๐‘ฉ๐’‚๐’•๐’‚๐’๐’Š๐’๐’ ๐‘ฒ๐’†-๐Ÿ ๐‘น๐’†๐’‹๐’Š๐’Ž๐’†๐’ ๐‘บ๐’†๐’Ž๐’‘๐’‚๐’…๐’‚๐’

  • Home
  • Indonesia
  • Kelantan
  • ๐‘ฉ๐’‚๐’•๐’‚๐’๐’Š๐’๐’ ๐‘ฒ๐’†-๐Ÿ ๐‘น๐’†๐’‹๐’Š๐’Ž๐’†๐’ ๐‘บ๐’†๐’Ž๐’‘๐’‚๐’…๐’‚๐’

๐‘ฉ๐’‚๐’•๐’‚๐’๐’Š๐’๐’ ๐‘ฒ๐’†-๐Ÿ ๐‘น๐’†๐’‹๐’Š๐’Ž๐’†๐’ ๐‘บ๐’†๐’Ž๐’‘๐’‚๐’…๐’‚๐’ Platform media sosial 2 RS untuk mempamerkan aktiviti semasa pasukan.

20/03/2026
PERBARISAN PEGAWAI MEMERINTAH BATALION KE-2 REJIMEN SEMPADANPadang Kawad Kem Batu Melintang, 9 Jan 26: Perbarisan Pegawa...
09/01/2026

PERBARISAN PEGAWAI MEMERINTAH BATALION KE-2 REJIMEN SEMPADAN

Padang Kawad Kem Batu Melintang, 9 Jan 26: Perbarisan Pegawai Memerintah telah dilaksanakan melibatkan 27 Pegawai dan 258 LLP. Perbarisan ini dimulakan dengan upacara pemakaian pangkat kepada 15 kali anggota sebagai pengiktirafan terhadap komitmen, disiplin serta prestasi dalam perkhidmatan.

Seterusnya, perbarisan diteruskan dengan upacara pemakaian beret kepada lima orang Perajurit Muda, menandakan penerimaan rasmi mereka ke dalam keluarga pasukan. Beret yang disarungkan menjadi simbol permulaan perjalanan seorang perajurit, melambangkan maruah, disiplin dan janji setia untuk mempertahankan kehormatan pasukan.

Perbarisan kemudiannya disempurnakan dengan ucapan Pegawai Memerintah yang sarat dengan amanat dan peringatan. Penekanan diberikan terhadap kepentingan disiplin diri, integriti peribadi serta penjagaan imej Angkatan Tentera pada setiap masa. Pegawai Memerintah turut menekankan bahawa penyalahgunaan dadah merupakan ancaman serius kepada kekuatan pasukan dan akan ditangani dengan tindakan tegas mengikut peraturan yang ditetapkan, demi mengekalkan integriti dan maruah unit.

Selain itu, anggota juga diingatkan bahawa mereka yang Tidak Hadir Tanpa Cuti (THTC) akan dikenakan tindakan disiplin tegas, sebagai amaran bahawa ketidakhadiran tanpa kebenaran menjejaskan disiplin dan keharmonian pasukan.

Perbarisan ini diakhiri dengan harapan agar seluruh warga pasukan terus melangkah seiring, berteraskan disiplin, dipandu nilai kesetiaan dan diperkukuh semangat juang, demi memelihara maruah pasukan serta menunaikan amanah perkhidmatan dengan penuh tanggungjawab.




Majlis Solat Sunat Hajat dan Bacaan Yasin Batalion Ke-2 Rejimen SempadanSurau Salahuddin Al-Ayubi, 8 Jan 26: Warga Batal...
09/01/2026

Majlis Solat Sunat Hajat dan Bacaan Yasin Batalion Ke-2 Rejimen Sempadan

Surau Salahuddin Al-Ayubi, 8 Jan 26: Warga Batalion Ke-2 Rejimen Sempadan telah menghadiri Majlis Solat Sunat Hajat dan Bacaan Yasin, satu program kerohanian yang menghimpunkan pegawai dan anggota dalam satu saf penuh khusyuk.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti bacaan Surah Yasin, solat sunat hajat dan solat Isyak berjemaah. Setiap bacaan dan doa yang dipanjatkan menjadi simbol pengabdian mutlak seorang perajurit kepada Allah SWT, sebagai pengingat bahawa setiap langkah tugas adalah amanah dan setiap kejayaan hadir dengan izin-Nya.

Program ini bertujuan memohon keberkatan, perlindungan dan kesejahteraan bagi seluruh warga batalion serta memohon agar segala urusan pasukan sepanjang tahun 2026 dipermudahkan dan dirahmati. Majlis ini juga mengukuhkan ketahanan rohani, mempererat ukhuwah sesama anggota dan memperbaharui tekad untuk berkhidmat dengan disiplin, keikhlasan dan tanggungjawab yang tinggi.

Bacaan doa penutup menekankan bahawa kekuatan sebenar pasukan bukan sahaja terletak pada jasad dan persenjataan tetapi berpaksikan keteguhan rohani. Dalam diam dan sujud, tertanam kekuatan yang halus membimbing setiap langkah pasukan ke arah kecemerlangan, kejayaan dan kesejahteraan bersama.






08/01/2026

๐“๐€๐๐†๐†๐”๐๐†๐‰๐€๐–๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐†๐Ž๐‘๐๐€๐๐€๐ ๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐“๐”๐Œ๐๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐‡๐Š๐”!!!

- Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat.








07/01/2026

"๐๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ง๐  ๐Š๐ž๐ž๐ฆ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐’๐ž๐ฆ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ฅ๐ข๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐ข๐ง๐š๐ญ ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ข ๐“๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐ƒ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Š๐ข๐ง๐ข ๐ƒ๐ข๐›๐ฎ๐ค๐š!"

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—จ๐—ฅ๐—œ๐—ง ๐— ๐—จ๐——๐—” ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง (๐—ฃ๐—  ๐—ง๐——) ๐—Ÿ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—œ ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฒ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฆ๐—˜๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ช๐—”๐—Ÿ๐—ž-๐—œ๐—ก

1. Sebanyak 16 Lokasi Pemilihan Akhir PM TD seluruh Malaysia akan dibuka, senarai lokasi Pemilihan Akhir PM TD seperti berikut:

a. Zon Utara

(1) 6 RAMD, Kem Sultan Abdul Halim, Jitra Kedah: 14 - 15 & 17 Jan 26.

(2) MSS Sungai Petani, Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah: 19 - 22 Jan 26.

(3) 2 RRD, Kem Syed Putra, Ipoh, Perak: 25 - 27 Jan 26.

b. Zon Timur

(1) MSS Desa Pahlawan, Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu, Kelantan: 14 - 15 & 17 - 18 Jan 26.

(2) 18 RAMD (Para), Kem Seri Pantai, Kuala Nerus, Terengganu: 21 - 22 Jan 26.

(3) MSS Kuantan, Kem Batu 10, Kuantan, Pahang: 25 - 27 Jan 26.

c. Zon Selatan

(1) MSS Kluang, Kem Mahkota, Kluang, Johor: 14 - 15 & 17 Jan 26.

(2) 8 RRD (Para), Kem Terendak, Melaka: 19 - 20 Jan 26.

(3) 15 RAMD, Kem Senawang, Senawang, N.Sembilan : 22 & 24 - 25 Jan 26.

d. Zon Sarawak

(1) MK 3 Bgd, Kem Penrissen, Kuching, Sarawak: 14 - 15 & 17 - 18 Jan 26.

(2) 20 RAMD, Kem Sri Miri, Miri, Sarawak: 21 & 22 Jan 26.

(3) MK 9 Bgd, Kem RASCOM Batu 10, Sibu, Sarawak: 25 - 28 Jan 26.

e. Zon Sabah

(1) 22 RAMD, Kem Sri Kinabatangan, Sandakan, Sabah: 14 & 15 Jan 26.

(2) 7 RAMD, Kem Kabota, Tawau, Sabah: 18 - 20 Jan 26.

(3) MSS Lok Kawi, Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah: 24 - 27 Jan 26.

f. Zon Tengah

(1) MK 12 Bgd, Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur: 27 - 29 Jan 26.

2. Syarat Fizikal

a. Ketinggian Minima: Lelaki - 157 cm.
b. BMI: 18.0 hingga 27.9 Kg/Mยฒ.
c. Umur: Tidak Kurang 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada 10 April 2026.

3. Syarat Akademik (Minima)

a. SPM - Lulus BM dan Sejarah.
b. SPVM - PNGK Akademik 2.0 ke atas.
c. Tambahan Kelulusan Akademik Calon KAGAT:
(1) STAM - Minima Maqbul (Lulus)
(2) STPM (Pengajian Usuluddin & Syariah) - Minima Kepujian
(3) Diploma Pengajian Islam/Tahfiz/Usuluddin/Syariah/Dakwah dan Al-Quran & Sunnah - Minima PNGKA 2.0

4. Dokumen yg perlu bawa semasa temuduga:

a. Kad Pengenalan Calon - asal dan 1 salinan.
b. Sijil Daftar Kelahiran - asal dan 1 salinan.
c. Sijil SPM/SPVM - asal dan 1 salinan.
d. Sijil Berhenti Sekolah Terakhir - asal dan 1 salinan.
e. 1 Salinan Kad Pengenalan Ibu.
f. 1 Salinan Kad Pengenalan Bapa.
g. 1 Salinan Kad Pengenalan 2 orang Waris Tambahan (abang/kakak/bapa Saudara).
h. 1 batang Ball Pen Hitam.
i. Filem X-Ray dan Laporan X-Ray yang disahkan oleh Pakar Radiologi (Tempoh 5 bulan dari tarikh pemilihan akhir)

5. Pakaian semasa melapor adalah seperti berikut:

a. Baju T-shirt putih berkolar lengan pendek.
b. Seluar Track Suit warna gelap.
c. Kasut sukan warna bebas dan stokin putih.

Untuk maklumat juga, Proses Pemilihan Akhir tidak akan dilaksanakan pada setiap hari Jumaat. Sekian, terima kasih.

Sebarang maklumat lanjut boleh layari Portal Rasmi Sel Pengambilan TD di pautan berikut https://army.mil.my/index.php/kerjaya/permohonan-kerjaya/pemilihan-akhir

Gagah Setia!





06/01/2026

SEKALUNG TAHNIAH ATAS PELANTIKAN PANGLIMA TENTERA DARAT KE-31

Panglima 2 Div, Mej Jen Datoโ€™ Hj Fazal bin Hj Abdul Rahman dan seluruh warga 2 Div mengucapkan sekalung tahniah kepada Jen Dato' Azhan bin Hj Md Othman diatas kenaikan pangkat dan pelantikan sebagai Panglima Tentera Darat ke-31.

Semoga dengan kepimpinan YBhg Panglima, Tentera Darat Malaysia akan terus mencapai kecemerlangan serta berdedikasi dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.

-Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia


05/01/2026

โŒ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—›๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ "๐—ฆ๐—”๐— ๐—”๐—ž" ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ! ๐—ž๐—˜๐—–๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—”๐—ก๐——๐—” ๐—ก๐—”๐—ž ๐—๐—”๐——๐—œ ๐—•๐—˜๐—š ๐—ž๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—ง ๐Ÿ‘œ

Bila terkena najis berat (anjing/khinzir), Admin percaya laju sahaja mulut kita sebut: "๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฌ, ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜จ๐˜ช ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฏ๐˜ช".

Tuan-Tuan dan Puan-Puan, tolonglah berhenti guna ayat ni. Bunyinya nampak remeh, tapi hakikatnya ramai yang keliru.

Kenapa? Sebab kalau Tuan-Tuan dan Puan-Puan kata nak "samak tangan", maksudnya anda tengah proses kulit tangan anda itu untuk dijadikan kasut, beg atau jaket kulit! ๐Ÿ‘œ ๐Ÿฅน

Tolong hadam fakta sebenar ini (Rujuk Infografik):

1๏ธโƒฃ ๐’๐„๐‘๐“๐” ๐Ÿ’ง
Ini istilah yang ๐–๐€๐‰๐ˆ๐ guna. Basuh 7 kali (1 air tanah + 6 air mutlak). Ini proses ibadah untuk sucikan diri.

2๏ธโƒฃ ๐’๐€๐Œ๐€๐Š ๐Ÿ‘ž
Ini proses industri. Buang lendir dan lemak pada ๐Š๐”๐‹๐ˆ๐“ ๐๐€๐๐†๐Š๐€๐ˆ guna bahan tajam untuk dijadikan produk.

๐Ÿ‘‰ ๐’๐ž๐ซ๐ญ๐ฎ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ˆ๐›๐š๐๐š๐ก.
๐Ÿ‘‰ ๐’๐š๐ฆ๐š๐ค ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐ฎ๐š๐ญ ๐๐ž๐ .

๐๐ž๐ญ๐ฎ๐ฅ๐ค๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐ข๐š๐ฌ๐š, ๐›๐ข๐š๐ฌ๐š๐ค๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐›๐ž๐ญ๐ฎ๐ฅ.

๐Ÿ‘‡ ๐“๐ˆ๐๐ƒ๐€๐Š๐€๐ ๐€๐๐ƒ๐€ ๐’๐„๐Š๐€๐‘๐€๐๐† ๐Ÿ‘‡

๐‰๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐›๐ข๐š๐ซ๐ค๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š ๐๐š๐ง ๐ซ๐š๐ค๐š๐ง ๐š๐ง๐๐š ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐ง๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ค '๐ฃ๐š๐ก๐ข๐ฅ' ๐ฌ๐ž๐›๐š๐› ๐ฌ๐š๐ฅ๐š๐ก ๐ข๐ฌ๐ญ๐ข๐ฅ๐š๐ก. ๐“๐ž๐ค๐š๐ง ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง๐  ๐’๐‡๐€๐‘๐„ ๐ข๐ญ๐ฎ ๐ฌ๐ž๐ค๐š๐ซ๐š๐ง๐ . ๐’๐š๐ญ๐ฎ ๐ค๐ฅ๐ข๐ค ๐š๐ง๐๐š ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ ๐ค๐ข๐ง ๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐ข๐›๐š๐๐š๐ก ๐ซ๐ข๐›๐ฎ๐š๐ง ๐จ๐ซ๐š๐ง๐ !

04/01/2026

AMANAH DIPIKUL, KEDAULATAN DIJUNJUNG

Divisyen Kedua Indantri Malaysia akan terus komited dalam menjalankan tanggungjawab demi kesejahteraan rakyat dan keamanan negara.


MESYUARAT KEBAJIKAN BATALION KE-2 REJIMEN SEMPADAN SIRI 1/2026 - FOKUS TINGKAT KESEJAHTERAAN WARGA PASUKANBatu Melintang...
02/01/2026

MESYUARAT KEBAJIKAN BATALION KE-2 REJIMEN SEMPADAN SIRI 1/2026 - FOKUS TINGKAT KESEJAHTERAAN WARGA PASUKAN

Batu Melintang, 2 Jan 2026 โ€“ Mesyuarat Kebajikan Pasukan Batalion Ke-2 Rejimen Sempadan Siri 1/2026 telah berlangsung dengan jayanya di Rumah BAKAT Pasukan. Seramai 24 pegawai dan 229 anggota LLP telah hadir ke mesyuarat ini. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan kebajikan demi kesejahteraan warga pasukan.

Mesyuarat kali ini memberi tumpuan kepada pembentangan tindakan terhadap pelaksanaan perkara-perkara berbangkit sepanjang tahun 2025. Di samping itu, ahli mesyuarat yang hadir turut mengemukakan cadangan dan pandangan penambahbaikan kemudahan serta aktiviti kebajikan pasukan bagi memperkukuh kesejahteraan warga 2 RS.

Turut dibentangkan dalam mesyuarat ialah kedudukan kewangan terkini Tabung Kebajikan Rejimen (TKR) yang berakhir pada 31 Disember 2024.

Selain itu, beberapa isu tambahan turut disentuh termasuk cadangan penambahbaikan kemudahan prasarana pasukan serta diselitkan sesi penyerahan cek sumbangan Tabung Zakat Angkatan Tentera (TZAT) kepada 1165313 Sjn Mohd Ezaudin bin Mohd Nasir yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Pegawai Pemerintah Batalion Ke-2 Rejimen Sempadan, Lt Kol Zulhisyam bin Yusoff. Penyerahan sumbangan ini menunjukkan keprihatinan dan komitmen pasukan dalam menjaga kebajikan warga Harimau Sempadan.

Dalam ucapan penutup, Pegawai Memerintah memaklumkan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap semua cadangan dan perkara yang dibangkitkan bagi meningkatkan kebajikan dan kelestarian warga Harimau Sempadan.

MESYUARAT AGUNG WISMA PERWIRA BN KE-2 REJIMEN SEMPADAN SIRI 2/2025Jeli, 31 Disember 2025: Wisma Perwira 2 RS telah melak...
01/01/2026

MESYUARAT AGUNG WISMA PERWIRA BN KE-2 REJIMEN SEMPADAN SIRI 2/2025

Jeli, 31 Disember 2025: Wisma Perwira 2 RS telah melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Penggal 2/2025 yang dipengerusikan oleh Yang DiPertua Wisma merangkap Ketua Kompeni Bantuan, Mej Mohd Azmi bin Mohd Hashim.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Lt Kol Zulhisyam bin Yusoff, Pegawai Memerintah 2 RS merangkap Penaung Wisma Perwira, bersama-sama Ahli Wisma Perwira 2 RS.

AGM ini menjadi platform penting dalam memperkukuh tadbir urus Wisma melalui perbincangan menyeluruh berkaitan keperluan semasa dan pembangunan fasiliti untuk ahli Wisma Perwira.

Selain itu, laporan kewangan telah dibentangkan bersama beberapa usul penambahbaikan yang dicadangkan bagi memastikan Wisma Perwira terus relevan, selesa dan berdaya maju selari dengan keperluan semasa warganya. Usaha berterusan ini diharap dapat memperkukuh peranan Wisma Perwira 2 RS sebagai tonggak utama kebajikan dan kesejahteraan warga Perwira.


Dengan penuh hormat dan takzimnya seluruh warga Batalion Ke-2 Rejimen Sempadan mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Kela...
31/12/2025

Dengan penuh hormat dan takzimnya seluruh warga Batalion Ke-2 Rejimen Sempadan mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran kepada YBhg Datuk semoga dimurahkan rezeki dipanjangkan usia dan ketumbukan pemerintahan 30 Bgd terus cemerlang di bawah pemerintahan YBhg Datuk, amin.



Address

Batalion Ke-2 Rejimen Sempadan, , Kem Batu Melintang, , Jeli,
Kelantan
17600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ๐‘ฉ๐’‚๐’•๐’‚๐’๐’Š๐’๐’ ๐‘ฒ๐’†-๐Ÿ ๐‘น๐’†๐’‹๐’Š๐’Ž๐’†๐’ ๐‘บ๐’†๐’Ž๐’‘๐’‚๐’…๐’‚๐’ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category