Parti Islam Semalaysia (PAS) Putatan

Parti Islam Semalaysia (PAS) Putatan Laman Rasmi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Putatan. Parti Islam Semalaysia Parlimen Putatan P.173 dan sekitar kota kinabalu , Sabah. Pas for ALL

Dengan objektif memperkenalkan PAS dan Menuju negara Berkebajikan.

ZIARAH PRIHATIN PAS KAWASAN PUTATANAda insan yang sedang berjuang dalam diam. Ada ujian yang tidak mampu dilihat dengan ...
08/06/2026

ZIARAH PRIHATIN PAS KAWASAN PUTATAN

Ada insan yang sedang berjuang dalam diam. Ada ujian yang tidak mampu dilihat dengan mata, tetapi cukup berat untuk dipikul.

Alhamdulillah, kami menziarahi Adik Ferdi Firdaus bin Abdullah dan Haji Sarajuddin yang sedang diuji dengan masalah kesihatan. Sedikit sumbangan telah disampaikan sebagai tanda kasih, sokongan dan ingatan bahawa mereka tidak keseorangan menghadapi ujian ini.

Kadang-kadang, kehadiran dan doa yang tulus lebih bermakna daripada apa jua yang mampu diberikan.

Sama-sama kita doakan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan, kekuatan dan ketabahan buat mereka serta keluarga yang menjaga dan menyayangi mereka.

07/06/2026

“Teruskan solat dan berdoa kepada Allah ya. Semoga cepat sembuh.”

Itulah antara doa dan pesan yang mampu kami titipkan. Ziarah Prihatin ini benar-benar memuhasabahkan kami tentang nikmat kesihatan dan ujian kehidupan.

Semoga semua yang sedang diuji dengan kesakitan dikurniakan kesembuhan oleh Allah SWT, serta diberikan kekuatan dan ketabahan buat ahli keluarga yang menjaga.

30/05/2026

Sengit oh, Tuhau Kah Bambangan? Kamurang pilih mana?

Alhamdulillah, selesai sudah agihan 70 pek daging korban di Tebongon 🐄✨Setiap langkah, setiap tenaga dan setiap pengorba...
29/05/2026

Alhamdulillah, selesai sudah agihan 70 pek daging korban di Tebongon 🐄✨

Setiap langkah, setiap tenaga dan setiap pengorbanan hari ini, moga menjadi asbab hadirnya senyuman dan keberkatan buat semua 🤍

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan amanah ini. Semoga Allah membalas segala kebaikan.

28/05/2026

Edaran Pek Daging Qurban kepada penduduk di sekitar Putatan, ALhamdlillah.

🌾 PROGRAM JAMUAN MESRA KAAMATAN 🌾PAS Putatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah hadir ...
25/05/2026

🌾 PROGRAM JAMUAN MESRA KAAMATAN 🌾

PAS Putatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah hadir dan bersama-sama menjayakan program ini dalam suasana penuh harmoni, perpaduan dan muhibbah 🤝✨

Sambutan Kaamatan bukan sekadar meraikan budaya dan tradisi, tetapi menjadi medan untuk mengukuhkan silaturahim serta menyatukan masyarakat tanpa mengira latar belakang ❤️

Semoga nilai kebersamaan dan semangat perpaduan ini terus subur demi kesejahteraan rakyat Sabah.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 🌾

“Sempena Sambutan Hari Guru, Yang Dipertua PAS Kawasan Putatan, Ustaz Haji Muhammad Akmal bin Othman telah mengadakan zi...
21/05/2026

“Sempena Sambutan Hari Guru, Yang Dipertua PAS Kawasan Putatan, Ustaz Haji Muhammad Akmal bin Othman telah mengadakan ziarah penghargaan kepada beberapa institusi pendidikan Islam di sekitar kawasan Putatan dan menyempurnakan penyerahan kek sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada para pendidik. 🎂✨

Ziarah ini melibatkan institusi-institusi pendidikan Islam iaitu:

• Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)
• Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI)
• Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI)
• Darul Hadis Sabah (DARSA)
• Pusat Pendidikan Islam An-Nur Kepayan (PPIAN)

Kesemua institusi ini memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berteraskan nilai-nilai Islam.

Sesungguhnya tugas seorang guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, bahkan mendidik jiwa, membentuk akhlak serta membimbing anak-anak menjadi insan yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan masyarakat. Di sebalik setiap kejayaan generasi hari ini, terselit pengorbanan besar para guru yang sabar mendidik tanpa mengenal erti lelah.

Penyerahan ini mungkin kecil nilainya, namun besar maknanya sebagai tanda ingatan dan penghargaan atas segala jasa, komitmen serta dedikasi warga pendidik dalam membina generasi ummah.

PAS Kawasan Putatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh guru serta tenaga pendidik di semua institusi yang terlibat.

Selamat Hari Guru.
“Guru Pemacu Generasi Rabbani.” 🤍”

Ucapan tahniah kepada YB  Datuk Dr. Aliakbar atas pelantikan Pengerusi Perikatan Nasional Negeri Sabah.
16/05/2026

Ucapan tahniah kepada YB Datuk Dr. Aliakbar atas pelantikan Pengerusi Perikatan Nasional Negeri Sabah.

Seorang guru mungkin tidak memiliki segalanya,tetapi dari tangannya lahir generasi yang mampu mengubah dunia.Hari ini ki...
16/05/2026

Seorang guru mungkin tidak memiliki segalanya,
tetapi dari tangannya lahir generasi yang mampu mengubah dunia.

Hari ini kita tidak sekadar meraikan profesion, tetapi meraikan insan yang sabar mendidik, menegur dengan kasih, dan memimpin jiwa menuju Allah.

Kerana ada guru,
kita mengenal huruf.
Kerana ada guru,
kita mengenal adab.
Dan kerana ada guru,
kita mengenal Tuhan. 🤍

Selamat Hari Guru 2026
Buat seluruh pendidik yang tidak pernah lelah membina Generasi Rabbani.

"Pendidik Rabbani Malaysia Sejahtera"






Seorang ibu adalah insan yang sanggup mengorbankan masa, tenaga, malah impiannya sendiri demi melihat anak-anaknya berja...
10/05/2026

Seorang ibu adalah insan yang sanggup mengorbankan masa, tenaga, malah impiannya sendiri demi melihat anak-anaknya berjaya. Dialah guru pertama, doktor yang paling memahami, dan pemegang rahsia yang paling setia.

Terima kasih atas setiap doa yang tidak pernah putus dan kasih sayang yang tiada hujungnya. Tanpa pengorbanan seorang ibu, siapalah kita hari ini.

Selamat Hari Ibu kepada semua wanita hebat di luar sana, terutamanya buat ibu-ibu di sekitar kita. Semoga kasih sayang yang kalian berikan dibalas dengan keberkatan dan kebahagiaan yang berpanjangan.

"Kasih ibu membawa ke syurga."

Address

No. 40, Tingkat 2, Blok E
Asia City
88000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Islam Semalaysia (PAS) Putatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share