17/05/2026
Lawan Tetap Lawan & Lawan Sampai Menang
Sebagai Ketua Angkatan Muda HARAPAN, saya telah menegaskan kepentingan untuk memastikan Pakatan Harapan bersiap sedia dan berjuang habis-habisan tanpa sebarang kompromi dalam PRN & PRU.
Saya sebut bahawa dah bukan sekali, tetapi dah dua kali dikhianati sebegini. Pertamanya di Negeri Sembilan, keduanya di Johor, mana semangat kerajaan perpaduan, what’s next?
Saya juga menyeru PMX untuk membubarkan parlimen sekaligus agar pilihan raya serentak dapat diadakan di seluruh negara.
Sekiranya ada pihak yang ingin mengkhianat, maka tiada keperluan untuk kami terus bersabar dan bertoleransi dalam pada itu.
Sewaktu ucapan PMX tadi, dua kali disebut oleh beliau bahawa berkemungkinan akan dibubarkan parlimen bersama dengan yang lain-lain untuk membolehkan rakyat menentukan hala tuju negara.
Saya menyambut baik kenyataan tersebut dan yakin bahawa seluruh Angkatan Muda HARAPAN mahupun DAPSY telah bersiap sedia di peringkat akar umbi.
Pakatan Harapan tidak pernah sempurna tetapi tidak pernahnya berlaku insiden bahawa Pakatan Harapan membelakangi mandat rakyat mahupun mengkhianati rakan seperjuangan khususnya dalam kerajaan perpaduan.
Let’s bring it on. We are ready to face the battle.