31/03/2026
TAHNIAH SEMPENA 3 TAHUN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI MELAKA
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,Pengerusi BPUNM,Ketua Menteri Melaka sempena genap 3 tahun menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.
Tiga tahun mengemudi bahtera kepimpinan, menyusun langkah dengan penuh hikmah, memacu negeri dengan iltizam yang tidak pernah goyah. Di bawah naungan kepimpinan ini, Melaka terus melakar kemajuan, ekonominya diperkasa, rakyatnya disantuni, dan masa depannya dibina dengan penuh harapan.
Setiap usaha yang digerakkan mencerminkan jiwa kepimpinan yang berani, berwawasan dan berteraskan semangat โBijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebatโ yang membawa negeri ini terus melangkah gagah di persada kejayaan.
Semoga Melaka terus mekar sebagai negeri berdaya maju, dilimpahi kemakmuran dan dipayungi kesejahteraan di bawah kepimpinan yang berjiwa rakyat.
Melaka Sayang Rakyat.
Dari hati yang memimpin, lahir kasih yang memayungi;
Dari usaha yang tulus, terbina masa depan yang gemilang.
TAHNIAH!!
DSU Ab Rauf Yusoh.