19/05/2026
Pada 18 Mei 2026 (Isnin), satu sesi temu duga bagi calon Kursus Pemandu Pelancong telah diadakan di Armada Raisha Tourism & Hospitality Academy Sdn. Bhd.. Sesi temu duga ini diadakan khusus bagi peserta yang tidak memiliki sijil SPM sebagai salah satu proses penilaian kelayakan untuk mengikuti kursus berkenaan.
Temu duga tersebut bertujuan menilai tahap komunikasi, minat, pengetahuan asas serta potensi calon untuk menceburi bidang pemanduan pelancong. Selain itu, sesi ini juga memberi peluang kepada pihak pengurusan untuk mengenal pasti kesesuaian calon berdasarkan pengalaman dan kemahiran individu walaupun tidak mempunyai kelayakan akademik formal.
Pelaksanaan sesi temu duga ini diharapkan dapat membuka peluang kepada lebih ramai individu yang berminat dalam industri pelancongan untuk meningkatkan kemahiran dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan sektor pelancongan negara, khususnya di Negeri Kedah.