Jabatan Daerah Tutong

Jabatan Daerah Tutong Jabatan Daerah Tutong
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Tutong TA1141
No. Tel : 4222491-5
No.

Fax : 4222497 / 4222280
www.daerah-tutong.gov.bn
Instagram : jabatan_daerah_tutong

Keratan Akhbar - Pelita Brunei(13 Jun 2026)
13/06/2026

Keratan Akhbar - Pelita Brunei
(13 Jun 2026)

πŸ“’ IKLAN JAWATAN KOSONGsebagai:1) Ketua Kampung Tingkat I PMKK.3BND2,270.00 - BND4,240.002) Ketua Kampung Tingkat II PMKK...
13/06/2026

πŸ“’ IKLAN JAWATAN KOSONG
sebagai:

1) Ketua Kampung Tingkat I PMKK.3
BND2,270.00 - BND4,240.00

2) Ketua Kampung Tingkat II PMKK.2
BND1,990.00 - BND2,970.00

3) Ketua Kampung Tingkat III PMKK.1
BND1,280.00 - BND2,270.00

BAGI DAERAH TUTONG:
1) Kampung Merimbun, Mukim Rambai
2) Rancangan Perumahan Negara Bukit Beruang Kawasan 2, Mukim Telisai
3)Rancangan Perumahan Negara Bukit Beruang Kawasan 4, Mukim Telisai
4) Kampung Bukit Sulang, Menengah dan Panchong, Mukim Lamunin
5)Kampung Sinaut dan Sungai Kelugos, Mukim Keriam

πŸ—“ Tarikh Tutup: Hari Selasa, 30 Jun 2026 jam 4.00 petang.

Calon-calon yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan adalah dialu-alukan untuk memohon sebelum tarikh tutup.

πŸ“’ IKLAN JAWATAN KOSONGsebagai:1) Penghulu Mukim Tingkat III PMKK.4BND3,880.00 - BND4,240.00BAGI DAERAH TUTONG:- Mukim Ra...
13/06/2026

πŸ“’ IKLAN JAWATAN KOSONG
sebagai:
1) Penghulu Mukim Tingkat III PMKK.4
BND3,880.00 - BND4,240.00

BAGI DAERAH TUTONG:
- Mukim Rambai

πŸ—“ Tarikh Tutup: Hari Selasa, 30 Jun 2026 jam 4.00 petang.

Calon-calon yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan adalah dialu-alukan untuk memohon sebelum tarikh tutup.

TUTONG, Khamis 11 Jun 2026 - Majlis Pemantauan Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al Quran Majlis Khatam Al-Quran 80 Kali K...
13/06/2026

TUTONG, Khamis 11 Jun 2026 - Majlis Pemantauan Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al Quran Majlis Khatam Al-Quran 80 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan Penuntut-Penuntut Sekolah Seluruh Negara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-80 bagi Tahun 2026 telah diadakan hari ini bermula selepas Sembahyang Fardu Asar Berjemaah bertempat di masjid-masjid terpilih di setiap daerah.

Di Daerah Tutong p**a, majlis diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong. Pemantauan dikepalai oleh tetamu kehormat, Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Acara dimulakan dengan sembahyang Fardhu Asar dan disusuli dengan bacaan surah Al-Fatihah dipimpin oleh tetamu kehormat di daerah masing-masing. Ini diikuti Majlis Membaca Ayat-Ayat Suci Al-Quran beramai-ramai secara persendirian. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat.

Turut hadir, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) serta pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Daerah masing masing, Pegawai-Pegawai Ugama, Bilal-Bilal, dan Ahli-Ahli Takmir Masjid.

TUTONG, Khamis, 11 Jun 2026 – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Pengkalan Mau, Bakiau dan Batang Mitus telah menganjurkan...
11/06/2026

TUTONG, Khamis, 11 Jun 2026 – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Pengkalan Mau, Bakiau dan Batang Mitus telah menganjurkan Program Gotong-Royong Membantu Membaiki Rumah milik Allahyarham Awang Jimin bin Dampol sebagai tanda keprihatinan dan semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk kampung.

Pada asalnya, projek berkenaan dirancang untuk membantu membaik pulih kediaman Awang Jimin bin Dampol. Namun, sebelum pelaksanaan projek tersebut dapat dijalankan, Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada 31 Mei 2026 dan meninggalkan seorang anak orang kelainan upaya (OKU) yang masih menetap di rumah berkenaan.

Bagi meneruskan hasrat murni Allahyarham untuk memperbaiki kediamannya, Pemangku Ketua Kampung telah berjaya mendapatkan tajaan daripada Persatuan Sukarelawan Kebajikan dan Kemasyarakatan (PSKK) yang berbesar hati menanggung kos pembelian kelengkapan tangga serta lapan batang tiang baharu bagi menggantikan struktur yang telah uzur.

Kerja-kerja gotong-royong menaik taraf rumah tersebut telah dilaksanakan bermula pada 8 Jun hingga 11 Jun 2026, melibatkan tempoh selama empat hari. Program berkenaan disertai oleh ahli-ahli MPK Pengkalan Mau, Bakiau dan Batang Mitus, penduduk kampung serta ahli-ahli Persatuan Sukarelawan Kebajikan dan Kemasyarakatan (PSKK) yang berganding bahu menyumbangkan tenaga dan kepakaran masing-masing.

Program tersebut bukan sahaja berjaya membantu memperbaiki kediaman keluarga yang memerlukan, malah turut menyerlahkan semangat keutuhan, perpaduan dan nilai kejiranan dalam kalangan penduduk kampung yang sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada mereka yang ditimpa kesusahan.

Diharapkan usaha seumpama ini akan terus menjadi contoh kepada masyarakat dalam memupuk budaya tolong-menolong, sekali gus dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga berkenaan serta memberikan sinar dan harapan baharu dalam meneruskan kehidupan.

Gambar serahan daripada Awang Suhili bin Alas, Pmk Ketua Kampung Pengkalan Mau, Bakiau dan Batang Mitus.

TUTONG, Rabu, 10 Jun 2026 – Sesi Muzakarah Pemangku Pegawai Daerah Tutong bersama Penghulu Mukim, Ketua Kampung dan Pema...
10/06/2026

TUTONG, Rabu, 10 Jun 2026 – Sesi Muzakarah Pemangku Pegawai Daerah Tutong bersama Penghulu Mukim, Ketua Kampung dan Pemangku Ketua Kampung Daerah Tutong telah diadakan di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Tutong.Sesi tersebut merupakan platform bagi membincangkan isu-isu semasa, memperkukuhkan kerjasama serta menyelaras pelaksanaan program dan inisiatif pembangunan di peringkat akar umbi demi kesejahteraan masyarakat di Daerah Tutong.

Sesi muzakarah berkenaan dipengerusikan oleh Yang Mulia Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong.

Turut hadir ialah Penolong Pegawai Daerah Tutong, serta pegawai dan kakitangan Jabatan Daerah Tutong. Penganjuran sesi muzakarah seumpama ini diharap akan terus memperkukuhkan hubungan kerja yang erat antara pihak pentadbiran daerah dan kepimpinan akar umbi dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan kepada masyarakat.

TUTONG BUZZ kembali lagi!Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan dan menyokong pengusaha-pengusaha tempatan kitani!Tut...
10/06/2026

TUTONG BUZZ kembali lagi!
Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan dan menyokong pengusaha-pengusaha tempatan kitani!
Tutong Buzz akan diadakan pada:
πŸ—“οΈ 11 Jun sehingga 14 Jun 2026 (Khamis hingga Ahad)
πŸ•™ Jumaat bermula dari 2.00 petang hingga 10.00 malam
πŸ•š Khamis, Sabtu dan Ahad bermula jam 11.00 pagi hingga 10.00 malam
πŸ“Bertempat di Kawasan Letak Kereta Tatangan Persiaran Sungai Tutong
Anjuran bersama Jabatan Daerah Tutong, Jabatan Bandaran Tutong, Majlis Perundingan Kampung Sengkarai dan Badan Kemajuan & Kreatif Daerah Tutong.




πŸ“’πŸ’ͺDatanglah beramai-ramai untuk menyaksikan Perlawanan Tarik Kalat Terbuka Tutong 2026 anjuran Majlis Perundingan Kampun...
09/06/2026

πŸ“’πŸ’ͺDatanglah beramai-ramai untuk menyaksikan Perlawanan Tarik Kalat Terbuka Tutong 2026 anjuran Majlis Perundingan Kampung (MPK) Panchor Tutong.

Acara ini akan menghimpunkan pasukan-pasukan tarik kalat dari seluruh negara dalam suasana penuh semangat kesukanan, perpaduan dan kemasyarakatan. πŸ€πŸ†
πŸ“… Hari Ahad, 14 Jun 2026
⏰ Bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 Petang
πŸ“ Kawasan Padang Berdekatan dengan Pentas Di Raja & Skatepark Tutong
πŸ”₯ Saksikan aksi-aksi menarik dan persaingan sengit antara pasukan-pasukan yang bertanding untuk merebut gelaran juara serta hadiah wang tunai! πŸ₯‡πŸ₯ˆπŸ₯‰
πŸ… Perlawanan Separuh Akhir dan Akhir dijangka berlangsung sekitar jam 2.00 petang hingga 3.00 petang, menampilkan pasukan-pasukan terbaik yang akan berentap bagi merebut kejuaraan. πŸ’ͺπŸ”₯
πŸ”πŸ₯€ Selain menyaksikan perlawanan, orang ramai juga dialu-alukan untuk menikmati jualan makanan dan minuman yang dibuka sepanjang acara.
πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Bawalah keluarga dan rakan-rakan untuk sama-sama memeriahkan acara komuniti ini serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.
πŸŽ‰ Bersama Keluarga, Raikan Semangat Komuniti! πŸŽ‰
πŸ’ͺπŸ†πŸ€πŸŽŠπŸ”πŸ₯€πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦

Keratan Akhbar - Borneo Bulletin(2 Jun & 3 Jun 2026)
03/06/2026

Keratan Akhbar - Borneo Bulletin
(2 Jun & 3 Jun 2026)

Keratan Akhbar - Media Permata(2 Jun 2026)
03/06/2026

Keratan Akhbar - Media Permata
(2 Jun 2026)

Address

Jabatan Daerah Tutong, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Tutong
TA1141

Opening Hours

Monday 07:45 - 16:30
Tuesday 07:45 - 16:30
Wednesday 07:45 - 16:30
Thursday 07:45 - 16:30
Saturday 07:45 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Daerah Tutong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Daerah Tutong:

Share