11/05/2026
Tahniah YB Datuk Wira Haji Johan Abd Aziz
Ahli MKT UMNO Malaysia
Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat
ADUN N.23 Dusun Tua
Penyelaras DUN Semenyih
11 Mei 2026 | Johor Bahru
Alhamdulillah, hari ini genap 80 tahun penubuhan sebuah parti keramat yang telah menjadi tunjang perjuangan bangsa, agama dan tanah air sejak sekian lama.
Selama lapan dekad ini, UMNO bukan sahaja melahirkan ramai pemimpin negara, malah membuka ruang kepada insan-insan biasa seperti saya untuk turut sama menumpang perjuangan, menabur bakti dan berkhidmat kepada masyarakat.
Saya amat bersyukur diberi peluang berada di bawah payung perjuangan ini, membawa amanah sebagai wakil rakyat untuk membantu, menyantuni serta meneruskan legasi perjuangan yang dibina oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.
UMNO bukan sekadar sebuah parti politik. Ia adalah institusi perjuangan yang dibina atas dasar khidmat kepada rakyat dan masyarakat.
Terima kasih kepada parti keramat ini kerana menjadi medan yang melahirkan kepimpinan, membentuk jati diri perjuangan dan memberi peluang untuk terus berbakti kepada masyarakat.
Semoga UMNO terus teguh berdiri, kembali bangkit dengan lebih kuat dan kembali dominan bersama Barisan Nasional demi masa depan rakyat dan negara.
Menjelang ulang tahun ke-100 nanti, semoga kita dapat melihat UMNO kembali berada di persada kegemilangan seperti mana yang pernah diukir dalam sejarah Negara; insya Allah.
Selamat Ulang Tahun UMNO ke-80.
“Bersatu • Bersetia • Berkhidmat
YB Johan Abd Aziz