05/03/2024
MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA (AJK) PPRPD PERINGKAT KONTINJEN KEDAH BIL. 1/2024
ALOR SETAR, 5 Mac 2024 - Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja (PPRPD) Kontinjen Kedah telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) PPRPD Kontinjen Kedah Bil 1/2024 yang dipengerusikan oleh Pengerusi PPRPD Kontinjen Kedah, Sub Inspektor Abdullahtip bin Abdullah, di sini, hari ini.
Mesyuarat tersebut diadakan bagi membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lepas serta membentangkan laporan kewangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) /Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksankan pada masa akan datang.
Dalam mesyuarat itu juga, Pengerusi turut menyampaikan beberapa arahan yang di terima semasa Mesyuarat PPRPD di Peringkat Pusat dan membincangkan mengenai Takwim PPRPD Kontinjen Kedah 2024.
Dikesempatan itu juga, turut dibincangkan Majlis Meraikan Pengerusi dan AJK yang bersara bagi peringkat Kontinjen Kedah turut dibincangkan.
Pengerusi juga menyarankan kepada semua AJK supaya menjadikan PPRPD sebagai wadah untuk Pegawai Rendah Polis (PRP) menyampaikan perkara berkaitan apa-apa masalah/kebajikan untuk di ambil tindakan serta memberi fokus bagi memperkasa PPRPD di peringkat Daerah menerusi bimbingan dari PPRPD Kontinjen.
Selain itu, pelaksanaan bagi menyampaikan Taklimat oleh Pengerusi, Setiausaha dan AJK PPRPD Kontinjen Kedah kepada Pegawai Rendah Polis (PRP) yang melapor diri di Kontinjen Kedah akan di laksanakan.
Hadir dalam mesyuarat tersebut, Bendahari PPRPD Kontinjen Kedah, YBrs. Sarjan Mejar/D Siti Salmah Binti Shaikh Salim, Penolong Setiausaha PPRPD Kontinjen Kedah, YBrs. Konstabel Mohd Yusop Bin Abd Rahman Hamiki, Pengerusi-Pengerusi dan AJK PPRPD IPK dan Daerah.
Secara keseluruhan Mesyuarat yang di laksanakan mencapai objektif. Mesyuarat berakhir dan ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.
Sumber :Ybrs Konstabel Mohd Yusop Bin Abd Rahman Hamiki (Pen Su PPRPD Kedah / Uruestia Pusat )