02/07/2025
๐๐จ๐ ๐๐ฎ๐๐ญ ๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐ ๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ฃ๐๐ฌ ๐๐ข ๐๐๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐ ๐๐๐ ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐ซ ๐๐๐ฎ๐ญ
Selesai urusan rasmi di Putrajaya, saya terus bergegas ke Kampung Bagan Pasir Laut, Hutan Melintang, Bagan Datuk untuk menyantuni sendiri keluarga-keluarga yang terjejas akibat insiden kebakaran yang berlaku pada Sabtu lalu. Sayu hati saya apabila melihat kesan kebakaran dari dekat. Kehilangan tempat berteduh dan harta benda dalam sekelip mata bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditanggung.
Sebanyak 23 buah premis di kampung ini musnah dijilat api, dan saya dapat menyaksikan sendiri kesedihan yang terlukis di wajah mereka. Namun dalam kesedihan itu, saya juga lihat semangat mereka untuk bangkit dan memulakan semula kehidupan. Saya hulurkan kata-kata semangat, dan pada masa yang sama, kita usahakan bantuan segera untuk meringankan beban mereka.
Alhamdulillah, hari ini sumbangan berjumlah RM10,000 telah disampaikan kepada setiap keluarga mangsa kebakaran, hasil usaha bersama pelbagai pihak.
Saya percaya, kekuatan sesebuah komuniti terletak pada semangat saling menjaga dan tidak membiarkan siapapun menghadapi musibah sendirian. Selagi saya diberi amanah, saya akan terus berusaha untuk memastikan Bagan Datuk sentiasa dilindungi, dipulihkan dan dimajukan. Insya-Allah, setiap ujian, kita tetap bersama, tak kira siapa dan di mana.