati kesihatan yang berpanjangan.

𝘚𝘦𝘮𝘣𝘢𝘩 𝘛𝘢𝘬𝘻𝘪𝘮 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢:
Pengarah Kanan dan Warga Kerja Institut Latihan Islam Malaysia.

30/05/2026
𝐊𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐈𝐋𝐈𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐫𝐚𝐤 𝐍𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐩𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧𝐚𝐧BANGI, 30 Mei 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (...
30/05/2026

𝐊𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐈𝐋𝐈𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐫𝐚𝐤 𝐍𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐩𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧𝐚𝐧

BANGI, 30 Mei 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menganjurkan Program Penerapan Nilai-Nilai Murni “Pengorbanan Membina Ihsan, Aidiladha Menyemai Hikmah” bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M.

Program ini diadakan dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam, Maybank Islamic Sdn. Bhd. pada hari Sabtu, 30 Mei 2026 bersamaan 13 Zulhijah 1447 bermula jam 7.30 pagi hingga 2.00 petang bertempat di ILIM Kampus Utama Bangi.

Pelaksanaan program ini bertujuan menyemarakkan penghayatan ibadah korban dalam kalangan warga ILIM, selain memupuk nilai kebersamaan, keprihatinan sosial dan semangat gotong-royong bersempena Aidiladha.

Atur cara program bermula dengan tazkirah ringkas oleh Ustaz Mohd Shahril bin Abd Samat, Penolong Pengarah Kanan ILIM serta taklimat pembahagian tugas kepada petugas oleh Encik Muhammad Razmil Rizal Aminan, Pengerusi Surau Salahuddin Al-Ayyubi.

Majlis korban berlangsung pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari melibatkan aktiviti penyembelihan haiwan korban, proses melapah, menimbang dan rewang.

Program turut diserikan dengan penyampaian agihan daging korban kepada penerima daripada golongan asnaf dan peserta korban. Penyampaian tersebut disempurnakan oleh YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM bersama Encik Ahmad Shareza bin Abdul Rahman, Head, Maybank Ventures (Group Islamic Banking) merangkap Pengerusi Surau Al-Insan Maybank.

Agihan ini mencerminkan komitmen ILIM dan Maybank dalam menyantuni golongan yang memerlukan di samping memperkukuh nilai ihsan, ukhuwah dan kebersamaan sempena Aidiladha.

Penganjuran program ini selaras dengan tuntutan ibadah korban yang menekankan nilai ketakwaan, sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Hajj ayat 37 yang bermaksud, daging dan darah haiwan korban tidak sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan hamba-Nya.

اللّٰهُ أَكْبَرُ، اللّٰهُ أَكْبَرُ، اللّٰهُ أَكْبَرُلَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَاللّٰهُ أَكْبَرُاللّٰهُ أَكْبَرُ وَلِلّٰ...
26/05/2026

اللّٰهُ أَكْبَرُ، اللّٰهُ أَكْبَرُ، اللّٰهُ أَكْبَرُ
لَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَاللّٰهُ أَكْبَرُ
اللّٰهُ أَكْبَرُ وَلِلّٰهِ الْحَمْدُ

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447/2026.

Semoga setiap pengorbanan, keikhlasan dan doa kita diterima Allah SWT serta dikurniakan keberkatan, ketenangan dan rahmat yang berpanjangan.

Semoga Aidiladha kali ini mengeratkan silaturahim, menambahkan kasih sayang dan membawa kebahagiaan buat kita semua.

Salam Aidiladha daripada Pengarah Kanan dan Warga Kerja ILIM.

𝐈𝐋𝐈𝐌 𝐑𝐚𝐢𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐬𝐢𝐣𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐈𝐒𝐎 𝟗𝟎𝟎𝟏:𝟐𝟎𝟏𝟓 𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢Bangi, 26 Mei 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia melakar...
26/05/2026

𝐈𝐋𝐈𝐌 𝐑𝐚𝐢𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐬𝐢𝐣𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐈𝐒𝐎 𝟗𝟎𝟎𝟏:𝟐𝟎𝟏𝟓 𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢

Bangi, 26 Mei 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia melakar satu lagi pencapaian bermakna apabila berjaya memperoleh Pensijilan ISO 9001 Sistem Pengurusan Kualiti yang dikeluarkan oleh SIRIM QAS International.

Penganugerahan pensijilan ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen ILIM dalam memperkukuh sistem pengurusan organisasi secara sistematik, cekap dan berkesan selaras dengan standard pengurusan kualiti di peringkat antarabangsa. Ia turut membuktikan kesungguhan ILIM dalam memastikan penyampaian perkhidmatan latihan sentiasa berada pada tahap yang berkualiti, tersusun dan memenuhi kehendak pelanggan serta pihak berkepentingan.

Skop pensijilan ini meliputi perkhidmatan latihan dalam bidang pengurusan hal ehwal Islam termasuk pembangunan modul latihan, pengurusan program latihan serta perkhidmatan sokongan. Pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada ILIM untuk terus memperkasa budaya kerja cemerlang dan penambahbaikan berterusan dalam pelaksanaan fungsi serta perkhidmatan institusi.

Kejayaan ini merupakan hasil komitmen, kerjasama dan dedikasi seluruh warga ILIM yang sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus melangkah maju dalam memperkukuh kecemerlangan latihan Islam ke arah perkhidmatan yang lebih berkualiti dan berimpak.

Tahniah kepada seluruh warga ILIM atas pencapaian ini.



"Menjana Kecemerlangan"




ILIM Berikan Kefahaman dalam Mengurus Konflik serta KrisisBANGI, 20 Mei 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Ka...
25/05/2026

ILIM Berikan Kefahaman dalam Mengurus Konflik serta Krisis

BANGI, 20 Mei 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi telah menganjurkan Kursus Pengurusan Konflik dan Krisis bermula 19 Mei 2026 hingga 20 Mei 2026 dengan penyertaan pegawai dan kakitangan daripada pelbagai agensi Persekutuan dan Negeri.

Penganjuran kursus ini bertujuan adalah untuk memberi pendedahan mengenai pendekatan menangani konflik dan krisis yang timbul di tempat kerja atau dalam kehidupan seharian serta kefahaman untuk mengurus konflik dan krisis dengan cara yang berkesan. Selain itu, kursus ini turut memberi kefahaman mengenai cara dan panduan yang ada di dalam al Quran menerusi perjalanan kisah para nabi dan sahabat ketika berdepan dengan ujian.

Kursus ini diharap dapat melahirkan peserta yang peka dan bersedia terhadap cabaran yang dihadapi serta mampu mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam kehidupan seharian dan organisasi masing-masing.

Kursus Communicative English For Islamic Affairs ProfessionalsBangi, Selangor – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) t...
23/05/2026

Kursus Communicative English For Islamic Affairs Professionals

Bangi, Selangor – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menganjurkan Kursus Communicative English for Islamic Affairs Professionals bermula 19 hingga 21 Mei 2026 kepada Perunding Latihan ILIM dan Pegawai Pengurusan Hal Ehwal Islam.

Pelaksanaan kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman peserta dalam mengenal pasti, memahami dan menghuraikan maklumat, idea serta konsep asas komunikasi menggunakan bahasa Inggeris seperti perbualan, media sosial dan arahan. Selain itu, kursus ini turut membangunkan kemahiran komunikasi peserta secara lisan dan bertulis melalui aktiviti interaktif, pembentangan, perbincangan berkumpulan dan latihan komunikasi yang memberi fokus kepada keyakinan serta ketepatan penggunaan bahasa.

Kursus ini dikendalikan oleh barisan penceramah yang berpengalaman dan pakar dalam bidang bahasa inggeris daripada Institut Pendidikan Guru Bahasa Antarabangsa iaitu Dr Munirah Hanafi @ Abd Ghani, Encik Mohd Azmanuddin Azman dan Puan Nor Izyani Johar. Keunikan kursus ini terserlah melalui pendekatan pembelajaran yang santai, komunikatif dan berorientasikan situasi sebenar tugasan pegawai hal ehwal Islam. Peserta turut didedahkan dengan aktiviti penyelesaian masalah, simulasi komunikasi serta latihan pembentangan yang mampu meningkatkan keberanian, kreativiti dan daya fikir peserta dalam menggunakan bahasa Inggeris secara lebih efektif dan profesional.

Pendekatan yang interaktif oleh para penceramah berjaya menarik penglibatan yang aktif dalam kalangan peserta untuk terlibat dalam setiap slot aktiviti yang ditetapkan. Diharapkan penganjuran kursus seperti ini diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan bagi melahirkan pegawai hal ehwal Islam yang lebih kompeten, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan mampu menyampaikan mesej Islam dengan lebih berkesan di peringkat nasional dan antarabangsa

ILIM Tingkat Kefahaman Pengurusan Kewangan Patuh SyariahBANGI, 21 Mei 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kamp...
21/05/2026

ILIM Tingkat Kefahaman Pengurusan Kewangan Patuh Syariah

BANGI, 21 Mei 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi telah menganjurkan Kursus Pengurusan Kewangan Islam: Strategi Bebas Hutang bermula 19 Mei 2026 hingga 21 Mei 2026 dengan penyertaan pegawai dan kakitangan daripada pelbagai agensi serta institusi.

Penganjuran kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep perancangan kewangan patuh Syariah di samping meningkatkan pengetahuan berkaitan bentuk perancangan kewangan dalam Islam. Selain itu, kursus ini turut memberi kefahaman mengenai potensi pengurusan kewangan Islam sebagai panduan dalam mengurus kewangan secara lebih sistematik, berhemah dan bebas daripada beban hutang yang tidak terkawal.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta didedahkan dengan pelbagai pengisian merangkumi asas pengurusan kewangan Islam, strategi pengurusan hutang, kaedah perancangan kewangan keluarga, kepentingan simpanan dan pelaburan patuh Syariah serta amalan kewangan yang berteraskan prinsip Islam.

Kursus ini diharap dapat melahirkan peserta yang lebih peka terhadap kepentingan pengurusan kewangan secara bijaksana serta mampu mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam kehidupan seharian dan organisasi masing-masing.

Kursus Profesionalisme Saksi Mahkamah Perkukuh Integriti Pegawai Penguat Kuasa ILIM Bangi – 21hb Mei 2026. Di tengah-ten...
21/05/2026

Kursus Profesionalisme Saksi Mahkamah Perkukuh Integriti Pegawai Penguat Kuasa

ILIM Bangi – 21hb Mei 2026. Di tengah-tengah tuntutan amanah dan tanggungjawab dalam menegakkan keadilan syariah, keupayaan seseorang pegawai penguat kuasa agama untuk tampil sebagai saksi yang berwibawa merupakan satu elemen yang amat penting. Menyedari hakikat tersebut, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menganjurkan Kursus Profesionalisme Saksi Mahkamah sebagai wadah memperkasa ilmu, meningkatkan keyakinan serta memantapkan profesionalisme pegawai penguat kuasa agama dalam melaksanakan peranan mereka di mahkamah dengan penuh integriti, hikmah dan kewibawaan.

Seramai 40 orang peserta telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada Pegawai Penguatkuasa Agama Islam Negeri, pegawai Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dan Jabatan Bantuan Guaman Negeri. Penyertaan pelbagai agensi ini mencerminkan komitmen berterusan institusi agama dalam memperkasakan sistem penguatkuasaan dan kehakiman syariah negara.

Kursus ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan berpengalaman iaitu Yang Arif Tuan Abdul Fattah bin Dato’ Kamarudin selaku Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Puan Tuan Sara Waheeda binti Tuan Dir selaku Penolong Pengarah Kanan di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Putrajaya dan Tuan Mohamad Saufi bin Mastor Lani selaku Ketua Seksyen Perundangan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor yang telah berkongsi ilmu, pengalaman serta panduan praktikal berkaitan pengendalian kes dan peranan saksi di mahkamah. Penyampaian kursus dilaksanakan melalui sesi ceramah dan latihan praktikal di mahkamah simulasi bagi memberi pendedahan sebenar kepada peserta tentang situasi dan cabaran semasa prosiding perbicaraan.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta memberikan komitmen dan penglibatan yang amat memberangsangkan. Maklumbalas yang diterima menunjukkan bahawa kursus ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan serta memberi impak positif dalam meningkatkan tahap keyakinan dan profesionalisme peserta.

ILIM berharap agar segala ilmu, pengalaman dan kemahiran yang diperoleh menerusi kursus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan dan penyampaian keterangan di mahkamah dengan lebih efektif, berintegriti dan berlandaskan prinsip keadilan syariah. Diharapkan juga para peserta akan terus menjadi barisan pegawai yang berwibawa serta mampu memperkukuh kredibiliti institusi perundangan dan penguatkuasaan Islam di negara ini.

Address

Jalan Maktab, Seksyen 12
Bandar Baru Bangi
43650

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

0389218500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Latihan Islam Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Institut Latihan Islam Malaysia:

Share