MPP ZON 17 MPKj

MPP ZON 17 MPKj MENYELARAS PELAKSANAAN PROGRAM KESEJAHTERAAN BANDAR ZON 17 BANDAR BARU BANGI DI BAWAH MPKJ.

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK PERSATUAN PENDUDUK PUSPASARI BBBSaya kongsikan suasana memasak bubur lambuk yang merupakan ...
09/04/2023

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK PERSATUAN PENDUDUK PUSPASARI BBB

Saya kongsikan suasana memasak bubur lambuk yang merupakan program tradisi di bulan Ramadan di Taman Puspasari yang diketuai oleh ketua biro wanita, Pn. Wan Norasiah atau lebih mesra dipanggil kak Wan.

Terima kasih diucapkan kepada penduduk Taman Puspasari terutama kepada pengerusi persatuan, Tn. Hj Harun yang memantau aktiviti pada hari ini.

05/04/2023

"PEMBIAYAAN RM60 SETAHUN BUAT PARA SURI RUMAH DUN SUNGAI RAMAL"

Berita baik buat para Suri Rumah di dalam DUN Sungai Ramal !!

YB Hj Mazwan Johar melalui Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah, PERKESO akan membiayai separuh caruman yang perlu dibayar untuk suri rumah mendapat perlindungan skim ini.

Untuk makluman caruman sebanyak RM120 setahun perlu dibayar dahulu bagi membolehkan suri rumah mendapat perlindungan bilamana berlaku kemalangan.
Namun, atas inisiatif YB Mazwan Johar, untuk pendaftaran pertama kali ini, puan-puan hanya perlu membayar RM60 sahaja, dan selebihnya akan di tanggung oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sungai Ramal.

Ingat ☝🏻, suri rumah juga terdedah kepada kemalangan samada di dalam atau luar rumah, jadi amatlah wajar suri rumah juga, turut mendapat perlindungan sepertimana yang bekerja. Jadi apa tunggu lagi bertindak sekarang🙋🏻‍♀️.

Bagi permohonan pendaftaran SKSSR ini , boleh hadir ke Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Ramal untuk mengisi borang, bersama salinan kad pengenalan dan separuh bayaran berjumlah RM60.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi ditalian 0389289738

"BERAMANAH MENGGALAS MANDAT RAKYAT"

admin_pokerface
5 April 2023



10 Ramadan 1444HTradisi memasak bubur lambuk secara gotong royong di KRT Seksyen 15, KRT Seksyen 16 & PP Jalan 4/3, BBB....
02/04/2023

10 Ramadan 1444H

Tradisi memasak bubur lambuk secara gotong royong di KRT Seksyen 15, KRT Seksyen 16 & PP Jalan 4/3, BBB.

Seperti yang kita sedia maklum kurma dan bubur lambuk merupakan juadah pelengkap pada bulan Ramadan dan ia menjadi spesel kerana dapat dinikmati hanya pada bulan Ramadan.

Kelihatan YB ADN Sg. Ramal iaitu YB Mazwan Bin Johar turut hadir, berkesempatan mengacau bubur lambuk & membungkus untuk diedarkan kepada penduduk berdekatan.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini.

12 Mac 2023 (Ahad)19 Syaaban 1444HRestoran Rumah Tasik BangiSAMBUTAN HARI WANITA 2023 DUN SG RAMALBulan Mac cukup bermak...
15/03/2023

12 Mac 2023 (Ahad)
19 Syaaban 1444H
Restoran Rumah Tasik Bangi

SAMBUTAN HARI WANITA 2023 DUN SG RAMAL
Bulan Mac cukup bermakna buat para wanita di seluruh dunia kerana tanggal 8 Mac setiap tahun merupakan sambutan Hari Wanita Sedunia dan pada tahun 2023, “Kasih Wanita” telah dipilih sebagai tema sambutan pada kali ini.

Aktiviti yang julung kali diadakan untuk mengiktiraf, menghargai pencapaian dan penglibatan para sukarewalan yang telah banyak menyumbang jasa dan keringat bakti sepanjang tahun. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk melahirkan semangat kekeluargaan dan memupuk perpaduan antara satu sama lain.

Program bermula seawal jam 7.45 pagi dengan membuat edaran cupcake kepada para ibu @ wanita di Pasar Basah Seksyen 1 dan pengunjung sekitar Taman Tasik Cempaka sebelum ia diraikan di Restoran Rumah Tasik Bangi.

Turut hadir memeriahkan majlis ini dengan kehadiran YB ADN Sg. Ramal iaitu YB Mazwan Bin Johar, Ahli Majlis Zon 16, Ahli Majlis Zon 18, Penyelia PWB DUN Sg. Ramal, Kordinator Sukarelawan Selangor (S**A), Persatuan Pertubuhan AwanQaseh, wakil Komuniti Kaum India (KKI), wakil Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) dan lain-lain.

Lawatan bersepadu MPKjLawatan bersepadu ini bermula seawal jam 9.00 pagi bermula di Kg. Teras Jernang diikuti kawasan pe...
28/02/2023

Lawatan bersepadu MPKj

Lawatan bersepadu ini bermula seawal jam 9.00 pagi bermula di Kg. Teras Jernang diikuti kawasan penjaja sekitar Seksyen 4 BBB bagi mengatasi aduan seperti isu penjaja tanpa permit, cadangan penempatan tapak baharu penjaja, pengurusan sampah, lambakan kereta-kereta buruk yang ditinggalkan, pembinaan struktur kekal tanpa kebenaran, masalah kebersihan dan lain-lain lagi.

Lawatan sebelah petang p**a, berkesempatan untuk meninjau masalah yang dihadapi oleh penduduk BGR Fasa 1 seperti penempatan warga asing, banjir kilat, semak samun, binatang berbisa, pokok-pokok tidak diselenggara yang boleh mengundang bahaya kepada penduduk, pengurusan sampah dan lain-lain perkara yang menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk.

Lawatan selesai pada lewat petang dengan lanjutan perbincangan sambil minum petang di Club House BGR.

Jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat terutama kepada pengarah jabatan yang turut turun padang seperti
Jabatan Pengurusan Harta, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Dan Kesihatan, Jabatan Perlesenan Dan Penjaja, Jabatan Landskap Dan Rekreasi, Jabatan Penguatkuasaan, KDEB, Ketua Kg. Teras Jernang, wakil-wakil penjaja, Persatuan Penduduk BGR Fasa 1 dan wakil pengurusan BGR.

JELAJAH EHSAN RAKYATJom kita pakat singgah di Jelajah Ehsan Rakyat Kg Teras Jernang pada hari ini 20hb Februari 2023, be...
19/02/2023

JELAJAH EHSAN RAKYAT

Jom kita pakat singgah di Jelajah Ehsan Rakyat Kg Teras Jernang pada hari ini 20hb Februari 2023, bermula jam 10.00 pg hingga 1.00 tengahari.

Ahad, 12 Februari 20238.30 pagiMasjid Teras Jernang, BBBSaya dijemput menghadiri program gotong royong perdana Masjid Te...
14/02/2023

Ahad, 12 Februari 2023
8.30 pagi
Masjid Teras Jernang, BBB

Saya dijemput menghadiri program gotong royong perdana Masjid Teras Jernang pada hari Ahad yang lalu. Pelbagai pihak agensi yang terlibat seperti BOMBA, Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), penduduk dan sebagainya. Turut kelihatan YB ADN Sg. Ramal iaitu TN. Hj. Mazwan Bin Johar & Ahli Parlimen Bangi, YB Syahredzan Bin Johan.

Sabtu, 11 Februari 20238.30 pagiTaman Puspasari Seksyen 3, BBBAktiviti gotong-royong anti-denggi telah diadakan di Taman...
14/02/2023

Sabtu, 11 Februari 2023
8.30 pagi
Taman Puspasari Seksyen 3, BBB

Aktiviti gotong-royong anti-denggi telah diadakan di Taman Puspasari Seksyen 3 BBB yang dikelolakan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk, Hj Harun dengan kerjasama pejabat Ahli Majlis dan pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat (Unit Kawalan Vektor Denggi).

Menurut Hj. Harun, kebiasaan gotong royong taman perumahan dilakukan pada pertengahan tahun, walau bagaimanapun ia diawalkan disebabkan berlakunya kes denggi baru-baru ini.

Program bermula seawal 8.30 pagi dengan bersarapan pagi bersama penduduk dan sedikit ucapan aluan daripada Ahli Majlis dan penerangan ringkas mengenai denggi daripada En. Najmuddin, pegawai kesihatan Hulu Langat.

Aktiviti gotong royong kali ini memberi tumpuan dilorong-lorong belakang rumah yang jarang sekali dimasuki dan dibersihkan. Selain itu, kediaman penduduk juga turut diperiksa oleh pegawai kesihatan.

Saya menggalakkan program seumpama ini diadakan secara berkala supaya kediaman selesa didiami, bebas dari menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

27/10/2022
27/10/2022
12 Rabiulawal 1444H/ 9 Oktober 2022LAMAN DAPUR TANI - BOKASHI DARI SISA KE BAJA.Apa itu Bokashi? Bokashi adalah perkataa...
09/10/2022

12 Rabiulawal 1444H/ 9 Oktober 2022

LAMAN DAPUR TANI - BOKASHI DARI SISA KE BAJA.

Apa itu Bokashi? Bokashi adalah perkataan dalam bahasa Jepun yang bermaksud bahan organik yang diperam atau ditapai. Tugas serbuk boashi membunuh bakteria jahat dan menghidupkan bakteria baik.

Sisa makanan dirumah disimpan ditabur serbuk bokashi hendaklah ditapis dan dikeringkan didalam bekas kedap udara atau bokashi bin untuk dikompos menjadi baja. Sisa makanan tersebut dibiarkan 2 minggu untuk proses penguraian berlaku dengan lengkap. Selepas 2 minggu, baja bokashi boleh disiram ke atas tanam- tanaman.

Program ini didemokan oleh Puan Aishah, Ahli Majlis Kuala Langat yang juga merupakan pengguna tegar baja bokashi untuk tanam-tanamannya.

Turut hadir bersama YB ADN Sg. Ramal, Ahli Majlis Zon 18, Persatuan Pertubuhan AwanQaseh & Pengerusi STAWO.

Program diakhiri dengan pemberian kit bokashi & sesi bergambar dengan penduduk.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

PERTANDINGAN KEJIRANAN TERBAIK MPKj.Jabatan Pembangunan Masyarakat MPKj menganjurkan Pertandingan Kejiranan Terbaik MPP ...
27/09/2022

PERTANDINGAN KEJIRANAN TERBAIK MPKj.

Jabatan Pembangunan Masyarakat MPKj menganjurkan Pertandingan Kejiranan Terbaik MPP MPKj 2022 bermula bulan September 2022 sehingga Disember 2022. Penyertaan ini dibuka mulai 26 September 2022 sehingga 11 Oktober 2022. Persatuan penduduk yang berminat menyertai pertandingan, boleh mengemukakan borang penyertaan melalui pejabat Ahli Majlis dengan segera.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Puan Nur Izyan Syazwani Binti Che Daud di talian 019-7097798 atau Encik Abbas Ali Bin Meera Hussain di talian 012-3385768.

Address

NO. 28A Jalan MEDAN 2C, SEKSYEN 9, PUSAT BANDAR BARU BANGI
Bandar Baru Bangi
43650

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPP ZON 17 MPKj posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MPP ZON 17 MPKj:

Share