05/11/2025
Bantahan Rasmi Cukai Taksiran 2026 MBAS: Tuntut Keadilan Rakyat!
Pagi tadi, DAP Negeri Kedah telah menyampaikan surat bantahan rasmi kepada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) berhubung cadangan semakan semula cukai taksiran bagi tahun 2026 disertakan dengan 303 borang bantahan rasmi daripada penduduk!
Isu Utama Yang Dibangkitkan:
* Kenaikan Melampau: Menerima aduan kenaikan cukai yang mencecah lebih 1,000% di pelbagai kawasan perumahan dan perniagaan. Ini di luar kemampuan rakyat, peniaga kecil dan warga emas.
* Isu Notis: Ramai pemilik harta belum menerima notis rasmi semakan cukai. Mereka hanya dimaklumkan secara lisan di kaunter tanpa salinan lengkap.
* Proses Tidak Inklusif: Tempoh bantahan (9 Okt - 19 Nov 2025) dilihat tidak memberi peluang sama rata kepada semua kerana ramai belum menerima notis.
Tuntutan DAP Negeri Kedah:
Kami menggesa MBAS mengambil langkah tegas segera:
* Lanjutkan Tarikh Bantahan: Dilanjutkan sehingga 19 November 2025 (jam 5.00 petang) bagi memberi ruang dan keadilan kepada semua.
* Tangguhkan Pelaksanaan: Tunda semakan semula cukai sehingga kajian menyeluruh dan telus berasaskan data sosioekonomi semasa dilaksanakan.
* Libat Urus Terbuka: Adakan sesi perbincangan bersama wakil penduduk dan komuniti untuk kadar yang lebih munasabah dan adil.
* Penjelasan Kaedah Penilaian: Berikan penjelasan rasmi terperinci mengenai kaedah penilaian baharu.
* Teliti Kes Khas: Semak semula kadar untuk rumah kosong, premis usang, dll., agar selaras dengan keadaan sebenar harta.
Penyerahan ini, diwakili oleh Setiausaha DAP Negeri Kedah, YB Teh Swee Leong dan diterima oleh Timbalan Setiausaha MBAS, En. Azlizam bin Jaafar Sidik, BCK. di Pejabat Datuk Bandar Alor Setar.
Kami percaya keadilan sosial, ketelusan dan kesejahteraan rakyat mesti menjadi keutamaan MBAS.