10/09/2026
YB Adly Zahari sangatlah cemerlang dan cakna terhadap masalah setempat. Kali ini YB bawa turun pasukan ATM bagi membaiki taman permainan buat anak-anak. Terbaik!
Keselamatan anak-anak tidak boleh dipandang ringan. Taman permainan sepatutnya menjadi ruang untuk mereka bermain, beriadah dan bergembira dengan selamat, bukannya tempat yang mengundang risiko kerana fasiliti yang sudah tidak lagi sesuai atau selamat digunakan.
Penglibatan Rejimen Askar Jurutera DiRaja (RAJD) menerusi pendekatan Civil-Military Cooperation (CIMIC) dalam membantu keperluan masyarakat amat dihargai. Kepakaran dan keupayaan yang ada dapat dimanfaatkan untuk membantu menambah baik kemudahan awam, sekali gus mengeratkan hubungan antara ATM dengan masyarakat setempat.
Usaha menambah baik fasiliti seperti ini perlu diteruskan secara bersama. Insya-Allah, dengan kerjasama semua pihak, kemudahan yang lebih selesa dan selamat dapat diwujudkan untuk anak-anak, sementara ibu bapa p**a lebih tenang melihat mereka bermain.