KRT Kampung Baru

KRT Kampung Baru Rukun Tetangga Kampung Baru Ayer Itam

📣 MaklumanAlhamdulillah, selesai sudah Program Sambutan Maulidur Rasul pada 24 Ogos 2026.Terima kasih diucapkan kepada s...
27/08/2026

📣 Makluman

Alhamdulillah, selesai sudah Program Sambutan Maulidur Rasul pada 24 Ogos 2026.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat, khususnya para penyumbang makanan dan nasi bungkus, anak-anak kariah yang turut berinfak, Penceramah Jemputan Ustaz Ahmad Husam Dato’ Haji Baderudin, pasukan marhaban, serta semua AJK yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

🤲 Alhamdulillah

Ajarakallahu fima a‘toita, wa barakallahu fima abqoita, wa ja‘alahu laka tahura.

Mudah-mudahan Allah SWT memberikan ganjaran pahala yang setimpal atas segala sumbangan dan usaha yang diberikan, tanpa dikurangkan sedikit pun.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

 Assalamualaikum,Alhamdulillah, selesai sudah Program Memasak Bubur Asyura anjuran bersama KRT dan Kariah Masjid Kampung...
27/08/2026



Assalamualaikum,

Alhamdulillah, selesai sudah Program Memasak Bubur Asyura anjuran bersama KRT dan Kariah Masjid Kampung Baru pada 12 Julai 2026, bersamaan 26 Muharam 1448H.

Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat, para penyumbang, AJK KRT serta Muslimah Kariah Masjid Kampung Baru yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program kali ini.

Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan mendapat keberkatan serta ganjaran daripada Allah SWT.

 Assalamualaikum,Alhamdulillah, selesai sudah Program Sambutan Awal Muharam di Kariah Masjid Kampung Baru pada 16 Jun 20...
27/08/2026



Assalamualaikum,

Alhamdulillah, selesai sudah Program Sambutan Awal Muharam di Kariah Masjid Kampung Baru pada 16 Jun 2026.

Terima kasih kami ucapkan kepada semua penyumbang yang telah memberikan sumbangan, serta semua AJK dan pegawai yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program kali ini.

Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada semua ahli KRT Kampung Baru yang turut memberikan sokongan dan kerjasama.

📣  PROGRAM PRIHATIN KESELAMATAN PENDUDUK, DATUK BANDAR BERSAMA PENGERUSI & AJK KRT KAMPUNG BARU TINJAU KEMUDAHAN AWAM DI...
27/08/2026

📣

PROGRAM PRIHATIN KESELAMATAN PENDUDUK, DATUK BANDAR BERSAMA PENGERUSI & AJK KRT KAMPUNG BARU TINJAU KEMUDAHAN AWAM DI KAWASAN KAMPUNG BARU, AIR ITAM

6 Jun 2026

YBhg. Dato’ Ir. Rajendran P. Anthony, Datuk Bandar Pulau Pinang, petang tadi telah turun padang bagi meninjau keadaan semasa taman permainan kanak-kanak di Kampung Baru, Air Itam, susulan permohonan yang dikemukakan oleh penduduk setempat.

Dalam lawatan tersebut, Tuan Haji Fazit Osman bin Mohamad Sheriff, Pengerusi KRT Kampung Baru, bersama Ahli Jawatankuasa KRT telah memohon agar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menaik taraf kawasan taman permainan yang mengalami kerosakan serta menggantikan peralatan yang rosak dengan kemudahan alat senaman yang bersesuaian.

Prihatin terhadap keselamatan penduduk, YBhg. Datuk Bandar turut mengarahkan Jabatan Landskap MBPP untuk melaksanakan kerja-kerja pemangkasan dahan pokok besar dengan segera.

Pada masa yang sama, isu kenderaan usang dan terbiar turut diberi perhatian. Pengarah Penguatkuasaan MBPP, Encik Noor Azrein bin Noorazlan Ong, memaklumkan bahawa tindakan segera akan diambil terhadap kenderaan usang yang telah dikenal pasti di kawasan tersebut.

Selain itu, permohonan pelaksanaan sistem jalan sehala dari Jalan Air Itam ke kawasan perumahan turut dibangkitkan. Puan Noor Munirah Raja Ahmad, Jurutera Lalulintas dan Pengangkutan Awam MBPP, memaklumkan bahawa kajian akan dijalankan sebelum cadangan tersebut dibentangkan kepada Jawatankuasa KRT Kampung Baru.

Turut hadir ialah pegawai-pegawai Jabatan Landskap MBPP, iaitu Puan Nurul Husna Md. Ali, Puan Siti Ramlah Taib dan Encik Mohamad Fazreen Osman.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan antara MBPP dan KRT Kampung Baru dalam memastikan kemudahan awam sentiasa berada dalam keadaan selamat, selesa dan kondusif demi kesejahteraan komuniti setempat.

“Memimpin Sambil Berkhidmat”





🕌 Assalamualaikum & Salam Aidiladha 🕌Selamat Hari Raya Aidiladha.Di sini, saya selaku Pengerusi, AJK, Pegawai dan pihak ...
02/06/2026

🕌 Assalamualaikum & Salam Aidiladha 🕌

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Di sini, saya selaku Pengerusi, AJK, Pegawai dan pihak Pengurusan Ibadah Korban KRT Kg Baru ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta Ibadah Korban, penyumbang iaitu YB ADUN Air Putih Tuan Lim Guan Eng, YB Syerleena, semua pegawai, AJK, sukarelawan Ibadah Korban serta ahli-ahli yang telah bertungkus-lumus menjayakan Ibadah Korban pada hari Rabu, 27 Mei 2026.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada YB ADUN Air Putih atas sumbangan seekor lembu yang besar untuk diagihkan daging korban kepada seluruh asnaf Kariah Kg Baru, serta YB Syerleena atas sumbangan dua ekor kambing korban untuk dimasak dan disajikan kepada jemaah bacaan Yasin pada malam Jumaat akan datang.

Sekalung ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf Zahir dan Batin. Andai terdapat sebarang kelemahan dan kesilapan daripada pihak kami, kami memohon ampun dan maaf. Janganlah disimpan di dalam hati.

Bagi yang tidak dapat melaksanakan Ibadah Korban pada kali ini, sesungguhnya dengan membantu dari segi tenaga dan masa dalam menjayakan Ibadah Korban, insya-Allah anda juga memperoleh pahala sebagaimana mereka yang mengerjakan Ibadah Korban.

Amin, Amin Ya Rabbal ’Alamin.

Assalamualaikum, Alhamdulillah pada 15/02/2026 lepas, telah berlansung Program Gotong Royong di dlm & luar Kariah Masjid...
24/02/2026

Assalamualaikum,

Alhamdulillah pada 15/02/2026 lepas, telah berlansung Program Gotong Royong di dlm & luar Kariah Masjid Kg Baru pada.

Terima Kasih kami ucapkan kepada pihak AADK, Balai Polis Kg Baru dan ahli KRT Kg Baru yang turun memberi komitment & kerjasama menjayakan program kali ini.

Tidak lupa juga kepada semua Anak2 Kariah Masjid Kg Baru & kepada Timbalan Pengerusi diatas penyediaan peralatan mesin vakum dan polisher.

Assalamualaikum, Alhamdulillah pada 15/2/2026 telah berlansung Program Gotong Royong di dlm & luar Kariah Masjid Kg Baru...
21/02/2026

Assalamualaikum,

Alhamdulillah pada 15/2/2026 telah berlansung Program Gotong Royong di dlm & luar Kariah Masjid Kg Baru.

Terima Kasih kami ucapkan kepada AADK, Anggota Balai Polis Kg Baru yang turun memberi komitmen & kerjasama menjayakan program kali ini.

Tidak lupa juga kepada semua Ahli KRT & Anak2 Kariah Masjid Kg Baru dan kepada Timbalan Pengerusi KRT diatas penyediaan peralatan mesin vakum dan polisher.

Assalamualaikum, Alhamdulillah pada 14/2/2026 lepas telah berlansung Program  Sambutan Awal Ramadhan, Bacaan Yasin, Tahl...
21/02/2026

Assalamualaikum,

Alhamdulillah pada 14/2/2026 lepas telah berlansung Program Sambutan Awal Ramadhan, Bacaan Yasin, Tahlil & Doa di Kariah Masjid Kg Baru.

Terima Kasih di ucapkan kepada penganjur AJK Muslimah KRT Kg Baru Puan Lathifah & Sabariah Ismail serta semua AJK Musllimah yang turun memberi komitmen & kerjasama menjayakan program kali ini. Tidak lupa juga kepada semua anak-anak Kariah Kuliah Muslimah KRT Kg Baru.

Assalamualaikum, Alhamdulillah selesai sudah Program Gotong Royong di Tapak Tanah Perkuburan Pokok Setoi, Kariah Masjid ...
11/02/2026

Assalamualaikum,

Alhamdulillah selesai sudah Program Gotong Royong di Tapak Tanah Perkuburan Pokok Setoi, Kariah Masjid Kg Baru pada 8/2/2026.

Terima Kasih kami ucapkan kepada semua AJK yang turun memberi komitment dan kerjasama menjayakan program kali ini. Tidak dilupakan juga kepada semua ahli KRT Masjid Kg Baru.

Assalamualaikum,Alhamdulillah baru-baru ini telah sempurna Program Sambutan Malam Nisfu Sya'ban KRT Kg Baru di Masjid Kg...
11/02/2026

Assalamualaikum,

Alhamdulillah baru-baru ini telah sempurna Program Sambutan Malam Nisfu Sya'ban KRT Kg Baru di Masjid Kg Baru pada 2/2/2026.

Terima Kasih kami ucapkan kepada Imam Mohd Arif, Imam Abu Ubaidah & Bilal Musta'ain diatas bacaan Surah Yasin 3X. Juga kepada semua Pegawai dan AJK yang memberi kerjasama menjayakan program kali ini.

Address

KAMPUNG BARU
Ayer Itam
11400

Telephone

+60164040561

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Kampung Baru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share