DOA.Kedah

DOA.Kedah Laman Rasmi Jabatan Pertanian Negeri Kedah

05/06/2026
๐Ÿ“ข ๐‡๐„๐๐€๐‡๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐ƒ๐ˆ๐’๐„๐Œ๐ˆ๐๐€๐’๐ˆ ๐€๐’๐€๐’ ๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ ๐…๐„๐‘๐“๐ˆ๐†๐€๐’๐ˆ๐ŸŒฑ Jabatan Pertanian Negeri Kedah menjemput petani dan usahawan tani yan...
04/06/2026

๐Ÿ“ข ๐‡๐„๐๐€๐‡๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐ƒ๐ˆ๐’๐„๐Œ๐ˆ๐๐€๐’๐ˆ ๐€๐’๐€๐’ ๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ ๐…๐„๐‘๐“๐ˆ๐†๐€๐’๐ˆ

๐ŸŒฑ Jabatan Pertanian Negeri Kedah menjemput petani dan usahawan tani yang berminat untuk menyertai:

DISEMINASI ASAS SISTEM FERTIGASI

Sistem fertigasi merupakan gabungan sistem pengairan dan pembajaan yang berkesan bagi meningkatkan hasil tanaman dengan penggunaan air dan baja yang lebih cekap.

๐Ÿ“š Kategori Kursus: Sistem & Infrastruktur Pertanian
๐Ÿ‘จโ€๐ŸŒพ Kategori Peserta: Petani / Usahawan Tani
๐Ÿ“ Tempat: Pusat Latihan Pertanian Charok Padang
๐Ÿ“… Tarikh: 24 Jun 2025
๐ŸŽค Penceramah: Bahagian Teknikal, Jabatan Pertanian Negeri Kedah

Antara pengisian kursus:

โœ… Pengenalan sistem fertigasi
โœ… Komponen dan infrastruktur fertigasi
โœ… Pengurusan pengairan dan pembajaan
โœ… Amalan terbaik meningkatkan produktiviti tanaman
โœ… Sesi soal jawab bersama pegawai teknikal

Permohonan Penyertaan:

Sila daftar melalui pautan berikut:

๐Ÿ‘‰ Borang Permohonan Kursus Fertigasi๏ฟผ -
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScdRN5oqwNkYaj5OWy1xXnxeUQNHRDxu3FFy85XSENluHiUpA/viewform

๐Ÿ“ฑ Atau imbas kod QR yang disediakan pada poster.

Tempat adalah terhad. Daftar segera!





๐‘ซ๐‘ฐ๐‘น๐‘ฎ๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ๐’€๐‘ผ ๐‘ป๐‘ผ๐‘จ๐‘ต๐‘ฒ๐‘ผMerafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniahKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang d...
01/06/2026

๐‘ซ๐‘ฐ๐‘น๐‘ฎ๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ๐’€๐‘ผ ๐‘ป๐‘ผ๐‘จ๐‘ต๐‘ฒ๐‘ผ

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Salam takzim daripada
Pengarah Pertanian Negeri Kedah dan Warga Kerja Jabatan Pertanian Negeri Kedah





Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha.Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa sina...
31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha.
Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa sinar kedamaian, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada anda sekeluarga. Marilah kita bersama-sama menghayati nilai kasih sayang, toleransi, hormat-menghormati dan keharmonian yang menjadi asas kepada masyarakat majmuk di negara ini.
Semoga semangat perpaduan dan saling memahami terus diperkukuhkan demi kemakmuran serta kesejahteraan negeri dan negara yang kita cintai.

๐Ÿชท Selamat Menyambut Hari Wesak 31 MEI 2026 ๐Ÿชท

Ikhlas daripada:
Pengarah Pertanian Negeri Kedah
dan Seluruh Warga Kerja Jabatan Pertanian Negeri Kedah

27/05/2026
"Semoga pengorbanan kita diterima, dilimpahi keberkatan dan mengukuhkan ukhuwah di antara kita."Tulus ikhlas daripada :P...
26/05/2026

"Semoga pengorbanan kita diterima, dilimpahi keberkatan dan mengukuhkan ukhuwah di antara kita."

Tulus ikhlas daripada :
Pengarah Pertanian Negeri Kedah & seluruh warga kerja Jabatan Pertanian Negeri Kedah.

Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha kepada seluruh warga tani dan seluruh rakyat Malaysia pada 27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447 H.

Semoga hari raya ini membawa seribu rahmat, kedamaian, dan rezeki yang berkat buat kita semua.

Pandu cermat untuk yang pulang ke kampung halamanโ€ผ๏ธ





25/05/2026

Jom ke MAHA2026 bermula 28 Ogos hingga 6 September 2026โ€ผ๏ธ

23/05/2026

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

๐Ÿ“ข ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐ ๐Š๐ˆ๐๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐๐”๐Š๐€!โ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ๐Ÿ“ข"Tingkat Ilmu, Perkasa Usahawan!"Jabatan Pertanian Negeri Kedah ingin m...
22/05/2026

๐Ÿ“ข ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐ ๐Š๐ˆ๐๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐๐”๐Š๐€!โ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ๐Ÿ“ข

"Tingkat Ilmu, Perkasa Usahawan!"
Jabatan Pertanian Negeri Kedah ingin menjemput para usahawan (terutamanya usahawan di bawah bimbingan Jabatan Pertanian) untuk menyertai dua kursus penjenamaan dan pengurusan kualiti makanan yang sangat penting ini.

Penyertaan adalah 100% PERCUMA! Tempat adalah terhad.

๐ŸŸข KURSUS 1: PENSIJILAN HALAL
Fahami proses dan tingkatkan kredibiliti produk anda dengan pengiktirafan Halal Malaysia.
โ€ข ๐Ÿ“… Tarikh: 8 Jun 2026 (Isnin)
โ€ข โฐ Masa: 8:00 AM โ€“ 5:00 PM
โ€ข ๐Ÿ“ Tempat: Pusat Bimbingan Usahawan, Telok Chengai, Kedah

๐Ÿ‘‰https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSctUmNGiKB6NODFlzwwA10u4TnejPkboSHRukqaT8l79OuZUA/viewform

โ€ข ๐Ÿ“š Apa yang akan dipelajari:
โ€ข Pengenalan pensijilan halal
โ€ข Keperluan dan proses pensijilan halal
โ€ข Pengurusan halal dan dokumentasi
โ€ข Tanggungjawab pengendali halal

๐ŸŸ  KURSUS 2: PENGENDALIAN MAKANAN (SIRI 2)
โ€œUtamakan Kebersihan & Keselamatanโ€ โ€“ Pastikan kualiti penyediaan makanan anda mencapai standard tertinggi.
โ€ข ๐Ÿ“… Tarikh: 9 Jun 2026 (Selasa)
โ€ข โฐ Masa: 8:00 AM โ€“ 5:00 PM
โ€ข ๐Ÿ“ Tempat: Pusat Bimbingan Usahawan, Telok Chengai, Kedah

๐Ÿ‘‰ https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeLHgs1rvsUcWGfMXDHdSnuq3iGjFvtUl2SHOhcdCYAo4J0WQ/viewform

โ€ข ๐Ÿ“š Apa yang akan dipelajari:
โ€ข Pengenalan bahan makanan selamat
โ€ข Kebersihan diri dan persekitaran
โ€ข Pencegahan pencemaran makanan
โ€ข Amalan keselamatan makanan

๐Ÿ“ฒ CARA MEMOHON
Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Imbas Kod QR pada poster atau klik pautan permohonan yang disediakan untuk mendaftar segera.

๐Ÿ“ž HUBUNGI KAMI
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi:
โ€ข ๐Ÿ“ง Emel: [email protected]
โ€ข ๐Ÿ“ž Telefon: 04-7775000 (Pn. Sharifah)

KURSUS PERCUMA UNTUK USAHAWAN! JOM SERTAI SEKARANG! ๐Ÿ”ฅ





22/05/2026

Tahukah anda potensi tanaman kopi di Malaysia semakin mendapat perhatian dunia?
Walaupun Malaysia bukan pengeluar kopi terbesar dunia, negara ini mempunyai kelebihan tersendiri menerusi kopi varieti Liberica yang kini semakin dikenali di pasaran antarabangsa.
Industri kopi global dianggarkan bernilai USD269.3 bilion pada tahun 2024 dan dijangka terus berkembang sehingga USD366.5 bilion menjelang 2030.
Di Malaysia, kopi Liberica menjadi identiti unik negara khususnya di Johor, Sabah dan Sarawak.
Berbeza dengan Arabica dan Robusta yang mendominasi pasaran dunia, Liberica menawarkan profil rasa tersendiri yang semakin mendapat tempat dalam segmen kopi premium dan โ€œspecialty coffeeโ€ global.
Prestasi industri kopi tempatan turut menunjukkan perkembangan positif apabila nilai eksport kopi Malaysia mencecah RM3.09 bilion pada tahun 2024, meningkat 28.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Dalam masa sama, kadar sara diri (SSR) kopi negara meningkat kepada 33.2 peratus dengan pengeluaran tempatan mencecah 2,861 tan metrik.
Bagaimanapun, industri ini masih berdepan beberapa cabaran termasuk produktiviti rendah, kos pengeluaran tinggi, kekurangan tenaga kerja serta ancaman penyakit dan perosak tanaman seperti karat daun dan kumbang penggerek buah.
Malaysia juga mempunyai pemain industri yang kukuh seperti OldTown White Coffee, Aik Cheong, NESCafรฉ, Kiuang Coffee dan ZUS Coffee yang membantu memperkukuh rantaian industri kopi tempatan.
Dengan pengukuhan pengeluaran tempatan, penggunaan teknologi moden dan pembangunan kopi Liberica sebagai identiti nasional, industri kopi Malaysia dilihat mempunyai potensi besar untuk terus berkembang pada masa hadapan.
Rujuk infografik untuk maklumat lanjut. Kongsikan kepada rakan-rakan.


Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Address

Alor Setar
62632

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DOA.Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share