MARA Frankfurt

MARA Frankfurt Memantau, menyelia pelajar tajaan MARA di Jerman, Russia, Sepanyol, Perancis,Rep.Czech, Belanda.

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŽπ‘πˆπ„ππ“π€π’πˆ & πˆππ…πŽπ‘πŒπ€π’πˆ (𝐌𝐎𝐈𝐍) πŸπŸŽπŸπŸ” π„πƒπˆπ’πˆ π–πˆπ‹π‡π„πˆπŒ & π‹π„πˆππ™πˆπ†2 Jun 2026 MARA Frankfurt bersama Malaysian German Stude...
13/06/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŽπ‘πˆπ„ππ“π€π’πˆ & πˆππ…πŽπ‘πŒπ€π’πˆ (𝐌𝐎𝐈𝐍) πŸπŸŽπŸπŸ”
π„πƒπˆπ’πˆ π–πˆπ‹π‡π„πˆπŒ & π‹π„πˆππ™πˆπ†

2 Jun 2026

MARA Frankfurt bersama Malaysian German Students’ Society (MGSS) telah mengadakan Program Majlis Orientasi dan Informasi (MOIN) 2026 secara atas talian pada 2 Jun 2026. Program kali ini melibatkan seramai 35 pelajar tajaan MARA yang baharu tiba di Jerman pada April lalu dan sedang mengikuti Program Bahasa Jerman di LC Schumann Wilheim dan LC Sprachzentrale Leipzig.

Di antara perkongsian oleh MGSS adalah berkaitan persediaan menghadapi ujian bahasa Jerman, pengurusan kewangan peribadi serta tips menjalani kehidupan sebagai pelajar di Jerman.

Acara program diteruskan pada 9 Jun 2026 di Wilheim dan 10 Jun 2026 di Leipzig dengan lawatan ziarah pelajar oleh MARA Frankfurt disertai oleh Puan Siti Hajar dan Dr. Nor Fazlina daripada German-Malaysian Institute berkongsi pelbagai maklumat penting berkaitan penajaan dan kebajikan pelajar.

Kami doakan semua pelajar ini akan beroleh kejayaan cemerlang dalam ujian bahasa Jerman seterusnya menyambung pengajian di peringkat Ijazah Pertama pada sesi Winter 2026/2027.







πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π†π‘π€πƒπ”π€π’πˆ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 π˜π“π πŒπ€π‘π€, 𝐅𝐑𝐀𝐍𝐂𝐄30 Mei 2026 Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pelajar tajaan MARA daripad...
07/06/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π†π‘π€πƒπ”π€π’πˆ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 π˜π“π πŒπ€π‘π€, 𝐅𝐑𝐀𝐍𝐂𝐄

30 Mei 2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pelajar tajaan MARA daripada kumpulan PF19, Young Talent Development Program (YTP MARA) France yang telah diraikan dalam Majlis Graduasi bersama-sama pelajar tajaan JPA dan persendirian, anjuran Malaysia Student Association in France (MASAF).

Majlis graduasi yang berlangsung di Maison Internationale, CitΓ© Internationale Universitaire de Paris telah disempurnakan oleh Duta Besar Malaysia ke Perancis, Tuan Yang Terutama Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim. Majlis penuh bermakna ini menjadi simbol kejayaan dan pengiktirafan terhadap usaha gigih para graduan sepanjang menempuh perjalanan akademik di bumi Perancis.

Wajah-wajah ceria para graduan bersama keluarga dan sahabat handai jelas menggambarkan rasa syukur, bangga dan kepuasan atas pengorbanan, ketabahan serta semangat yang tidak pernah luntur dalam mengejar cita-cita. Hasil dedikasi yang berterusan, mereka kini berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Kejuruteraan daripada universiti-universiti terkemuka di Perancis.

Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak pencapaian cemerlang pada masa hadapan.







πŠπ”ππ‰π”ππ† π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 πŒπ€π‘π€ π…π‘π€ππŠπ…π”π‘π“, π‰π„π‘πŒπ€π πŠπ„ 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐃𝐔𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŠπ„ ππ„π‘π€ππ‚πˆπ’29 Mei 2026 Pejabat MARA Frankfurt...
29/05/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ† π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 πŒπ€π‘π€ π…π‘π€ππŠπ…π”π‘π“, π‰π„π‘πŒπ€π πŠπ„ 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐃𝐔𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŠπ„ ππ„π‘π€ππ‚πˆπ’

29 Mei 2026

Pejabat MARA Frankfurt, Jerman turut bertanggungjawab menyelia kebajikan serta pengurusan pelajar tajaan MARA yang sedang melanjutkan pengajian di Perancis.

Sebagai usaha untuk memperkukuh hubungan di antara MARA dan pihak Kedutaan Malaysia di Paris, Pengarah MARA Jerman, Puan Haliza Kamis telah mengadakan Kunjung Hormat ke atas YBhg Duta Besar Malaysia ke Perancis, Tuan Yang Terutama, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim

Antara perkara yang dibincangkan termasuk aspek kebajikan pelajar, prestasi pengajian dan program pembangunan pelajar termasuk program Graduasi Pelajar Malaysia yang bakal berlangsung pada 30 Mei 2026.

Semoga kerjasama erat di antara kedua-dua pihak terus dipertingkatkan demi memastikan kesejahteraan dan kecemerlangan pelajar MARA di Perancis terus terpelihara.







26/05/2026

"Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima dan diberkati Allah SWT. Moga ibadah korban kita menjadi asbab limpahan rahmat dan kebahagiaan buat kita seisi keluarga."








πŒπ€π‘π€ π…π‘π€ππŠπ…π”π‘π“ πŠπ”πŠπ”π‡πŠπ€π 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀𝐍 πƒπ€π‹π€πŒ πŒπ„πŒππ„π‘π‹π”π€π’ π‰π€π‘πˆππ†π€π πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ πˆππ’π“πˆπ“π”π’πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ – π‰π„π‘πŒπ€πMARA Frankfurt sentiasa k...
19/05/2026

πŒπ€π‘π€ π…π‘π€ππŠπ…π”π‘π“ πŠπ”πŠπ”π‡πŠπ€π 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀𝐍 πƒπ€π‹π€πŒ πŒπ„πŒππ„π‘π‹π”π€π’ π‰π€π‘πˆππ†π€π πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ πˆππ’π“πˆπ“π”π’πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ – π‰π„π‘πŒπ€π

MARA Frankfurt sentiasa komited dalam meneroka peluang untuk menghubungkan institusi pendidikan dan penyelidikan di Jerman dan Malaysia bagi merintis peluang kolaborasi strategik.

Pada 15 Mei 2026, satu sesi perbincangan secara dalam talian telah diadakan melibatkan MARA Frankfurt, University of Applied Sciences / Technische Hochschule (TH) Wildau, Jerman dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Sesi ini bertujuan membincangkan potensi kerjasama strategik, khususnya berkaitan penyertaan dalam program Deutscher Akademischer Austauschdienst atau German Academic Exchange Service (DAAD).

TH Wildau telah diwakili oleh Prof. Dr. rer. nat. Michael Herzog selaku Head of the Institute IMEP Research Group High Performance Materials bersama wakil daripada International Department. Manakala UniKL diwakili oleh Prof. Dr. Kushsairy Abdul Kadir, Deputy President (Academic & Technology) dan turut disertai oleh wakil daripada bahagian penyelidikan dan hubungan antarabangsa universiti tersebut.

Diharapkan inisiatif ini dapat menjadi pemangkin kepada hubungan kerjasama yang lebih erat di antara institusi terlibat, khususnya dalam bidang pengajian, penyelidikan, perkongsian kepakaran serta pertukaran idea dan sumber secara lebih berkesan.







πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŽπ‘πˆπ„ππ“π€π’πˆ & πˆππ…πŽπ‘πŒπ€π’πˆ (𝐌𝐎𝐈𝐍) πŸπŸŽπŸπŸ” π„πƒπˆπ’πˆ ππŽπ‘π“π‡ π‘π‡πˆππ„-π–π„π’π“ππ‡π€π‹πˆπ€, π‰π„π‘πŒπ€π16 Mei 2026 MARA Frankfurt bersama PPL JPA ...
17/05/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŽπ‘πˆπ„ππ“π€π’πˆ & πˆππ…πŽπ‘πŒπ€π’πˆ (𝐌𝐎𝐈𝐍) πŸπŸŽπŸπŸ”
π„πƒπˆπ’πˆ ππŽπ‘π“π‡ π‘π‡πˆππ„-π–π„π’π“ππ‡π€π‹πˆπ€, π‰π„π‘πŒπ€π

16 Mei 2026

MARA Frankfurt bersama PPL JPA Frankfurt dan Malaysian German Students’ Society (MGSS) sekali lagi telah menganjurkan Program Majlis Orientasi dan Informasi (MOIN) 2026 yang berlangsung di University of KΓΆln, Jerman. Penganjuran edisi North Rhine-Westphalia kali ini melibatkan seramai 37 pelajar tajaan MARA yang baharu tiba di Jerman pada pertengahan April lalu dan sedang mengikuti Program Bahasa Jerman di IIK Deutschland, DΓΌsseldorf serta 16 pelajar tajaan JPA.

Program telah dirasmikan oleh Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt, YM Engku Puteri Suraya Engku Mohd Afandi, yang turut menyampaikan pelbagai nasihat kepada para pelajar dalam ucapan perasmian beliau. Antaranya, pelajar diingatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang tempatan, mengekalkan hubungan baik dengan komuniti Malaysia seperti MGSS, Malaysian Club Deutschland (MCD) dan lain-lain persatuan, serta memberikan komitmen penuh dalam pengajian demi merealisasikan aspirasi untuk kembali menyumbang kepada negara pada masa hadapan.

Para pelajar dilihat amat teruja dengan sesi perkongsian yang disampaikan oleh pihak MGSS, khususnya berkaitan persediaan menghadapi ujian bahasa Jerman serta tips menjalani kehidupan sebagai pelajar di Jerman. Selain itu, MARA Frankfurt turut mengambil kesempatan untuk bertanya khabar dan memantau kebajikan pelajar, di samping menyampaikan pelbagai maklumat penting berkaitan penajaan. Program diakhiri dengan acara santai di taman berhampiran KΓΆln Central Mosque bertujuan mengeratkan hubungan sesama pelajar, penaja dan pihak Konsulat Jeneral.

Semoga semua pelajar IIK Deutschland, DΓΌsseldorf terus bersemangat dalam mengikuti pengajian bahasa Jerman dan seterusnya mencapai keputusan cemerlang dalam ujian yang bakal berlangsung pada Ogos ini.







πŠπ„π’π„πƒπ€π‘π€π πŠπ„π’π„π‰π€π‡π“π„π‘π€π€π πŒπ„ππ“π€π‹ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πƒπˆ π‰π„π‘πŒπ€π ππ„π‘π’π€πŒπ€ πŒπ„π‘π‚π˜ π‡π”πŒπ€ππˆπ“π€π‘πˆπ€π π”πŠ10 Mei 2026 Program Kesedaran Kes...
15/05/2026

πŠπ„π’π„πƒπ€π‘π€π πŠπ„π’π„π‰π€π‡π“π„π‘π€π€π πŒπ„ππ“π€π‹ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€
πƒπˆ π‰π„π‘πŒπ€π ππ„π‘π’π€πŒπ€ πŒπ„π‘π‚π˜ π‡π”πŒπ€ππˆπ“π€π‘πˆπ€π π”πŠ

10 Mei 2026

Program Kesedaran Kesejahteraan Mental anjuran Kedutaan Malaysia di Berlin dengan kerjasama MARA Frankfurt, PPL JPA Frankfurt dan Mercy Humanitarian UK (MHUK) telah diadakan khusus untuk pelajar-pelajar Malaysia di Jerman.

MHUK diwakili oleh Puan Haliza Hashim-Doyle, Penyelaras Talian Kasih MERCY dan Datin Adzlin Azhar Simin, Trustee MHUK.

Sesi MHUK kali pertama di Jerman secara bersemuka ini telah berjaya memberi pendedahan awal serta membimbing pelajar dalam mengurus tekanan akademik, cabaran hidup di perantauan dan penyesuaian budaya melalui kaedah yang positif dan berkesan. Pelajar juga diperkenalkan dengan Talian Kasih MERCY (TKM) iaitu talian bantuan khas untuk pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom dan Eropah untuk mendapatkan bantuan daripada Kaunselor bertauliah yang berkhidmat sebagai sukaralewan, jika diperlukan.

Semoga semua pelajar dapat mengambil manfaat daripada perkongsian ilmu dan pengalaman yang diberikan, seterusnya mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam menjaga kesejahteraan mental sepanjang menjalani kehidupan sebagai pelajar.







πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŽπ‘πˆπ„ππ“π€π’πˆ & πˆππ…πŽπ‘πŒπ€π’πˆ (𝐌𝐎𝐈𝐍) πŸπŸŽπŸπŸ” π„πƒπˆπ’πˆ ππ„π‘π‹πˆπ, π‰π„π‘πŒπ€π9 Mei 2026 Pelajar tajaan MARA yang baharu tiba dan sedang ...
14/05/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŽπ‘πˆπ„ππ“π€π’πˆ & πˆππ…πŽπ‘πŒπ€π’πˆ (𝐌𝐎𝐈𝐍) πŸπŸŽπŸπŸ”
π„πƒπˆπ’πˆ ππ„π‘π‹πˆπ, π‰π„π‘πŒπ€π

9 Mei 2026

Pelajar tajaan MARA yang baharu tiba dan sedang mengikuti program Bahasa Jerman di IIK Deutschland, Berlin telah berpeluang mengikuti program Majlis Orientasi dan Informasi (MOIN) 2026 anjuran bersama MARA Frankfurt, PPL JPA Frankfurt dan Malaysian German Student Society (MGSS) bertempat di Kedutaan Malaysia di Berlin.

Program telah dirasmikan oleh Duta Besar Malaysia ke Republik Persekutuan Jerman, TYT Mohamad Razdan Jamil. Dalam ucapan beliau, pelajar-pelajar diingatkan agar menjaga nama baik negara, sentiasa berhubung dengan komuniti Malaysia di samping menggalakkan pelajar membina jaringan hubungan dengan masyarakat setempat/profesional.

Seramai 36 orang pelajar terdiri daripada 20 pelajar tajaan MARA dan 16 pelajar tajaan JPA telah mendapat ilmu dan tips-tips penting daripada pengisian program termasuklah perkongsian berkenaan kehidupan di Jerman, perancangan kewangan, persediaan menghadapi ujian bahasa Jerman serta urusan konsular. Wakil MercyHumanitarianUK turut mengadakan sesi khas berkenaan kesihatan mental bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar dengan menekankan aspek sistem sokongan yang baik serta keperluan untuk sentiasa menjaga antara satu sama lain. MARA Frankfurt juga turut menyalurkan maklumat penting berkaitan penajaan dan kebajikan pelajar.

MOIN 2026 Edisi Berlin secara keseluruhannya berjaya menyediakan asas yang kukuh kepada pelajar baharu untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di Jerman selain membantu mereka memahami cabaran yang bakal ditempuhi serta membimbing pelajar dalam mengambil langkah yang sewajarnya untuk mendepani cabaran tersebut.







14/05/2026
Heartfelt appreciation to the Embassy of Malaysia in Berlin
03/05/2026

Heartfelt appreciation to the Embassy of Malaysia in Berlin

Adresse

Consulate General Of Malaysia
Frankfurt
60313FRANKFURTAMMAIN

Γ–ffnungszeiten

Montag 09:00 - 17:00
Dienstag 09:00 - 17:00
Mittwoch 09:00 - 17:00
Donnerstag 09:00 - 17:00
Freitag 09:00 - 17:00
Samstag 09:00 - 17:00
Sonntag 09:00 - 17:00

Telefon

+49698700370

Webseite

Benachrichtigungen

Lassen Sie sich von uns eine E-Mail senden und seien Sie der erste der Neuigkeiten und Aktionen von MARA Frankfurt erfΓ€hrt. Ihre E-Mail-Adresse wird nicht fΓΌr andere Zwecke verwendet und Sie kΓΆnnen sich jederzeit abmelden.

Teilen