Bahagian Pusat Pengkajian Borneo - PSB

Bahagian Pusat Pengkajian Borneo  - PSB Pusat Pengkajian Borneo (penBorneo)
Pusat Sejarah Brunei
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan 1. LATARBELAKANG

1.1. TAFSIRAN

2.1. IDEA ATAU KONSEP

3.1.

Dengan berkembangnya peranan Pusat Sejarah Brunei dalam bidang sejarah, maka PSB maju setapak lagi untuk menubuhkan sebuah cawangan yang khusus kepada sumber dan pengkajian Borneo.

1.2. Sehubungan dengan itu, pada awal bulan April 2012 jabatan ini telah mula melaksanakan pembaikpulihan dan pengubahsuaian sebuah bangunan Flat Kerajaan Anggerek Desa Blok 31 untuk dijadikan Pusat Rekod Borneo yang

diberi nama sebagai "Pusat Pengkajian Borneo" (penBORNEO).

1.3. Bangunan ini siap diubahsuai sepenuhnya pada awal bulan Januari 2013. Kerja-kerja pengubahsuaian bangunan ini menelan belanja kira¬-kira $516,621,37. Majlis Penyerahan Kunci Bangunan Blok 31, Flat Kerajaan Anggerek Desa, Jalan Berakas telah pun diadakan pada 31 Januari 2013.

1.4. Bangunan Pusat Pengkajian Borneo ini dihasratkan akan dapat memenuhi dasar dan matlamat penubuhan Pusat Sejarah Brunei sebagai pusat sumber rujukan dan pengkajian Borneo bagi orang ramai dalam dan luar negara.

1.5. Pusat ini dikhususkan untuk menyimpan koleksi sumber atau bahan Borneo (termasuk mengenai sejarah, politik, ekonomi, sosial, budaya, kesenian, bahasa dan lain-lain yang berkaitan dengannya) untuk dibuat kajian, penulisan, penerbitan dan pameran.



2. Pen adalah ringkasan daripada perkataan penyelidikan, pengkajian dan penulisan mengenai sejarah Borneo.

2.2. Pen juga bermaksud alat tulis iaitu pena yang mempunyai pengaruh besar dalam penyelidikan dan pengkajian sejarah.



3. Berorientasikan pengkajian dan pendidikan.

3.2. fokus penyelidikan ialah ke atas sumber lisan, sumber kontemporari (manuskrip), monumen, rekod arkib, artifak dan sumber arkeologi.

3.3. Aktiviti seminar, bengkel, kursus, latihan, penempatan kerja, lawatan,dan sebagainya.

3.4. Penerbitan buku dan filem dokumentari.



4. OBJEKTIF

4.1. Menjadikan Brunei sebagai `pusat Borneo’ dalam bidang sumber rujukan dan pengkajian mengenai sejarah Borneo.

4.2. Meluaskan lagi pasaran bahan-bahan terbitan Brunei ke seluruh Borneo.

4.3. Menjadikan Brunei sebagai destinasi pelancong akademik yang berhasrat untuk melakukan pengkajian mengenai Borneo.

4.4. Mewujudkan kerjasama penyelidikan dan pengumpulan bahan mengenai Borneo dengan para penyelidik di Borneo.

4.5. Menyelamatkan khazanah warisan sejarah Brunei di Borneo dari hilang begitu saja.

4.6. Perkongsian maklumat tentang sejarah.

4.7. Meluaskan pasaran bahan-bahan terbitan.

4.8. Membentuk suatu kesatuan di kalangan sarjana, penyelidik dan peminat sejarah di Borneo

4.9. Memudahkan mendapatkan dana untuk penyelidikan dan Penerbitan.



5. STRATEGI

5.1. Menjalin rangkaian kerjasama dengan pusat penyelidikan dan seumpamanya (Arkib) dari dalam dan luar negara (MoU) bagi mendapatkan bahan-bahan Borneo.

5.2. Menyediakan peruntukan khas untuk membiayai projek-projek penBorneo.

5.3. Menambah pegawai dan kakitangan penBorneo.

5.4. Melantik pakar-pakar dalam pengurusan sumber rujukan dan pengkajian di penBorneo.

5.5. Mempertingkatkan perkhidmatan rujukan dan penyelidikan bahan koleksi penBorneo melalui pendokumentasian yang sistematik.

5.6. Mengadakan pameran bahan-bahan koleksi penBorneo supaya dapat diketahui oleh orang ramai.

5.7. Menerbitkan hasil penyelidikan dan kajian penBorneo supaya maklumat yang diperolehi dapat disebar kepada umum.




6. PROGRAM

PenBorneo melaksanakan objektifnya melalui projek/program dan aktiviti seperti berikut:

6.1. Projek/Program

6.1.1. Seminar dan Konvensyen.

6.1.2. Penyelidikan ke tempat-tempat bersejarah di Borneo.

6.1.3. Bengkel dan Latihan

6.1.4. Penempatan Kerja Mahasiswa/wi dalam dan luar negara

6.2. Aktiviti

6.2.1. Pembelian bahan-bahan (manuskrip, dokumen, gambar, filem, artifak dan sebagainya)

6.2.2. Pendokumentasian.

6.2.3. Keselamatan dan Penyimpanan.

6.2.4. Promosi/pemasaran dan penerbitan

6.2.5. Pameran

6.2.6. Penulis/Penyelidik jemputan.




7. PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN.

7.1. Kemudahan penyelidikan dan rujukan mengenai sejarah Borneo.

7.2. Aktiviti pembelajaran dan penempatan kerja.

7.3. Kemudahan Mesyuarat/Bengkel/Seminar/Latihan dan lainnya.

7.4. Perkhidmatan akses maklumat/internet

7.5. Perkhidmatan menjadi ahli perpustakaan dan penBorneo

7.6. Perkhidmatan rujukan dan pembacaan mikroflem

السَّلامُ عَليْكُم وَرحْمَةُ الله وَبرَكاتُه🔊 PROGRAM MENYULUH SEJARAH BRUNEI SIRI KE-7Pusat Sejarah Brunei melalui Baha...
04/11/2025

السَّلامُ عَليْكُم وَرحْمَةُ الله وَبرَكاتُه

🔊 PROGRAM MENYULUH SEJARAH BRUNEI SIRI KE-7

Pusat Sejarah Brunei melalui Bahagian Pusat Pengkajian Borneo (penBORNEO) dengan kerjasama Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR) akan mengadakan Program Menyuluh Sejarah Brunei Siri Ke-7 dengan tema _*‘ Menelusuri Sumber Sejarah Kitani’*_ .

Moderator:
*🧔🏻‍♂️Awang Haji Muhammad Adhwa Firdaus bin Haji Awang Hassim*

Pembentang pertama,
*🧕🏻Dr. Hajah Norhayati binti Haji Abd Karim*
📝Tajuk Pembentangan :
_*”Syair Awang Halak Betatar : Satu Tinjauan Awal”*_

Pembentang kedua,
*🧕🏻Pengiran Dr. Amal Bazilah binti Pengiran Haji Abd Mobeen*
📝Tajuk Pembentangan :
_*”From Codes to Context : Exploring Brunei and Borneo’s History through the Chinese Manuscripts at penBORNEO”*_

Program ini akan berlangsung pada:

🗓️ Sabtu, 17 Jamadilawal 1447 bersamaan 08 November 2025
⏰ 8.45 pagi - 11.30 pagi
📍Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei

👥 Orang ramai dialu-alukan untuk mengikuti program ini melalui penstriman langsung:

Sila tekan pautan dibawah untuk mendaftar :
https://form.gov.bn/en/pendaftaran-program-menyuluh-sejarah-brunei-siri-ke-7-2025-07681db76611

📱Instagram

atau

📲Zoom
Pautan: https://us06web.zoom.us/j/85212972237?pwd=8gCw0VnLOlrCSZBNaaakOP3I3EIhDb.1
Meeting ID: 852 1297 2237
Passcode: 586833

SELAMAT MENYAMBUT HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA DARIPADA BAHAGIAN penBORNEO, PUSAT SEJARAH BRUNEI
11/10/2025

SELAMAT MENYAMBUT HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA DARIPADA BAHAGIAN penBORNEO, PUSAT SEJARAH BRUNEI

‎وَبَرَكَاتُهُْ dan salam sejahtera📢  Cuti sekolah hampir tiba❕ Biskita mencari aktiviti untuk anak biskita🤔❓❓🎉 Mari rai...
05/06/2025

‎وَبَرَكَاتُهُْ
dan salam sejahtera

📢 Cuti sekolah hampir tiba❕ Biskita mencari aktiviti untuk anak biskita🤔❓❓

🎉 Mari raikan masa lapang anak biskita dengan aktiviti menyeronokkan dan bermanfaat. Sempena Cuti Persekolahan Penggal Kedua Tahun 2025, Pusat Sejarah Brunei melalui Bahagian Pusat Pengkajian Borneo (penBORNEO) akan mengadakan *Program Riang Ria Kanak-Kanak@penBORNEO*

🗓 *Hari : Sabtu*
📖 *Tarikh : 21 Jun 2025*
⏱ *Jam : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari*

Berminat❓ Jom daftar melalui: 📝
📲 Imbas kod QR yang tertera di poster atau;
🤳🏻 tekan link di bawah

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfIt0VANZBxste-a6oO2OB4cQxYx4tn7_iiebHBpDAoM_vZ6g/viewform?usp=sharing&ouid=116558060240479432480

*Pendaftaran adalah terhad, daftar sekarang*❕❕

  ..Khamis, 10 Oktober 2024 - Pusat Sejarah Brunei menerima lawatan sambil belajar daripada 40 orang penuntut Institute ...
10/10/2024

..
Khamis, 10 Oktober 2024 - Pusat Sejarah Brunei menerima lawatan sambil belajar daripada 40 orang penuntut Institute of Brunei Technical Education (IBTE) yang sedang menjalani Program Jati Diri Kohort 7. Lawatan turut disertai oleh 10 orang yang terdiri daripada jurulatih dan kakitangan program berkenaan.

  ..Rabu, 9 Oktober 2024 - Pusat Sejarah Brunei (PSB) dengan kerjasama Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) menganjurkan ...
10/10/2024

..
Rabu, 9 Oktober 2024 - Pusat Sejarah Brunei (PSB) dengan kerjasama Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) menganjurkan Pertandingan Pidato Sejarah Piala Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Kali Ke-4, Tahun 2024, dengan tema “Sejarah Pemangkin Kemajuan Negara”. Peringkat akhir pertandingan berkenaan telah diadakan di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang peringkat akhir pertandingan disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Muncul Johan Keseluruhan ialah daripada kategori A, Yang Mulia Awang Muhammad Iqbaal Syakib bin Haji Shuib dari Universiti Teknologi Brunei (UTB). Beliau sekali gus membawa pulang piala pusingan Piala Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Pertandingan Pidato Sejarah anjuran Pusat Sejarah Brunei.

Manakala Johan bagi ketegori B disandang oleh Yang Mulia Dk. Nurul Farah binti Pg. Noor Rumaizi dari Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar. Para pemenang menerima hadiah wang tunai tajaan BIBD, piala iringan, sijil penyertaan dan hadiah-hadiah tajaan.

🎉🎉🎉
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada 10 finalis pertandingan pidato sejarah pada tahun ini atas usaha dan komitmen yang berterusan dalam sama-sama menyemarakkan seni pidato sejarah demi kemajuan bangsa dan negara, menjayakan Wawasan Brunei 2035.

Sebuah ilustrasi peta Pulau Borneo dan  petikan dari sebuah buku nadir bertajuk ‘A Voyage To and From the Island of Born...
28/08/2024

Sebuah ilustrasi peta Pulau Borneo dan petikan dari sebuah buku nadir bertajuk ‘A Voyage To and From the Island of Borneo in the East-Indies’ ditulis oleh Kapten Daniel Beeckman pada tahun 1718 M.

𝘈𝘯 𝘪𝘭𝘭𝘶𝘴𝘵𝘳𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘰𝘧 𝘢 𝘮𝘢𝘱 𝘰𝘧 𝘉𝘰𝘳𝘯𝘦𝘰 𝘐𝘴𝘭𝘢𝘯𝘥 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘢𝘯 𝘦𝘹𝘤𝘦𝘳𝘱𝘵 𝘧𝘳𝘰𝘮 𝘊𝘢𝘱𝘵𝘢𝘪𝘯 𝘋𝘢𝘯𝘪𝘦𝘭 𝘉𝘦𝘦𝘤𝘬𝘮𝘢𝘯’𝘴 1718 𝘊𝘌 𝘯𝘢𝘥𝘪𝘳 𝘣𝘰𝘰𝘬, ‘𝘈 𝘝𝘰𝘺𝘢𝘨𝘦 𝘛𝘰 𝘢𝘯𝘥 𝘍𝘳𝘰𝘮 𝘵𝘩𝘦 𝘐𝘴𝘭𝘢𝘯𝘥 𝘰𝘧 𝘉𝘰𝘳𝘯𝘦𝘰 𝘪𝘯 𝘵𝘩𝘦 𝘌𝘢𝘴𝘵-𝘐𝘯𝘥𝘪𝘦𝘴’.


  ..Ahad, 25 Ogos 2024 - Dalam usaha menjadikan Bandar Seri Begawan sebagai "One-stop Centre" bagi sejarah dan warisan; ...
26/08/2024

..
Ahad, 25 Ogos 2024 - Dalam usaha menjadikan Bandar Seri Begawan sebagai "One-stop Centre" bagi sejarah dan warisan; dan bagi menyahut usaha Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam mendukung kempen Kejohanan BN on the Move 2024 anjuran Kementerian Kesihatan,
Pusat Sejarah Brunei dengan kerjasama Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dan disokong oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menganjurkan program Cabaran Larian Sejarah Brunei 2024 (CLSB 2024) bagi kali yang ketiga sejak pertama kali ia dianjurkan iaitu pada tahun 2019.

Acara dimulakan dengan sesi senamrobik kemudian diikuti dengan lafaz perasmian larian yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, selaku Tetamu Kehormat. Turut hadir Yang Mulia Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan; dan Yang Mulia Awang Mohammad Faisal bin Haji Mat Salleh, Pemangku Pengetua Pusat Sejarah Brunei.

Seramai 42 kumpulan telah menyertai program berkenaan yang mana sepuluh (10) kumpulan daripadanya telah memenangi cabaran larian tersebut.

Kumpulan 031 yang dianggotai oleh Md. Najmuddin bin Mohamad, Md. Rusydi bin Haji Yusly dan Md. Nor Hafiz bin Haji Abdul Wahab muncul juara dengan membawa pulang hadiah BND900. Naib johan disandang oleh Kumpulan 035 menerima hadiah BND600 dan tempat ketiga diraih oleh Kumpulan 002 menerima hadiah BND400. Masing-masing menerima pingat, sijil dan keahlian Fitness Zone secara percuma selama satu (1) bulan. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat program berkenaan.

Sebuah peta asli bertajuk ‘BORNEO’ yang diukir/dicetak di atas plat tembaga yang diterbitkan oleh C.J. Visscher di Amste...
14/08/2024

Sebuah peta asli bertajuk ‘BORNEO’ yang diukir/dicetak di atas plat tembaga yang diterbitkan oleh C.J. Visscher di Amsterdam, Belanda pada tahun 1649 M.

𝘈𝘯 𝘰𝘳𝘪𝘨𝘪𝘯𝘢𝘭 𝘤𝘰𝘱𝘱𝘦𝘳𝘱𝘭𝘢𝘵𝘦 𝘦𝘯𝘨𝘳𝘢𝘷𝘪𝘯𝘨 𝘰𝘧 𝘢 𝘮𝘢𝘱 𝘵𝘪𝘵𝘭𝘦𝘥 ‘𝘉𝘖𝘙𝘕𝘌𝘖’ 𝘱𝘶𝘣𝘭𝘪𝘴𝘩𝘦𝘥 𝘣𝘺 𝘊.𝘑. 𝘝𝘪𝘴𝘴𝘤𝘩𝘦𝘳 𝘪𝘯 𝘈𝘮𝘴𝘵𝘦𝘳𝘥𝘢𝘮, 𝘕𝘦𝘵𝘩𝘦𝘳𝘭𝘢𝘯𝘥𝘴 𝘪𝘯 1649 𝘊𝘌.


  ..Khamis, 8 Ogos 2024 - Pusat Sejarah Brunei menerima lawatan kerja daripada dua (2) orang wakil Yayasan Negeri Rempah...
10/08/2024

..
Khamis, 8 Ogos 2024 - Pusat Sejarah Brunei menerima lawatan kerja daripada dua (2) orang wakil Yayasan Negeri Rempah, Indonesia iaitu Robby Sunata, Ketua Komite Jaringan Masyarakat Negeri Rempah dan Fithrorozi, Sekretaris Komite Jaringan Masyarakat Negeri Rempah.

  ..Rabu, 7 Ogos 2024 - Pusat Sejarah Brunei menerima lawatan daripada 40 orang ahli jawatankuasa dan belia-belia  Majli...
07/08/2024

..
Rabu, 7 Ogos 2024 - Pusat Sejarah Brunei menerima lawatan daripada 40 orang ahli jawatankuasa dan belia-belia Majlis Perundingan Kampung Kawasan 4 Rancangan Perumahan Negara Kampung Panchor Mengkubau.

  ..Jumaat, 2 Ogos 2024 - Seramai 33 orang pegawai dan kakitangan Pusat Sejarah Brunei (PSB) menyertai Pertandingan Badm...
05/08/2024

..
Jumaat, 2 Ogos 2024 - Seramai 33 orang pegawai dan kakitangan Pusat Sejarah Brunei (PSB) menyertai Pertandingan Badminton Piala Sejarah Brunei Tahun 2024. Pertandingan diadakan di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.

Sebanyak tiga (3) pasukan yang bertanding iaitu Amar Pahlawan, Seri Maharaja dan Indera Mahkota. Pertandingan dijuarai oleh pasukan Indera Mahkota.

Penganjuran pertandingan badminton bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga PSB di samping sebagai tanda sokongan dalam pertandingan Kejohanan BN on The Move 2024 antara Kementerian-Kementerian khususnya di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Address

Pusat Pengkajian Borneo (penBorneo)
Bandar Seri Begawan
BB3713

Opening Hours

Monday 08:00 - 12:00
13:45 - 16:30
Tuesday 08:00 - 12:00
13:45 - 16:30
Wednesday 08:00 - 12:00
13:45 - 16:30
Thursday 08:00 - 12:00
13:45 - 16:30
Saturday 08:00 - 12:00
13:45 - 16:30

Telephone

+6732339304

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Pusat Pengkajian Borneo - PSB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share