PKDBB (Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu)

PKDBB (Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu) Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu adalah baru di negeri Kedah ini. Pemecahan kedua-dua daerah ini bermula pada 01hb Jan 1996.

Sebelum ini, ianya bergabung dengan Pejabat Kesihatan Daerah Kulim sebagai Pejabat Kesihatan Daerah Kulim / Bandar Baharu. Pemindahan pusat operasi yang sepenuhnya hanyalah dapat dilakukan pada bulan Januari 1997 kerana bangunan premis Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu masih dalam pembinaan. Kawasan operasi Daerah Bandar Baharu merangkumi kawasan seluas 269.3 km persegi. Ia terdiri daripada 6

mukim iaitu Bagan Samak, Relau, Kuala Selama, Serdang, Sungai Batu dan Sungai Kecil Ilir. Ia terletak di bahagian selatan Negeri Kedah Darul Aman bersempadan dengan Daerah Kulim di sebelah Utara, Pulau Pinang di sebelah barat dan Perak di sebelah selatan. Pusat pentadbiran daerah ini bertempat di kawasan perdagangan Pusat Bandar Serdang.

Address

Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu
Bandar Baharu
09800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PKDBB (Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share