Malaysia Punya Cerita

Malaysia Punya Cerita Komik Tentang Malaysia

KERAJAAN YANG LAHIR DARI DEMONSTRASI JALANAN KINI MENINDAS PERHIMPUNAN AMAN.Oleh: Dr Armin Baniaz Pahamin1. Saya kesal d...
09/02/2026

KERAJAAN YANG LAHIR DARI DEMONSTRASI JALANAN KINI MENINDAS PERHIMPUNAN AMAN.
Oleh: Dr Armin Baniaz Pahamin

1. Saya kesal dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan Kerajaan Madani dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menahan seramai 20 peserta Perhimpunan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), sedangkan perhimpunan tersebut pada hakikatnya bersifat aman dan tanpa senjata.

2. Tindakan penahanan ini tidak boleh dipertahankan dari sudut perlembagaan dan mencerminkan satu salah guna kuasa penguatkuasaan yang serius dalam sebuah negara yang mendakwa menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang.

3. Rakaman video yang tular dan dimuat naik di media sosial menunjukkan dengan jelas bahawa tiada seorang pun anggota polis memberikan penjelasan kepada individu yang ditahan mengenai asas undang-undang tangkapan, termasuk di bawah peruntukan seksyen mana tangkapan dibuat serta sebab-sebab konkrit penahanan tersebut, walaupun soalan berkenaan dikemukakan berulang kali.

4. Keadaan ini menimbulkan persoalan serius tentang pematuhan terhadap prosedur tangkapan yang diwajibkan oleh undang-undang.

5. Lebih membimbangkan, dalam salah satu rakaman tersebut, jelas kedengaran seorang peguam bertanya secara sopan mengenai sebab dan asas undang-undang tangkapannya, namun pertanyaan itu dibalas dengan ugutan kekerasan, termasuk ancaman untuk ditumbuk oleh seorang pegawai polis.

6. Jika benar insiden ini berlaku seperti yang dirakam, ia bukan sahaja mencerminkan pelanggaran serius terhadap etika dan tatacara polis, malah menimbulkan persoalan berat mengenai penyalahgunaan kuasa serta kegagalan menghormati hak individu yang dilindungi undang-undang, khususnya hak untuk dimaklumkan sebab tangkapan dan dilayan secara berperikemanusiaan.

7. Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menjamin hak rakyat untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata.

8. Hak ini bukan suatu keistimewaan yang boleh ditarik balik sesuka hati oleh pihak berkuasa, tetapi merupakan hak asasi yang dilindungi secara langsung oleh Perlembagaan.

9. Perkara 10(2)(b) membenarkan sekatan demi keselamatan dan ketenteraman awam, sekatan tersebut mestilah munasabah, berkadar dan tidak bersifat menghukum.

10. Mahkamah Persekutuan p**a telah membuat pendirian yang jelas bahawa penalti jenayah kerana kegagalan memberi notis di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 adalah tidak berperlembagaan.

11. Implikasinya amat jelas: perhimpunan aman tidak boleh dijadikan asas automatik untuk penahanan, dan hak berhimpun tidak boleh dikriminalkan melalui mekanisme pentadbiran.

12. Oleh itu, tindakan menahan peserta yang berhimpun secara aman tanpa sebarang unsur ganggu-gugat, keganasan, rusuhan atau ancaman nyata terhadap keselamatan awam adalah bertentangan dengan semangat dan maksud penghakiman Mahkamah Persekutuan tersebut.

13. Pihak yang secara nyata berpotensi mengganggu ketenteraman dan keselamatan negara ialah mereka yang menceroboh tanah milik orang lain, membina atau menduduki premis secara tidak sah serta enggan mematuhi perintah undang-undang untuk berpindah.

14. Perbuatan pencerobohan dan keingkaran terhadap undang-undang inilah yang sebenarnya mencabar kedaulatan undang-undang dan berpotensi mencetuskan konflik sosial.

15. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya: individu yang berhimpun secara aman untuk menuntut penguatkuasaan undang-undang p**a yang ditahan, manakala pelanggaran undang-undang yang menjadi punca isu terus dibiarkan tanpa tindakan tegas yang setimpal.

16. Sekalipun pihak polis mempunyai kuasa untuk mengawal, menyelia atau mengenakan sekatan tertentu ke atas sesuatu perhimpunan, penahanan fizikal individu merupakan langkah paling ekstrem dalam spektrum penguatkuasaan dan hanya boleh dibenarkan apabila wujud ancaman nyata terhadap keselamatan awam atau apabila berlaku keganasan, rusuhan atau kesalahan jenayah yang jelas.

17. Dalam kes ini, tiada sebarang bukti awam menunjukkan peserta perhimpunan terlibat dalam keganasan atau gangguan ketenteraman awam.

18. Justeru, penahanan tersebut gagal memenuhi ujian kewajaran, perkadaran dan keperluan mendesak yang diwajibkan oleh undang-undang perlembagaan dan undang-undang pentadbiran.

19. Tindakan menahan 20 peserta perhimpunan aman ini mewujudkan satu preseden yang amat berbahaya, seolah-olah hak perlembagaan hanya terpakai secara terpilih dan kuasa penguatkuasaan digunakan terhadap mereka yang mematuhi undang-undang, bukan terhadap pihak yang melanggarnya.

20. Lebih ironi, kepimpinan tertinggi Kerajaan Madani hari ini terbentuk daripada tokoh-tokoh yang pernah menjuarai demonstrasi jalanan, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohamad Sabu, yang suatu ketika dahulu berada di barisan hadapan perhimpunan awam yang turut ditentang atas alasan keselamatan dan ketenteraman awam.

21. Menteri-menteri lain seperti Anthony Loke, Gobind Singh Deo, Hannah Yeoh, Khalid Samad, Fahmi Fadzil, Dr. Dzulkefly Ahmad dan ramai lagi juga pernah secara terbuka mempertahankan hak berhimpun sebagai hak perlembagaan yang mesti dihormati, walaupun perhimpunan tersebut tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa ketika itu.

22. Prinsip yang mereka perjuangkan ialah kebebasan bersuara dan berhimpun tidak boleh ditentukan oleh selera politik pemerintah semasa.

23. Namun hari ini, amat mendukacitakan apabila pemimpin-pemimpin yang membentuk kerajaan hasil perjuangan jalanan tersebut kelihatan mengamalkan pendekatan penguatkuasaan yang lebih zalim, keras dan menindas terhadap perhimpunan aman, seolah-olah melupakan prinsip asas yang pernah mereka pertahankan.

24. Perubahan sikap ini bukan sahaja mencerminkan pimpinan mereka yang tidak konsistan dalam prinsip, malah menimbulkan persoalan serius tentang komitmen sebenar Kerajaan Madani terhadap nilai reformasi, hak perlembagaan dan keadilan yang suatu ketika dahulu menjadi teras perjuangan mereka.

Shame on you.

Salam hormat,
Dr Armin Baniaz Pahamin

Bertelur sebiji je, tapi riuh sekampung
30/11/2025

Bertelur sebiji je, tapi riuh sekampung

Bagaimana Undang-undang Islam Menyelesaikan Percintaan Suci Dharmendra dan Hema MaliniKisah cinta antara Dharmendra dan ...
28/11/2025

Bagaimana Undang-undang Islam Menyelesaikan Percintaan Suci Dharmendra dan Hema Malini

Kisah cinta antara Dharmendra dan Hema Malini sering dianggap sebagai salah satu legenda Bollywood. Namun, di sebalik keindahan percintaan mereka, terdapat isu sosial dan undang-undang yang rumit, khususnya berkaitan perkahwinan. Di sinilah undang-undang Islam memainkan peranan penting dalam menghalalkan hubungan mereka.

Latar Belakang Percintaan Mereka

Ketika Dharmendra jatuh hati pada Hema Malini pada awal 1970-an, beliau sebenarnya masih berkahwin dengan Prakash Kaur. Undang-undang perkahwinan Hindu di India ketika itu tidak membenarkan poligami, dan penceraian p**a memerlukan persetujuan dan proses yang rumit. Hema p**a, sebagai wanita yang menjaga maruah keluarga, tidak ingin menjalin hubungan terlarang.

Tekanan sosial, keluarga, dan undang-undang membuatkan hubungan mereka seolah-olah buntu.

Pengislaman dan Perkahwinan Menurut Undang-undang Islam

Pada tahun 1979, Dharmendra dan Hema dikatakan telah memeluk Islam untuk membolehkan mereka bernikah secara sah. Ini kerana, undang-undang Islam membenarkan lelaki Muslim beristeri lebih daripada seorang dengan syarat adil dan mengikut hukum yang sah.

Tindakan ini memberikan jalan keluar yang:

Sah di sisi undang-undang, kerana poligami dibenarkan dalam kerangka perundangan Islam di India.

Menghalalkan hubungan mereka, menjadikan perkahwinan itu bukan sekadar percintaan tetapi satu ikatan yang diiktiraf.

Perkahwinan mereka berlangsung secara sederhana, dan sejak itu mereka hidup sebagai pasangan yang dihormati dalam industri filem.

Peranan Undang-undang Islam dalam Kes Ini

Undang-undang Islam memberikan mereka:

Hak untuk berkahwin tanpa melanggar undang-undang perkahwinan Hindu, yang melarang poligami.

Penyelesaian yang sah dan teratur, tanpa perlu melalui proses penceraian yang panjang.

Pengiktirafan yang sah terhadap status perkahwinan mereka, baik di sisi agama mahupun undang-undang.

Walaupun keputusan mereka menjadi kontroversi, hakikatnya undang-undang Islam telah memberikan ruang yang membolehkan percintaan itu berakhir dengan perkahwinan yang suci.

Kesimp**an

Kisah Dharmendra dan Hema Malini bukan sekadar kisah cinta selebriti, tetapi juga satu contoh bagaimana undang-undang Islam mampu menjadi jalan penyelesaian terhadap konflik undang-undang perkahwinan. Ia menunjukkan bahawa dalam keadaan tertentu, undang-undang Islam menyediakan kerangka yang fleksibel dan sah untuk melindungi hubungan yang ingin dihalalkan.

Salam Aidiladha buat semua.
16/06/2024

Salam Aidiladha buat semua.

"𝙆𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙥𝙚𝙢𝙞𝙢𝙥𝙞𝙣-𝙥𝙚𝙢𝙞𝙢𝙥𝙞𝙣 𝙥𝙤𝙡𝙞𝙩𝙞𝙠 𝙈𝙚𝙡𝙖𝙮𝙪 𝙨𝙚𝙧𝙞𝙪𝙨 𝙣𝙖𝙠 𝙢𝙚𝙢𝙥𝙚𝙧𝙠𝙖𝙨𝙖 𝙎𝙚𝙠𝙤𝙡𝙖𝙝 𝙆𝙚𝙗𝙖𝙣𝙜𝙨𝙖𝙖𝙣, 𝙩𝙚𝙣𝙜𝙤𝙠 𝙠𝙚 𝙢𝙖𝙣𝙖 𝙢𝙚𝙧𝙚𝙠𝙖 𝙝𝙖𝙣𝙩𝙖𝙧 𝙖𝙣𝙖𝙠-𝙖𝙣𝙖𝙠...
13/03/2024

"𝙆𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙥𝙚𝙢𝙞𝙢𝙥𝙞𝙣-𝙥𝙚𝙢𝙞𝙢𝙥𝙞𝙣 𝙥𝙤𝙡𝙞𝙩𝙞𝙠 𝙈𝙚𝙡𝙖𝙮𝙪 𝙨𝙚𝙧𝙞𝙪𝙨 𝙣𝙖𝙠 𝙢𝙚𝙢𝙥𝙚𝙧𝙠𝙖𝙨𝙖 𝙎𝙚𝙠𝙤𝙡𝙖𝙝 𝙆𝙚𝙗𝙖𝙣𝙜𝙨𝙖𝙖𝙣, 𝙩𝙚𝙣𝙜𝙤𝙠 𝙠𝙚 𝙢𝙖𝙣𝙖 𝙢𝙚𝙧𝙚𝙠𝙖 𝙝𝙖𝙣𝙩𝙖𝙧 𝙖𝙣𝙖𝙠-𝙖𝙣𝙖𝙠 𝙙𝙖𝙣 𝙘𝙪𝙘𝙪-𝙘𝙪𝙘𝙪 𝙢𝙚𝙧𝙚𝙠𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙚𝙠𝙤𝙡𝙖𝙝?"

Pemimpin bukan Melayu menjulang sekolah vernakular; masalahnya pemimpin Melayu sendiri 'mengabaikan' Sekolah Kebangsaan.

Kenyataan Saddiq dalam isu ni terang lagi bersuluh: Jangan hipokrit. 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧!

Semalam katanya ZINA.Harini katanya "bukan ZINA, hanya menyerupai ZINA; kena aqad nikah semula." " Bukan Dr Maza nikahka...
17/10/2023

Semalam katanya ZINA.

Harini katanya "bukan ZINA, hanya menyerupai ZINA; kena aqad nikah semula."

" Bukan Dr Maza nikahkan, Angeline Tan boleh nikahkan dirinya sendiri."

Sila rujuk video terbaru tersebut di Page Rasmi Ustaz Nuruddin.

16/10/2023
PLKN 3.0Setengah juta view video PLKN ni, dan ribuan komen positif daripada bekas pelatih, membuktikan yang Malaysia mem...
16/10/2023

PLKN 3.0

Setengah juta view video PLKN ni, dan ribuan komen positif daripada bekas pelatih, membuktikan yang Malaysia memerlukan program ini, demi masa depan Malaysia yang lebih baik.

Beli Komik PLKN: https://bit.ly/3sBPmCBWIRA WIRAWATI NEGARA(LAGU RASMI KHIDMAT NEGARA - LAGU BARU)WIRA WIRAWATI HARAPAN BANGSATIBA MASA KITA BERJASAKITA SAHU...

Hari ini sekali lagi rakyat Malaysia kelihatan gembira. Bukan kerana pembentangan bajet 2024 tetapi kerana kepingan gamb...
14/10/2023

Hari ini sekali lagi rakyat Malaysia kelihatan gembira. Bukan kerana pembentangan bajet 2024 tetapi kerana kepingan gambar ini.

1) Mereka yang lahir pada tahun 80/90 an tidak nampak gambar ini sebagai Sabrii Ibn Yunus dan angeline tan.

2) Mereka juga tidak nampak Pok ya mahupun bini King.

3) Kami gembira kerana kami nampak perkahwinan ini diantara we semail golok dengan lucy.

4) Seorang penyiasat persendirian dan juga seorang taukey salon di bawah flat seri wangi.

5) Berpuluh tahun mereka menghiburkan dengan aksi lucu dan spontan. Usik mengusik sesama pelakon menguatkan lagi jenama pimai pimai tangtu.

6) Beza ketara sitcom dulu dengan sekarang adalah watak mereka dulu cukup kuat. 30 tahun mereka memegang watak yang sama hinggakan nama sebenar mereka pun dilupai peminat.

7) Sitcom sekarang, watak dan jalan cerita berbeza tiap minggu. Jadi tiada watak yang kekal untuk diingati. Peminat tetap mengigati mereka sebagai pelakon dan lawak yang adakalannya berulang.

8) Mereka berdua nikah di perlis. Cara nikah mereka juga sangat santai. Tiada salam, tiada wajib sekali nafas, tiada wajib menyebut betul nama pengantin perempuan.

9) Terjawab sudah penantian kita berpuluh tahun. Lucy akhirnya memilih we semail golok dan ana telah lama dipilih oleh "mamat nasir" bak kata budin.

10) Terbukti, budak 80/90 ni penuh dengan sentimental value.

-Sabrie Sab-

Yang membezakan orang cerdik dengan bodoh.
13/10/2023

Yang membezakan orang cerdik dengan bodoh.

10/10/2023

Madani apadajadini?

Takde kebebasan bersuara ke?

Nasib malang kita dimomokkan dengan reformasi (pembaharuan) tapi nasib dan kebajikan rakyat untuk kehidupan lebih baik dah terancam.

09/10/2023

Janjinya: PENDIDIKAN PERCUMA dan HAPUS PTPTN.

Pakatan Rakyat ni mengandungi PKR, PAS, DAP.

Address

357A
Baling
09100

Telephone

+60192954671

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysia Punya Cerita posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Malaysia Punya Cerita:

Share