Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Hulu Langat

Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Hulu Langat " JAYAKAN PERKHIDMATAN SEMPURNA "

Tel : 03-89209727
Faks : 03-89209728

V I S I

Menjadi antara organisasi sektor awam yang terunggul di dunia


M I S I

Menerajui dan menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia dalam pengurusan sumber air khususnya pengurusan banjir, sungai dan zon pantai bagi meningkatkan kualiti hidup dengan memastikan sekuriti air dan kelestarian alam sekitar. Piagam Pelanggan

Kami akan menyediakan perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam perancangan, rekabentuk dan pelaksanaan program-program pengurusan banjir, lembangan sungai, zon pantai, saliran mesra alam serta sumber air dan hidrologi. Perkhidmatan kami akan berdasarkan amalan kejuruteraan terbaik dengan mengambil kira kelestarian alam sekitar, ekonomi dan sosial. Dalam melaksanakan tugas dan fungsi berikut, kami berikrar akan:



~Memberi respon terhadap sebarang aduan awam menerusi JPS Careline 1-300-80-1010 berkenaan dengan masalah banjir, sungai, pantai dan saliran bandar dalam masa dua (2) hari bekerja.

~Memastikan bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap (melainkan dinyatakan sebaliknya dalam perjanjian kontrak).

~Membekal data dan maklumat hidrologi dalam tempoh empatbelas (14) hari bekerja.

~Memberi khidmat nasihat/ulasan teknikal/maklumbalas dalam tempoh tidak melebihi empat (4) minggu.

22 Jun 2026 - Lawatan tapak oleh Pengarah JPS Selangor Negeri Selangor, YBhg. Dato’ Ir. Ts. Hj. Mohd Nazri bin Yasmin be...
22/06/2026

22 Jun 2026 - Lawatan tapak oleh Pengarah JPS Selangor Negeri Selangor, YBhg. Dato’ Ir. Ts. Hj. Mohd Nazri bin Yasmin bersama JPS Daerah Hulu Langat ke projek Sungai Merbau (FACB LAND) Mukim Kajang, Projek Tebatan Banjir Sungai Beranang Di Kg Jai, Mukim Beranang dan projek Retrofit Sistem Saliran Sungai Raya/Sungai Sering Di Kg Sungai Raya, Mukim Cheras, Daerah Hulu Langat, Selangor.

Objektif lawatan tapak ini adalah untuk meninjau dan menilai kemajuan pelaksanaan projek-projek tebatan banjir dan saliran di Daerah Hulu Langat, mengenal pasti isu serta cabaran di tapak, memastikan projek dilaksanakan mengikut skop, spesifikasi dan jadual yang ditetapkan, serta membincangkan langkah-langkah penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan sistem saliran dan pengurangan risiko banjir demi kesejahteraan penduduk setempat.

Turut hadir Jurutera Daerah JPS Daerah Hulu Langat, Tuan Ir. Ahmad Fauzan Bin Mohd Sabri, Timbalan Jurutera Daerah, En Mohd Zaki bin Deraman dan wakil daripada JPS Daerah Hulu Langat.


πŸŒ™ SALAM MAAL HIJRAH  1448H πŸŒ™Salam Maal Hijrah 1448H, kepada seluruh warga kerja Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Hul...
16/06/2026

πŸŒ™ SALAM MAAL HIJRAH 1448H πŸŒ™

Salam Maal Hijrah 1448H, kepada seluruh warga kerja Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Hulu Langat dan seluruh umat Islam yang meraikannya.

β€œAwal Muharram adalah permulaan yang mulia.
Marilah kita berhijrah ke arah kebaikan, memperkukuh iman, memperbaiki diri dan memperbanyak amal soleh demi redha Allah SWT.”

Semoga tahun baharu ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kejayaan dunia serta akhirat buat kita semua.

Ikhlas daripada: Jurutera Daerah dan seluruh warga kerja Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Hulu Langat



π’π„π’πˆ 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π“π€ππ€πŠ 𝐃𝐀𝐍 πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ π‹πˆππ€π“ 𝐔𝐑𝐔𝐒 ππˆπ‡π€πŠ ππ„π‘πŠπ„ππ„ππ“πˆππ†π€π (π’π“π€πŠπ„π‡πŽπ‹πƒπ„π‘ π„ππ†π€π†π„πŒπ„ππ“) ππ€π†πˆ ππ„π‹π€πŠπ’π€ππ€π€π πŒπ€πŠπŒπ€π‹ πŠπ€π‰πˆπ€π...
09/06/2026

π’π„π’πˆ 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π“π€ππ€πŠ 𝐃𝐀𝐍 πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ π‹πˆππ€π“ 𝐔𝐑𝐔𝐒 ππˆπ‡π€πŠ ππ„π‘πŠπ„ππ„ππ“πˆππ†π€π (π’π“π€πŠπ„π‡πŽπ‹πƒπ„π‘ π„ππ†π€π†π„πŒπ„ππ“) ππ€π†πˆ ππ„π‹π€πŠπ’π€ππ€π€π πŒπ€πŠπŒπ€π‹ πŠπ€π‰πˆπ€π ππˆπ‹π€πˆ (𝐕𝐀𝐋𝐔𝐄 π€π’π’π„π’π’πŒπ„ππ“ - 𝐕𝐀) π”ππ“π”πŠ 𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ€ππ‰πˆπ‘ π’π”ππ†π€πˆ 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐅𝐀𝐒𝐀 2, π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ : ππ€πŠπ„π‰ 1 : 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐇𝐔𝐋𝐔 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓

8 Jun 2026 - Turut hadir Jurutera Daerah JPS Daerah Hulu Langat, Tuan Ir. Ahmad Fauzan Bin Mohd Sabri dan wakil daripad JPS Daerah Hulu Langat dalam sesi lawatan tapak dan Mesyuarat Libat Urus Pihak Berkepentingan (Stakeholder Engagement) Bagi Pelaksanaan Makmal Kajian Nilai (Value Assessment - Va) Untuk Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2, Selangor : Pakej 1 : Daerah Hulu Langat.

Sesi Lawatan Tapak dan Mesyuarat Libat Urus Pihak Berkepentingan ini bertujuan meninjau keadaan semasa tapak projek, mengenal pasti isu dan cabaran berkaitan risiko banjir, mendapatkan pandangan serta maklum balas pihak berkepentingan, dan mengumpulkan input yang komprehensif bagi menyokong pelaksanaan Makmal Kajian Nilai (Value Assessment – VA) ke arah meningkatkan keberkesanan pelaksanaan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2, Pakej 1 Daerah Hulu Langat.

Sehubungan itu, sesi Lawatan Tapak dan Mesyuarat Libat Urus Pihak Berkepentingan ini diharapkan dapat menghasilkan input, pandangan dan cadangan yang konstruktif daripada semua pihak berkepentingan bagi membantu memperkukuh perancangan serta pelaksanaan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2. Selain itu, sesi ini diharapkan dapat meningkatkan kerjasama antara agensi terlibat, memastikan keperluan setempat diambil kira, serta menyokong pelaksanaan Makmal Kajian Nilai (Value Assessment – VA) yang berkesan bagi menghasilkan penyelesaian tebatan banjir yang optimum, mampan dan memberi manfaat kepada masyarakat.



πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-P...
01/06/2026

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Pada 1 Jun 2026 Bersamaan 5 Zulhijjah 1447H.

Dengan ingatan tulus ikhlas daripada:
Jurutera Daerah dan seluruh warga kerja
Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Hulu Langat



πŸŒ™βœ¨ Salam Aidiladha 1447H βœ¨πŸŒ™Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, keikhlasan dan kebahagiaan buat kita semua.Semo...
27/05/2026

πŸŒ™βœ¨ Salam Aidiladha 1447H βœ¨πŸŒ™

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, keikhlasan dan kebahagiaan buat kita semua.
Semoga setiap pengorbanan dan usaha yang dilakukan diterima serta dirahmati oleh Allah SWT.

Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Hulu Langat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada: Jurutera Daerah & Warga Kerja JPS Daerah Hulu Langat



13/05/2026
09/05/2026

Address

Jalan Persiaran Kemajuan, Seksyen 16
Bandar Baru Bangi
43650

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

+60389209727

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Hulu Langat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Hulu Langat:

Shortcuts

Share