Khun Chian - Your Life Planner

Khun Chian - Your Life Planner Kepakaran saya adalah ke arah memberi nasihat dalam ilmu kewangan dan menyediakan perlindungan dan m

JANGAN TUNGGU BERSARA BARU NAK AMBIL MEDICAL CARD... 😔Ramai orang fikir...💭 "Tak apa, nanti dah pencen baru saya ambil M...
05/06/2026

JANGAN TUNGGU BERSARA BARU NAK AMBIL MEDICAL CARD... 😔

Ramai orang fikir...

💭 "Tak apa, nanti dah pencen baru saya ambil Medical Card."

Hakikatnya, bila sampai waktu tu...

Medical Card mungkin dah tak nak 'terima' kita.

Kenapa?

Sebab Medical Card bukan dinilai berdasarkan jumlah duit yang kita ada.

❌ Ada RM100,000 dalam bank belum tentu lulus.
❌ Ada RM500,000 dalam simpanan pun belum tentu diterima.
❌ Malah ada RM1 JUTA sekalipun belum tentu boleh dapat perlindungan yang kita nak.

Apa yang syarikat takaful lihat?

👉 Sejarah kesihatan
👉 Penyakit sedia ada
👉 Rekod kemasukan hospital
👉 Keputusan pemeriksaan perubatan

Walaupun selama ini anda dilindungi oleh majikan, apabila nak mohon sendiri nanti, semua rekod kesihatan tetap perlu diisytiharkan.

Dan ketika itu kemungkinan yang boleh berlaku ialah:

⚠️ Penyakit tertentu tidak dilindungi
⚠️ Caruman menjadi lebih mahal
⚠️ Tempoh menunggu lebih panjang
⚠️ Atau permohonan terus ditolak

Sebab itu jangan berkira dengan perlindungan ketika masih muda dan sihat.

Masa muda, kita rasa tak perlukan Medical Card.

Bila usia meningkat, penyakit mula datang satu demi satu...

Barulah kita sedar yang kita perlukan Medical Card.

Masalahnya, masa itu mungkin sudah terlambat.

📌 Ambil Medical Card ketika anda masih sihat.

Bukan bila anda sudah perlukannya.

Kerana bila kesihatan masih baik, kita boleh memilih Medical Card.

Tapi bila kesihatan sudah merosot...

Medical Card p**a yang memilih kita. 💔

📩 Nak semak perlindungan yang sesuai mengikut umur dan bajet anda?

PM saya sekarang.

27/05/2026
🇲🇾 SELAMAT HARI PEKERJA 2026“Pekerja MADANI Kesuma Bangsa”Setiap pagi kita bangun,bukan sekadar pergi kerja…Tapi kita se...
01/05/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI PEKERJA 2026

“Pekerja MADANI Kesuma Bangsa”

Setiap pagi kita bangun,
bukan sekadar pergi kerja…

Tapi kita sedang
💼 Membina kehidupan
👨‍👩‍👧 Menyara keluarga
🇲🇾 Menyumbang kepada negara

Kadang penat.
Kadang rasa tak dihargai.
Tapi hakikatnya —
setiap usaha kecil kita hari ini,
adalah asas kepada masa depan yang lebih besar.

Seorang pekerja bukan hanya cari rezeki…
tapi membawa harapan, tanggungjawab, dan pengorbanan.

Dan dalam kita kuat bekerja untuk semua orang,
jangan lupa juga —
lindungi diri kita sendiri.

Sebab pekerja yang hebat,
bukan hanya kuat berusaha…
tapi juga bijak merancang masa depan.

✨ Terima kasih kepada semua pekerja Malaysia.
Anda adalah nadi kepada kemajuan negara.

🖋️ Khun Chian – Your Life Planner
🛡️ Lindungi usaha hari ini, untuk masa depan yang lebih tenang.

KENAPA PENGURUSAN HARTA PUSAKA SANGAT PENTING UNTUK KITA SEMUA?Pernah tak terfikir… apa jadi dengan harta kita bila kita...
06/04/2026

KENAPA PENGURUSAN HARTA PUSAKA SANGAT PENTING UNTUK KITA SEMUA?
Pernah tak terfikir… apa jadi dengan harta kita bila kita dah tak ada nanti? Rumah, simpanan, kereta… semua tu kita kumpul bertahun-tahun. Tapi kalau tak urus betul, boleh jadi beban untuk orang yang kita sayang 😔
Real talk sikit boss…
Ramai orang ingat bila dah ada insurans/takaful, settle dah semua. Tapi hakikatnya…
💥 Harta beku bertahun-tahun
💥 Waris bergaduh sebab tak jelas pembahagian
💥 Proses tuntutan jadi rumit & makan masa
💥 Anak isteri susah nak teruskan hidup dengan lancar
Bukan sebab tak sayang… tapi sebab tak plan dari awal.
So apa solusi dia?
👉 Pengurusan harta pusaka yang betul + pelan insurans/takaful yang terancang
Bila dua benda ni jalan sekali, baru lengkap:
✅ Harta diagihkan ikut kehendak kita
✅ Waris dapat akses cepat tanpa stress
✅ Elak konflik keluarga
✅ Masa depan keluarga lebih terjamin
Ini bukan soal kaya atau tak…
Ini soal tanggungjawab & kasih sayang ❤️
Bayangkan…
Kalau satu hari nanti, keluarga kita tak perlu pening fikir duit, tak perlu bergaduh pasal harta… semua dah tersusun cantik.
Itulah hadiah paling mahal kita boleh tinggalkan.
🔥 Jangan tunggu sampai terlambat.
Kalau serius nak lindungi keluarga & harta yang kita bina…
👉 DM sekarang / klik WhatsApp untuk konsultasi PERCUMA
Kita plan elok-elok, ikut bajet & situasi gaya hidup anda.
Sebab bila kita dah tiada nanti, plan kita hari ini yang akan jaga mereka.😍

RAMAI MASIH KELIRU… MEDICAL CARD = HIBAH TAKAFUL? 🤔Ramai ingat dua-dua benda ni sama.Hakikatnya… fungsi dia LANGIT & BUM...
24/03/2026

RAMAI MASIH KELIRU… MEDICAL CARD = HIBAH TAKAFUL? 🤔
Ramai ingat dua-dua benda ni sama.
Hakikatnya… fungsi dia LANGIT & BUMI berbeza.
🏥 MEDICAL CARD
👉 Fokus: Kos rawatan
✔ Bil hospital ditanggung
✔ Boleh masuk hospital swasta
✔ Rawatan lebih cepat & selesa
📌 Senang cerita — dia jaga masa kita sakit.
💼 HIBAH TAKAFUL
👉 Fokus: Kehidupan selepas kita tiada
✔ Pampasan tunai jika:
– Kematian
– Lumpuh kekal
– Penyakit kritikal
✔ Ganti pendapatan keluarga
✔ Duit terus sampai ke waris
✔ Tak perlu tunggu faraid
📌 Dia bukan rawat… tapi lindung masa depan keluarga.
Kalau ada Medical Card sahaja…
👉 Bil hospital settle ✔
👉 Tapi lepas tu? Keluarga survive macam mana? 😔
Kalau ada Hibah sahaja…
👉 Ada duit ✔
👉 Tapi bil hospital sebelum tu? 💸
💡 JAWAPAN SEBENAR:

Bukan pilih salah satu.
👉 Yang bijak, ambil KEDUA-DUA.
Sebab:
❤️ Satu jaga kita masa sakit
❤️ Satu jaga keluarga bila kita tiada
📩 Kalau belum ada, atau tak pasti cukup ke tak perlindungan sekarang…
PM saya untuk semakan percuma & cadangan ikut bajet anda.
Jangan tunggu sampai jadi cerita… baru nak cari solusi.😊

21/03/2026

Selamat hari raya aidilfitri kepada semua muslimin & muslimat semua😀

Ramai suami ingat dia dah secure family… padahal silap BESAR!😲Korang tahu tak apa jadi kat harta & saving lepas korang p...
18/03/2026

Ramai suami ingat dia dah secure family… padahal silap BESAR!😲
Korang tahu tak apa jadi kat harta & saving lepas korang pejam mata?
Tak kisah la korang ni Muslim atau Non-Muslim. Ramai geng suami bangga, "Aku dah kumpul duit banyak, rumah dah habis bayar, total aset ada la RM5 Juta. Selesa la bini aku nanti."
Realitinya weyhh... korang silap besar. Ini mimpi ngeri yang akan jadi kat waris korang:
1. Semua Aset Kena BEKU
Saving kat bank tu akan dibekukan. Bini kau nak cucuk RM50 beli pampers anak pun tak boleh. Waris tak boleh sentuh selagi surat kuasa mahkamah tak keluar (makan masa berbulan ke bertahun).

2. Undang-Undang 'Rampas' Kuasa Bini Kau
Bila kau mati tanpa dokumen pusaka, bini kau takde kuasa mutlak atas harta kau.
👉 Untuk Muslim: Sistem Faraid ambil alih. Kalau kau takde anak lelaki, adik-beradik kau (pakcik/makcik anak kau) automatik ada share dalam rumah dan harta tu. Boleh gaduh weyhh kat mahkamah.
👉 Untuk Non-Muslim: Akta Pembahagian 1958 (Distribution Act). Mak ayah kau dapat 25%, isteri 25%, anak-anak 50%. Kalau mak ayah kau nak cash dan paksa jual rumah tu macam mana?
3. Mimpi Ngeri Nak Cairkan Aset (Paling Ramai Tak Tahu)
Khusus untuk Non-Muslim (atau kes yang sangkut ke Mahkamah Tinggi) yang mati tanpa Will/Wasiat, isteri kau nak kena apply Surat Kuasa Mentadbir (LA).
Syarat mahkamah? Kena cari 2 ORANG PENJAMIN. Dan nilai harta penjamin tu kena sama dengan total harta arwah.
Katakan total harta kau RM5 Juta. Bini korang kena merayu cari 2 orang kawan atau sedara yang MASING-MASING ADA ASET RM5 JUTA untuk jadi penjamin dan cagarkan nama dorang kat mahkamah!
Gila weyhh! Adik-beradik sendiri pun belum tentu sanggup jadi penjamin loan kereta RM50k, inikan p**a nak jamin RM5 Juta? Kalau tak jumpa penjamin, harta tu terus BEKU.
Sebab tu, Insurans/Takaful & Pengurusan Pusaka (Will/Wasiat) ni bukan pilihan. Ni pelindung family kau.
✅ Insurans/Takaful (Hibah/Trust Nomination): Duit pampasan ni cair (liquid). Dia TAK BEKU. Terus masuk akaun isteri dalam masa beberapa minggu untuk bayar hutang dan survive.
✅ Pengurusan Pusaka (Will/Wasiat): Susun awal-awal. Tak payah pening cari 2 penjamin (terus dapat Grant of Probate). Urusan jauh lebih lancar dan takde perebutan harta.
Sayang family tak cukup dengan kata-kata. Buktikan dengan protection.
Siapa kat sini yang serius nak check balik status harta dan perlindungan diorang? Saya boleh tolong audit secara percuma.
Tengok komen pertama kat bawah 👇

14/03/2026

Dalam hidup ni sebenarnya ada beberapa fasa penting.

Ada fasa kita bekerja keras, kejar duit siang malam.
Ada fasa kita mula bina keluarga, besarkan anak-anak, jaga rumah tangga.

Tapi ada satu fasa yang ramai orang selalu lupa…

Fasa bila kita kena mula fikir —
kalau esok kita dah tiada, apa jadi pada keluarga?

Ramai orang rasa lega bila dah ada insurans/takaful.
Mereka fikir semuanya dah selesai.

Hakikatnya, tak semua orang tahu…

Duit insurans/takaful pun boleh jadi harta pusaka beku
kalau tiada perancangan yang betul.

Akhirnya, duit ada…
tapi keluarga tetap susah nak dapat.

Sebab tu dalam perancangan kewangan,
perlindungan dan perancangan harta tak boleh berjalan berasingan.

Insurans/Takaful lindungi kita ketika hidup.
Wasiat dan perancangan harta p**a lindungi keluarga bila kita dah tiada.

Bila dua-dua berjalan sekali,
barulah kita betul-betul tenang.

🟡 Khun Chian – Your Life Planner

10/03/2026

Jangan tanya pendapat orang yang tak nak ambil /Insurans.
Tapi tanyalah pada mereka yang dah pernah GUNA dan CLAIM.

Address

Alor Setar

Telephone

+60124598882

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Khun Chian - Your Life Planner posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Khun Chian - Your Life Planner:

Share